Wednesday, July 05, 2006

Life is Full of Problems

Because of some problems in my daily life, I have to postpone the new entry. Just wait a few days more to read something new here. Thank you to Kak Sya for calling me, expressing her concern towards me.. Huhu~

Sunday, July 02, 2006

Jumaat yang Mamai

Hari: Jumaat
Jam: 4.12 petang
Cuaca: Redup

ZZZZZZZzzzZZZZZZzzzzzzzZZZZZz

Assalamualaikum.... (nada lembut, suara besar)
Assalamualaikum....! (nada masih lembut, volume suara meningkat)
Assalamualaikum!!!! (dah macam lelaki, volume kuat tahap maximum)

Noq mane pulak yang masuk dalam mimpi aku ni... Wa'alaikumussalam~ Oh... Bukan mimpi, tapi realiti. Lalu kujengah ke luar rumah. Ada 2 orang sedang berdiri.

Dalam hatiku berbisik, mana emak ni. Kenapa tak sambut orang datang?

Kutujahkan muka ke tingkap, sambil menyambut salam kali kedua. Kupandang mereka berdua.

"Ye kak.. eh... Ye bang, nak ape ye?"

"Ayah ada kat rumah?"

"Tak, kerje"

"Emak?"

"Emak... em... kejap..." Kujeling tandas, lampu terbuka. Owh, mak mandi rupenye.

"Mak mandi la kak, er... bang"

"Lama lagi ke?"

"Suka hati mak aku la nak mandi lama ke tak!" "Kejap lagi habis la tu. Ada ape ye?"

"Kami datang ni untuk banci kesihatan"

"Owh, kesihatan... Masuklah"

Mereka masuk. Aku panggil mak di bilik mandi. Mak berbisik melalui pintu. "Diorang nak ape?"

"Banci kesihatan katanya"

"Hm~"

Aku berniat menyambung tidur tapi tak jadi memandangkan orang tu dah masuk. Entah sape-sape la.... Takut gak apa-apa terjadi. Aku masuk ke dalam bilik.

Mak bersiap dan keluar dari bilik [bilik mandi dan tidur bersambung] lantas melayan mereka berdua. Aku dengar perbualan mereka dari dalam bilik.

Antaranya; "Akak umur berapa ye?"

"46"

"Owh orang sini memang awet muda!"

Ye la tu! Pandai ko nak ambil hati mak aku.

"Akak ada masalah kesihatan?"

"Takde..." Padahal menipu.

"Ahli keluarga yang lain ada masalah kesihatan?"

"Semua takde... Semua sihat-sihat belaka"

"Boleh saya minta nombor telefon rumah ni?"

"03 318... 8... Berape Ki? Mak tak ingat la..." Mak macam tau-tau je aku tengah ngopeng.

Aku keluar dari bilik, terus duduk bersama emak. "0331879831"

"Adik ni masih belajar ke dah kerja?"

"Masih belajar, kat UIA, kos bioperubatan"

"Owh medik... Doktor la ni ye?"

"Aku kate BIOperubatan la bongok!" "Bukan la... bioperubatan. Bukan perubatan. Lain. Abang pulak dari mana?"

"Dari UTM, eh? hm~ ha betul la.. UTM... UTM..."

Senyap...

"Ok la macam tu Kak, semua sihat dalam rumah ni. Bagus. Saya beransur dulu la"

Diorang berambus je, aku tanya mak aku, kenapa bohong pasal takde yang sakit dalam rumah ni, walhal abah 3 minggu sekali pergi hemodialisis? Mak jawab, diorang tu nak jual barang! Bukan banci kesihatan!

Mane mak tahu?

Logo kat baju diorang tu, sama dengan Air Massager Belt yang mak beli. TITIK mak aku kata. Jadi aku juga TITIK.

