Monday, February 27, 2006
Tahniah Mawi!!!!
Tahniah diucapkan kepada Mawi kerana memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2005 selain Artis Baru Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Hanya ini yang mampu aku update untuk kali ni sebab aku sangat sibuk dengan study aku. maklumlah, target sem ni paling kurang dean's list. Sem lepas sipi-sipi lagi nak dean's list, kurang 0.006 je! hangin! Takpe, next few weeks ni aku nak konsentrate kat study. Surf internet pun sekadar jeling-jeling je. Nak jadi macam cikgu Amir, blog tak le update selalu tapi menang blog terbaik. hehe.. jangan marah cikgu... gurau je...
Apart from that, those yang tahu blog aku dari mawifc.com, jangan pulak pelik kalau aku kurang aktif menyampaikan isi fikiran aku dalam DB ok? And thanks to ciksrikantan yang sudi drop by and send message via tag board. Ciksrikantan world! hehe...
Wednesday, February 22, 2006
Berjaya Mempengaruhi Member Odah
Tajuk aku kali ni macam ape je... macam besar sangat isinya, padahal cuma nak mengatakan bahawa ada dua orang member odah aku dah terpengaruh dengan dunia blogging. tak pernah pulak aku ajak diorang blogging secara langsung dan terus, tapi secara tiba-tiba diorang berminat nak bukak blog sendiri jugak. diorang mintak aku ajarkan, aku dengan hati dan tangan yang terbuka sedia memberikan tunjuk ajar apa yang termampu.
maklumlah, aku ni pun baru 3 bulan bukak blog. dalam tempoh tu, macam-macam aku belajar, daripada blog yang takde apa-apa, sekang dahde macam-macam dah. waktu solat, petikan terjemahan al-quran, jam, tagboard dan semua yang korang boleh tengok kat bahagian kiri blog ni.
berbalik kepada cerita member odah aku yang dua orang tu, korang boleh klik kat name diorang kat bahagian "apa yang aku fikirkan tentang member blogger". mereka adalah safwan dan fiza. safwan kata nak buat sajak dalam setiap posting dia. dia ni bab menulis sajak memang bagus, presentation sajak pun ade umph! teringat mase kat Iflah Camp haritu, bersungguh dia baca sajak Ali Baba. fiza pulak tak kata apa-apa lagi. we'll see... tengok la camne... perhatian untuk cikgu amir, dua-dua dak sambest cikgu!!!! haha...
aku rase, mesti ade yang mempersoalkan apa itu "Odah"... aku rase baik aku diamkan dulu tentang maksud odah tu.... we share but we dont care... hehe... jangan fikir bukan-bukan....
Monday, February 20, 2006
Sunday, February 19, 2006
UIA takde Bekalan Elektrik Sekejap
Malam tadi seluruh UIA takde bekalan elektrik. bukan ape, diorang nak tingkatkan mutu perkhidmatan, so semua warga UIA kena la sacrifice sikit...Bukan untuk orang lain, untuk UIA gak...
Bekalan elektrik mati dijadulkan pada pukul 10 malam, tapi hanya lebih kurang pada pukul 10.15 baru la kitorang bergelap. Lepas dah bergelap, masing-masing geng-geng odah aku tak tahu nak buat apa, mati kutu! Masa elektrik mati, aku tengah mengadap komputer aku. Pastu dengar la diorang macam nak buat sesuatu, siap duduk bersila dalam bulata tuh! Adeh.. macam syok je... aku pun join. Rupe-rupenye diorang nak ambil gambar bersama lilin dalam gelap! Kreatif! Tapi yang tak besy nye, diorang guna lilin aku! Tau la aku ade banyak supply lilin untuk aromaterapi, diorang pulun habis-habisan! Odah odaaaahh....
Kat sini aku letak dua tiga gambar je. Takleh letak gambar diorang nanti, nanti diorang marah! haha... Macam-macam formasi diorang buat. Being creative in the dark! haha...
Lawa tak?
