
Memasang pelita di hari mulia. Tapi kalau amik gambar malam, kompem tak nampak, maka ambil gambar siang sahaja. Batangnya ada di situ, dibuat daripada dahan kelapa sawit muda.

Suasana yang biasa pada setiap kali selepas sembahyang Raya di Kanchong Darat. Sesak!

Juadah di pagi raya. Arakian mak dan abah sangatlah muak dengan nasi impit dan ketupat setelah dua minggu lebih awal sudah dijamu dengan makanan yang sama, jadi mak menyediakan laksa (yang sedap sudah tentu!) sebagai juadah istimewa. Ketupat yang ada tu pun lebih-lebih semalam, elok lagi...

Selepas sembahyang raya, menziarahi kubur arwah nenek dan atuk di Kanchong Tengah. (Note: Ada dua buah kampung bernama Kanchong yang duduk sebelah menyebelah)

Baju itulah yang dimaksudkan "baju hijau striking". Sepanjang hari ini, tak kurang 10 orang berkata tentang baju aku secara terus dengan aku. Tak kurang juga ada yang bertanya "bila nak kawen?!" kerana selayaknya baju sebegini dipakai semasa nikah. Er... baju itu nampak besar! Adakah aku makin susut? Mungkin juge...

Bila dah duduk semeja dengan saudara-mara macam ni, macam-macam topik menjadi bualan.

Air minuman berkarbonat buatan tempatan - Glokal. Sokonglah barangan buatan Malaysia!

Suasana biasa setiap kali hari raya pertama, rumah ku sesak dengan kenderaan.

Juga suasana biasa jika tetamu terpaksa duduk di atas lantai lambang tak cukup seat! Ada 2 set kerusi sofa dan 1 set meja makan, semua penuh!

Tetamu yang tidak diundang menyapa rumahku pagi tadi. Mujur sahaja tiada sesiapa yang cedera.