Cantik
Dia memandang cermin sambil jarinya ligat menyapu sejenis krim di mukanya. Aku sendiri tak pasti jenis krim itu, tapi aku berminat untuk ambil tahu.
Belum sempat kutanya, dia bersuara dahulu, "Maaf la, Abang. Abang dapat isteri yang tak cantik. Ada jerawat kat muka."
Agak terkejut dengan kata-katanya, lantas kubalas, "Sayang boleh tak jangan kata macam tu? Kalau Sayang kata macam tu, maknanya Sayang offend Abang tau." Kutertawa sedikit, walaupun sebenarnya aku betul-betul maksudkan apa yang kukata.
Cium
Ketika memandu kereta, tangan kananku memegang stereng kereta, tangan kiriku pula dipegang oleh isteriku di atas pehaku. Ah, bahagia sungguh ketika itu. Rasa seperti berteman - memang pun!
Tiba-tiba dia menggenggam tanganku dan diletakkan ke hidungnya. Ah, sejuk kulitnya. Mungkin kerana alat penyaman udara yang kupasang.
"Wangi tangan Abang," katanya sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya. Lalu kuambil tangannya pula dan kucium belakang tapak tangannya.
"Bau apa, Abang?" tanyanya.
"Bau cinta."
Kali ini senyumannya lebih lebar.
Choose
Aku dan isteri baru selesai menonton tayangan Twilight: Eclipse di panggung.
Kami tidak terlepas daripada mengkritik dan memberikan pandangan terhadap filem tersebut. Aku sudah kehabisan idea, lalu sengaja kumahu menduganya pandangan fikirannya. Aku tanyakan kepadanya, "If you're in Bella's shoes, who do choose? Edward ke, Jacob?"
Dia tidak terus menjawab, tetapi reaksinya dimulakan dengan senyuman nakal. Aku tidak dapat membaca maksud senyumannya.
"Jadi, Sayang pilih siapa? Edward ke Jacob?"
Mungkin kerana faham kutidak dapat membaca air mukanya, lalu dia menjawab, "Sudah tentu Sayang pilih Zaki!"
5 comments:
peh.. romantik siot... jeles2..
hi zaki....
entry ni membuatkan fara semakin xsabar utk hidup berdua lalalala
eh, ada dua tangan kanan?
ni kalau nak suruh kau buat editing service, kena bagi diskaun kat aku...
>:)
kesilapan yang aku temui...
"tangan kananku memegang stereng kereta, tangan kananku pula dipegang oleh isteriku"
nanti bila dah sampai masanya, tambah 1C lagi jadi 4C pulak...
C yang keempat: cahaya mata/child/children...
Thanks for the comment yo!
Memang tak perasan plak yang pasal tangan kanan dua kali tuh. Tak edit. Tertekan publish post. Then gelabah pasal tak minta izin isteri dulu. Terus call dia. Hu~
Post a Comment