Saturday, February 18, 2006
Sabtu yang Menyeronokkan
Pagi hari Sabtu ni aku bangun Subuh denganperasaan yang gembira. aku sendiri tak tahu kenapa. Sedangkan malam tadi sikit punye lewat aku tidur, sebab asyik melayan chatting kat mawifc.com... Kat katil aku pulak dah terbongkang sekujur tubuh, melingkari katil empuk aku... fiza fiza.... (dia laki beb! bukan pompuan!) so... aku tak nak kacau dia tidur, aku tak kejutkan dia. Aku mengalah... tidur la atas lantai je... Ni kalau pak guard @ fellow buat spot check, mau kena saman sebab squating nih! haha....
Siangnya, pukul 10, kitorang kena pergi lab, pasal nak repeat experiment. Hari Rabu lepas experiment tak menjadi! Kitorang kena buat experiment tentang kidney, so kitorang menggunakan air kencing salah seorang dari ahli group kitorang untuk menjadi bahan experiment! Serius! Mula-mula it was quite geli la... tapi nak tak nak kena buat jugak experiment ni, report kena buat beb!
Dalam experiment ni, ade 4 part. Secara ringkasnye, setiap part kitorang kena tunggu 30 minit untuk test bahan experiment - air kencing. "Suspek" dikehendaki meminum air garam (masin!) dan air kencing yang terhasil setiap 30 minit akan diuji dengan reagen tertentu. Kesian pulak aku tengok kat "suspek", punye la dia meneran, nak mengeluarkan air kencing... haha! nasib badan....
Berbalik kepada hal 30 minit tadi, setiap gap tu kitorang gunakan untuk berbincang dengan lecturer kitorang, Dr Tariqurrahman, from Bangladesh. Kitorang berbincang tentang exam midterm yang baru lepas. Apa yang betul-betul membuatkan aku respek dengan dia adalah, dia sorang je (so far) lecturer yang "berani" dan sanggup untuk menyerahkan semula kertas jawapan dan berbincang dengan students tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Dan, one more thing, the most respectable - dia ambil mase sehari je untuk mark semua paper! Tak pernah aku tengok lecturer serajin ni!
Dalam bosan-bosan menunggu 30 minit tu jugak, sempatlah aku ambil gambar kat lab tu...Habis tengkorak tu aku kerjakan! haha... Tak dapat cium manusia, dengan tengkorak pun jadi la... Haha!
Bila experiment dah siap, maka bertolak la kitorang pulang ke bilik menaiki "Bas 11"... Kebetulan, sekarang UIA tengah ade Quality Day, so ade la exhibition dan booth dibuka. Yang paling menaik, ade booth Mamee SLLLUUURPPP!!!! Aku tak melepaskan peluang membeli mamee tu walaupun hakikatnye aku tak layan sangat mamee ni... Aku cuma nak poster je! Gambar sape lagi kalau bukan gambar mamat botak! haha!
Perhatian! Kepada Abang Burn, saya adalah pelajar tahun pertama Ijazah Bioperubatan di Universiti Islam Antabangsa.
Monday, February 13, 2006
Pesta Pantun di UIA
Walaupun dah tahu sape pemenangnya, aku just nak tahu how far he can prove he’s worth for the job. Nak tahu sape pemenangnye? Jeng jeng jeng…. Haha… tapi apa yang pasti, ketara sangat season ni, suka-suka je Donald Trump nak pecat berapa orang pun dalam setiap minggu.
Untuk makluman, aku sedang belajar untuk mencantikkan lagi blog ni, dan further untuk mengkomplekskan blog ni dengan ntahapeapentah macam blog sultanmuzaffar dan klubbkid. Haha! terima kasih kepada Sayang Saufiah!
Hari Sabtu menjelma, menjanjikan sesuatu yang dah lama aku tak get involved. It’s all about pantun! Ya, pantun!
Dulu masa Form 5, aku pernah jadi wakil kelas 5 Al-Biruni ke peringkat akhir sempena minggu bahasa. Malangnya (tak la malang sangat) aku kalah di tangan kawan sendiri. Well… adat tu… pertandingan mesti ada pemenang dan pengalah! (memetik kata-kata Vince mase final AF1).