Motif?
i) Diorang ganggu tidur aku yang nyenyak? Sampai aku mamai jadinya.
ii) Minta nombor telefon? Tapi bagus gak, pasal nombor telefon tu makin terserlah pembohongan diorang.
iii) Ragu-ragu sebut nama U? Perlu ke lupa nama U sendiri?
iv) Tak tanya pasal kesihatan nenek aku padahal nenek betul-betul depan mata diorang? Produk korang untuk orang muda je ke?
v) Hanya noq tu je yang bercakap? Sorang lagi bisu ke?
vi) Guna cara lama untuk membohong? Orang dah lali dengan taktik cam ni la.. Aku je yang tak dapat tangkap pasal masih mamai masa tu...


Aku search banci kesihatan, ni yang keluar. Layan je... Diorang tak pakai pun tag camni?! Hm~

Saturday, July 01, 2006

Makan Bola & Rambutan

*Mood selepas menonton World Cup walaupun aku tak berapa minat sangat tengok bola.

Tadi aku tak makan malam. Takde selera. Tapi bila sampai je pukul 12 lebih, perut aku mula berirama. Dan itu menandakan tibalah masanya untuk keluar jalan-jalan cari makan! Elok pulak siang tadi dapat gaji, memang takde alasan la untuk aku tak keluar cari makan.

Bercakap pasal gaji, ini kali terakhir aku dapat gaji dalam tempoh percutian aku ni selepas 3 bulan bekerja di kedai mak. Sedar tak sedar, cuti aku tinggal seminggu.

Berbalik kepada cerita lapar tadi, aku mintak izin kat abah dan mak untuk keluar, dan mereka tiada masalah untuk melepaskan aku sebab diorang tahu aku ni baru gaji.. *wink* ape salahnya kalau belanjakan sikit kan~

Maka bertolaklah aku ke restoren yang paling dekat dengan rumah, which is only about 100 metres from my house. Ya, memang dekat je. Aku malas nak pegi jauh-jauh, pasal pergi mana-mana pun, kalau takde roti canai buat ape kan? Dah kedai tu ada makanan supper yang aku cari, jadi aku pilih la restoren tu sebagai destinasi selera aku.

Sampai je di restoren tu, MAK DATUK!!! Ramainye manusia! Biasenya tak ramai macam ni! Apa yang terjadi?!

Aku pandang betul-betul ke dalam restoren tu, maka aku jelas kenapa sebegitu ramai manusia membanjiri kedai tu. MEREKA MENONTON WORLD CUP! TITIK. Dari kejauhan aku tak nampak sebarang meja dan kerusi yang kosong. Jadi aku kensel makan kat situ... Dalam hati berkata, melepaslah roti canai aku malam ni...

Aku teruskan perjalanan. Kat Kanchong Darat ni, ada banyak restoren dibuka pada waktu malam hingga pagi. Kalau tak percaya, tanya Kak Sya. Kiranya kampung aku ni memang dikenali seluruh Banting sebab menjadi tumpuan untuk orang lepak-lepak pada waktu malam hingga awal pagi.

Aku meneruskan perjalanan ke kedai lain. Tak kurang daripada 15 buah restoren ada di sepanjang jalan utama Kanchong Darat, dan fakta yang sangat mengejutkan aku, SEMUA PENUH DENGAN ORANG! Kereta berderet-deret, motor bersepah-sepah parking tepi jalan. Wah! Beginilah bahana World Cup!

Pakcik-pakcik yang tak sayang bini, ditinggalkan sorang-sorang kat rumah. :D

Tak satu pun aku singgah sebab restoren-restoren yang lain tu tak menyediakan roti canai sesedap restoren yang dekat dengan rumah aku tu. Perut terus berirama menandakan aku mesti mencari roti canai jugak!

Jadi aku memutuskan untuk kembali ke restoren yang pertama tadi, tapi bungkus saje. Makan kat rumah. Sampai je kat restoren tu, aku order roti canai telur dan teh ais dan nasi goreng kampung dan sambil menunggu order aku siap, aku join la menonto bola sepak tu.

