Saturday, February 18, 2006

Sabtu yang Menyeronokkan

Image hosting by Photobucket

Pagi hari Sabtu ni aku bangun Subuh denganperasaan yang gembira. aku sendiri tak tahu kenapa. Sedangkan malam tadi sikit punye lewat aku tidur, sebab asyik melayan chatting kat mawifc.com... Kat katil aku pulak dah terbongkang sekujur tubuh, melingkari katil empuk aku... fiza fiza.... (dia laki beb! bukan pompuan!) so... aku tak nak kacau dia tidur, aku tak kejutkan dia. Aku mengalah... tidur la atas lantai je... Ni kalau pak guard @ fellow buat spot check, mau kena saman sebab squating nih! haha....

Image hosting by Photobucket

Siangnya, pukul 10, kitorang kena pergi lab, pasal nak repeat experiment. Hari Rabu lepas experiment tak menjadi! Kitorang kena buat experiment tentang kidney, so kitorang menggunakan air kencing salah seorang dari ahli group kitorang untuk menjadi bahan experiment! Serius! Mula-mula it was quite geli la... tapi nak tak nak kena buat jugak experiment ni, report kena buat beb!

Image hosting by Photobucket

Dalam experiment ni, ade 4 part. Secara ringkasnye, setiap part kitorang kena tunggu 30 minit untuk test bahan experiment - air kencing. "Suspek" dikehendaki meminum air garam (masin!) dan air kencing yang terhasil setiap 30 minit akan diuji dengan reagen tertentu. Kesian pulak aku tengok kat "suspek", punye la dia meneran, nak mengeluarkan air kencing... haha! nasib badan....

Berbalik kepada hal 30 minit tadi, setiap gap tu kitorang gunakan untuk berbincang dengan lecturer kitorang, Dr Tariqurrahman, from Bangladesh. Kitorang berbincang tentang exam midterm yang baru lepas. Apa yang betul-betul membuatkan aku respek dengan dia adalah, dia sorang je (so far) lecturer yang "berani" dan sanggup untuk menyerahkan semula kertas jawapan dan berbincang dengan students tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Dan, one more thing, the most respectable - dia ambil mase sehari je untuk mark semua paper! Tak pernah aku tengok lecturer serajin ni!

Image hosting by Photobucket

Dalam bosan-bosan menunggu 30 minit tu jugak, sempatlah aku ambil gambar kat lab tu...Habis tengkorak tu aku kerjakan! haha... Tak dapat cium manusia, dengan tengkorak pun jadi la... Haha!

Image hosting by Photobucket

Bila experiment dah siap, maka bertolak la kitorang pulang ke bilik menaiki "Bas 11"... Kebetulan, sekarang UIA tengah ade Quality Day, so ade la exhibition dan booth dibuka. Yang paling menaik, ade booth Mamee SLLLUUURPPP!!!! Aku tak melepaskan peluang membeli mamee tu walaupun hakikatnye aku tak layan sangat mamee ni... Aku cuma nak poster je! Gambar sape lagi kalau bukan gambar mamat botak! haha!

Perhatian! Kepada Abang Burn, saya adalah pelajar tahun pertama Ijazah Bioperubatan di Universiti Islam Antabangsa.






3 comments:

Anonymous said...

Good job anyway...
Keep blogging. Jangan malas macam diriku inney hehe. Satu lagi pesan, jangan makan Mamee Kari banyak-banyak, nanti jadi botak. Har! Har! Har! (matila aku kena kutuk lagik pasnih!)

Sufi is me said...

aiyak..
ini namanya self obsession nih..
semua gambar ade muka dia menebeng.
poys la tu. huhu.

neway, hebat jugek mengeksperimen guna sample dari manusia... teringat member citer darah die kene sedut utk wat experiment. gilak ah.

tapi kalo pakai urine... err... << yuCks >>

Anonymous said...

What a great site »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...