Tapi yang ironinya, aku pergi ke venue pesta pantun ni dengan lawan (yang juga kawan) yang kalahkan aku dulu, Fiza! Walaupun otak kitorang is science-based (aku pelajar biomedic, fiza pelajar engineering) but when it comes about culture, kitorang memang tak meninggalkan mahupun melupakan adat resam Melayu, bukan layu!
Meriah jugak la aku tengok. Dengar cite, UPM bawa penyokong satu bas! Wah wah wah… siap ada cameraman dan technical khas dari UPM! Fiza kata ada cameraman dari RTM, tapi aku tak nampak sangat pasal tak pakai spek! Malang….
Hajat di hati nak tangkap gambar, letak kat blog ni…. Malangnya (malang lagi…) kamera aku kekurangan ion-ion bebas, so takleh nak amik gambar! Hangin je… orang yang pinjam kamera aku sebelum tu kaw-kaw punya guna, sampai habis bateri. Pastu pulangkan ntah berapa minit sebelum aku keluar bilik menuju ke Main Audi… hm… nasib….
Aku agak tertarik dengan format pertandingan pantun yang satu ni. Mungkin sebab ini adalah first time aku tengok peserta tak dibenarkan membawa sebarang bentuk pen mahupun kertas ketika bertanding. This means diorang kena menjual dan membeli pantun dengan ayat-ayat spontan! Tak boleh menulis! Wow! Susah tu… bagi aku la…
Ada tiga pusingan, pertama bertemakan Jenaka, kedua ape ye? Tak ingat la… dan yang ketiga peserta kena draw dari kotak untuk memilih tema. Setiap seorang peserta akan mendapat tema yang berlainan.
Since itu formatnya menuntut peserta untuk berpantun secara spontan, ada beberapa pantun yang kureng, ada yang ntah pape jawapannya, dan tak kurang juga pantun yang kelakar tapi berbaur lucah!
Aku tak rajin nak menulis satu persatu pantun yang diorang madahkan, tetapi overall aku kurang berpuas hati dengan kualiti pantun yang dipersembahkan. Macam ada seorang dari pasukan UUM tu, tak habis-habis dengan “pohon tembusu” dia. Tembusu tu pokok ape?
Dan seperti yang aku dan Fiza jangkakan, pasukan UPM menang, sementara gadis tunggal dalam pasukan yang sama menggondol (tapi dia tak gondol la!) hadiah pemantun terbaik.
Nota kaki: Ada kemungkinan posting aku selepas ini will resemble like this one. It’s not gonna be too long like previous ones. Kesian korang kena baca panjang-panjang…. Hehe…
Saturday, February 11, 2006
Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad
Jadi, sesiapa yang sudi menjenguk blog aku yang humble ni (humble ke?) sudi-sudi la tinggalkan komen especially those yang ade blog jugak. Nanti boleh aku jenguk korangnye blog jugak, ok?
Satu perkara yang menjadi tumpuan dunia recently is about the insult to Prophet Muhammad saw. Kita tengok dekat berita, cetak mahupun elektronik, macam-macam tindak balas ditunjukkan untuk menentang penyiaran kartun yang biadab tu sampai ke tahap baker kedutaan!
UIA tak terkecuali. Kebetulan QYC tengok buat Info Week, so kitorang sekali buat banner untuk dapatkan sign bagi menunjukkan rasa tak puas hati diorang. Jumaat lepas, lepas sembahyang, ada satu perhimpunan kecil yang aman dibuat di depan masjid.
Aku tak boleh nak ulas banyak sangat pasal perhimpunan ni pasal aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya, tahu-tahu je riuh kat luar masjid, masa tu aku masih kat dalam masjid, bace note pasal ade exam midterm petang tu. Aku usha juga la, tapi bile aku sampai, diorang tengah baca doa, pastu habis, bersurai. Tu yang aku tak tahu hujung pangkal tu!
Sape-sape nak karikatur tu, hantar komen kat aku, pastu nyatakan email korang. Nanti insya-Allah aku forwardkan email yang aku dapat dari kawan aku. Ada tak kurang daripada 5 karikatur yang ada dalam simpanan aku. Tapi harus diingat, aku sebarkan bukan untuk meneruskan kebiadapan media Denmark, tapi sekadar menunjukkan betapa biadapnya maksud karikatur tersebut.
