Ketika kebanyakan orang lain sibuk berterawih pada malam pertama Ramadan 31 Julai lepas, aku pula sibuk menguruskan isteri yang dimasukkan ke wad untuk bersalin.
Kisahnya, aku dan isteri tidak merancang untuk masuk ke wad seawal itu kerana tanda-tanda kelahiran yang jelas belum ada. Tetapi, isteri aku berat hati untuk melepaskan aku pulang ke KL untuk menyambung tugas Isnin keesokannya. Jadi, dia meminta agar dia diperiksa oleh doktor. Manalah tahu, jalan memang sudah terbuka.
Kisahnya juga, sebenarnya bukanlah sengaja kami pergi ke hospital semata-mata untuk tujuan melakukan pemeriksaan. Tetapi kami pergi ke hospital untuk melawat sepupu isteri yang baru bersalin di hospital yang sama. Jadi, alang-alang berada di hospital, kata isteriku, apa kata kalau dia diperiksa. Manalah tahu, jalan memang sudah terbuka.
Aku turutkan sahaja. Nak dijadikan cerita, prosedur di Hospital Pakar Sultanah Muar yang terletak hanya 2 kilometer dari rumah mertuaku itu, jika sudah lakukan pemeriksaan, perlu ditahan di wad tidak kira bukaan sudah besar mahupun belum terbuka lagi. Setelah berbincang, selain hakikat bahawa isteri aku tidak mahu aku pulang ke KL, kami membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan.
Setelah diperiksa, sah! Sudah terbuka 1 cm. Segala-galanya tidak dirancang. Daripada sekadar mahu menjalankan pemeriksaan, akhirnya ditahan di wad. Dari satu sudut, ada kelegaan pada diriku kerana tidak perlu pulang ke KL dan datang semula ke Muar untuk menguruskan isteri yang mahu bersalin. Dari satu sudut lain pula, kami tidak bersedia sepenuhnya! Langsung tiada bekalan pakaian mahupun persiapan lain yang kami bawa kerana tujuan asal ke hospital itu adalah untuk melawat saudara. Namun mujur rumah mertuaku dekat dengan hospital. Mudah untuk berulang-alik dan menguruskan isteriku.
Bersambung...
2 comments:
mmg semua GH kalau once check bukaan or bahasa mudahnya menyerah diri, maka akan ditahan la..terbuka ke tak terbuka ke kene la masuk wad
samela.. kn warded sdgkn niat asal nk mlawat org bsalin.. aku pn bwk diri je.. nsb baik la rmh area blkg spital je.. :)
Post a Comment