Thursday, February 02, 2006
Keselamatan Universiti Tanggungjawab Pak Guard?
For first timers, selalu-selalu la jenguk blog aku lepas ni ye? Senang je nak ingat… zaki + “s” di awal + “f” di akhir = szakif tambah dengan blogspot.com. Then press enter!
Aku menyatakan rasa bertuah sebab otai blogger Malaysia, sultanmuzaffar sent me comment on my last posting about Long Khong film and encourage me to keep blogging! This mean dia bace blog aku! Haha… riak riak riak….. But unfortunately, it was set not to be shown in the comment window, but anyhow I’m still shocked with his visit. Thank you bro sultanmuzaffar! Wanna know you better next time!
Ok la, berbalik kepada isi blog aku kali ni, baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes rompakan yang berlaku di Universiti Malaya (UM) melibatkan wang sejumlah RM2juta. Banyak tu!
Yang sinisnya, dua hari sebelum itu sibuk dinyatakan dalam akhbar KOSMO! tentang longgarnya kawalan keselamatan di pintu masuk universiti tertua di Malaysia tersebut. Hari berikutnya, barulah pihak UM mengetatkan kawalan kenderaan yang memasuki kawasan pusat pengajian itu.
Apa yang mengejutkan, sehari selepas itu, berlaku pula kes rompakan itu. Tak ke macam betul-betul sinis? Konon dah ketatkan kawalan, tapi bila dah “ketat” tu la berlaku kes rompakan!
Cewah! Ayat aku macam nak masukkan dalam surat khabar pulak. Sori la... that’s not my way of writing blog. Aku tak boleh nak kalahkan sultanmuzaffar dalam ayat-ayat skema ni. Sultanmuzaffar memang ‘world’ bab-bab ayat skema ni! Baca la blog dia, u’ll agree with me…
Berbalik kepada tunjang cerita, sebenarnya, bukan perkara yang boleh dibuat main-main bila masuk bab kawalan keselamatan ni, sebab ia melibatkan nyawa manusia lain. Tak kira manusia tu pelajar UM ke, lecturer UM ke, mak cik tukang sapu kat UM ke, mahupun orang yang menggunakan kesempatan daripada kelonggaran system keselamatan UM untuk mengambil jalan pintas dari seksyen 16 PJ ke Bangsar dan sebaliknya. Aku sebagai pelajar universiti memandang serius akan hal ni.
Kalau tak silap aku, dulu pernah ada kes orang jumpa mayat dalam kotak, dekat UM jugak kan? UM lagi…
Entah la, kadang-kadang pihak atasan ni seolah-olah menunggu berlaku kes yang dahsyat, baru la nak bertindak. Rungutan pelajar buat-buat tak dengar. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah… memang patut pun wujud peribahasa melayu ni, untuk orang Melayu!
Dulu masa aku masih belajar kat matrik UIA, pernah jugak la aku masuk ke UM, konon nak pergi ke library UM, nak cari buku untuk buat assignment. Apabila sampai ke library, tak boleh masuk! Ado… hm… tak payah la aku cerita. Malas nak cerita benda-benda yang pahit ni… dah la jalan kaki masuk dalam! Penat wo…
Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah system keselamatan kat entrance UM tu (masa tu la). Memang pak guard tu tak tahan aku dan member aku bila aku berjalan masuk ke UM tu. Aku pun selamba je la jalan denga penuh yakin! Haha… Tak tahu pulak sama ada dia assume aku pelajar UM ke, ataupun memang dia benarkan sesiapa saje masuk UM. Sile la, sile la…. Haha…
Mungkin sebab kawasan UM yang besar sangat, pastu dengan jumlah kenderaan yang keluar masuk UM yang tak terkira jumlahnya, menyebabkan pihak keselamatan UM melonggarkan keluar masuk. Maka dengan itu, ada la pihak yang mengambil kesempatan dengan kelonggaran tersebut. Segala bentuk, taraf dan rupa penjahat boleh melepasi UM, lalu menjalankan kegiatan diorang.
Bukannya student tak report, masalahnya bila dah report pun takde perubahan. Baca ajelah KOSMO!, ada aje luahan hati pelajar yang tak puas hati dengan pak guard. UIA tak terkecuali. Tapi tak pulak ada kes yang besar, sampai heboh satu Malaysia berlaku di dalam UIA! Alhamdulillah… kalau setakat hilang laptop, hilang desktop, hilang dompet tu, sendiri mau ingat la! Pandai-pandai kunci bilik dan almari, pandai-pandai pilih roommates beb!
Tapi kalau benda yang hilangnya wang bernilai RM2juta, mana taknya heboh satu Malaysia? Bila aku baca je tajuk berita hari tu, terus aku tersenyum sinis. Tahun lepas heboh pasal kedudukan UM dalam ranking universiti di dunia yang jatuh, sekarang hal ini pula…
Kredit harus aku berikan kepada pak guard yang bekerja kat UIA, tak kira matrik mahupun main campus, yang berdedikasi menjaga keselamatan dan keharmonian UIA. Punya la ketat, sampai kadang-kadang jem kat entrance tu. Api bila fikirkan balikk, bagus jugak pak guard buat macam tu…
So far aku takde problem dengan mane-mane pak guard kat sini. Walaupun aku pernah kena saman parking, pasal disyaki stranger, aku tak kisah sebab bila berbincang dengan officer masa bayar saman tu, aku paham kenapa diorang kena buat macam tu. Kereta aku kena clamp beb! Pastu kena bayar saman RM10, tu pun lepas rayu. Tapi aku tak kisah sangat, memang salah aku pun. Click sini untuk baca posting aku tentang kena clamp tu.
Sesiapa yang nak pergi UIA kampus Gombak ni, ni ha aku bagi panduan sikit. Kepada sesiapa yang belum pernah masuk UIA, jangan terkejut sekiranya korang diminta untuk berhenti semasa memasuki UIA, especially yang memandu. Kawalan lebih ketat waktu luar office hour. Korang akan disapa dengan mesra (sepanjang observation aku la) dan ditanya ada matrik kad atau tak. Outsiders confirm la takde matrik kad kan? So, turunla sekejap dari kereta tu, daftar kat pondok (yang lawa) pastu jelajah la UIA ku ini! Haha… jangan buat benda-benda tak baik dah le…
Bagi yang menaiki bas (dari Central Market bas nombor 91, dari Terminal Putra Gombak bas nombor 911-C) pulak, pak guard akan menahan bas di main entrance, pastu dia akan naik dalam bas tu untuk memeriksa sape yang takde matrik kad. Sape yang takde, sile la daftar… macam tak paham pulak…! Haha…
Tapi kekadang pak guard ni cuma tengok muka je. Kalau muka tu ada iras-iras Melayu, lepas! Kalau muka tu iras-iras Indonesia, sile la daftar (kalau dia suruh la!)… pasal kat dalam UIA ni ada mamat-mamat indon yang bekerja membina beberapa buah lagi mahallah (kolej @ hostel pelajar). So, untuk keselamatan, dia akan soal selidik dulu tujuan orang yang iras-iras Indonesia ni. Tolong jangan salah faham, bukan aku nak kata asal muka iras Indonesia je, mesti buruh binaan, bukan!
Aku ada sorang member, kulit muka dia gelap dan agak ganas sikit ekspresi muka dia, pastu ada iras ala-ala Bangladesh, sedangkan hakikatnya dia adalah Melayu, Malaysian, tapi pak guard mintak nak tengok matrik kad dia, suspect foreigner - indon! Haha! Nasib badan… eh… nasib muka…. Haha!
All in all, kita tak leh nak mengharapkan sepenuhnya kepada pak guard. Kita kena jaga keselamatan diri sendiri, jaga keselamatan harta benda sendiri dan yang penting selepas tu adalah tawakkal kepada Allah supaya hak milik kita sentiasa di bawah perlindunganNya. Takkan maruah pun nak suruh pak guard jagakan? Pokok pangkalnya – tepuk dada tanya iman…