Kemudian barulah aku tahu kenapa setiap kedai penuh dengan orang. Sebab perlawanan bola tu antara Argentina dan Germany! Mau tak nye ramai~ Kan dua-dua pasukan sememangnya antara pasukan favourite?~

Kan bagus kalau kat masjid diorang boleh kumpul rapat-rapat macam ni?

Mase aku tunggu order tu, sempat la menyaksikan satu gol dijaringkan oleh Klose. Tapi yang peliknye kenapa orang kat situ macam tak excited? Diorang ni semua sokong Argentina ke? Aku bertanya hati sendiri. Aku plak senyap je pasal aku tak minat kedua-dua pasukan yang bertanding. Aku cuma usha senyap-senyap je.

Owh dinner@supper daku~

Bila order dah siap, aku terus balik dan terus duduk mencongok depan TV, menyambung menonton perlawanan tadi yang sememangnye hebat sambil mulut menyuap hidangan yang aku beli. Dan akhirnya Germany menang 4-2 dalam pusingan penalti selepas kedua-dua kumpulan terikat 1-1 dan tiada gol dihasilkan dalam pusingan masa tambahan. Cewah... macam pengulas sukan plak.

Apart from that, siang tadi aku berjaya melunaskan kempunanku terhadap buat rambutan. Sebenarnya rasa kempunan ni terbit selepas membaca blog friendster kawan aku yang menyatakan dia baru balik kampung dan makan banyak buah-buahan di dusun grandparents nye~ Siap letak gambar, mana tak nye aku kempunan...

Yang peliknya, kat rumah aku bukannya takde pokok rambutan, ada. Tapi tak berbuah untuk musim kali ni. Merajuk agaknya. Pokok durian pun tak berbuah, pokok pulasan pulak memang sangat jarang berbuah sebab dah tua sangat. Hm~

Jadi bila pergi ke Banting siang tadi, jenjalan, aku ternampak ada khemah tepi jalan menjual buah-buahan. Aku tak lepaskan peluang singgah sebentar, sebab aku nampak ada buah rambutan! Fuh~ lega rasanya dapat menunaikan kempunan. Hehe~ Aku beli 3 kg, berharga RM10. Baru gaji le katakan~ Huhu~ Sengaja aku beli banyak pasal nak kongsi bersama seisi keluarga~

Bukan rambutan...

Perlu ke bagitahu mane satu buah rambutan?

Rambutan takde dalam gambar ni, tapi rambut ade~

Owh ini rambut punk!

Yeay! itu dia rambutan!

Thursday, June 29, 2006

Sunway Lagoon Dry Park

PERCUTIAN KE SUNWAY LAGOON THEME PARK
(DRY PARK)
27 JUN 2006
11 PAGI - 6 PETANG (Fiza dan Zubir kenapa lambat?)


Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk mengemaskini blog ni walaupun
i) jam sudah menunjukkan pukul 3.15 pagi
ii) penat siang tadi belum lagi kebah
iii) mata mengantuk.

Mungkin kerana sebahagian tenaga telah dipulihkan hasil lelapan mata di dalam bas ketika pulang tadi. Bas? Ya! Aku naik bas. Aku naik bas pergi ke Sunway Lagoon kerana
i) malas nak memandu ke sana
ii) tol dan minyak yang mahal
iii) dok dalam bas boleh tidur! =)

Photobucket - Video and Image Hosting
Di dalam bas menuju ke Sunway Pyramid, bersama Safwan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba, aku dan Safwan luangkan masa seketika mengusha orang bermain ski. Bilakah masanya ku pula menjadi tontonan orang? Mahal tak?

Photobucket - Video and Image Hosting
Hanya mampu melihat kawasan Wet Park dari bahagian atas, kerana kami hanya merancang untuk ke Dry Park.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sunway Lagoon secara keseluruhannya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Di dalam kren bernama Wagon. Benda basic macam ni pun diorang nak jerit-jerit... Aduh, sakit telinga aku. Tapi seronok pula dengar diorang ni jerit bagai nak rak, walhal seram pun tak. Kah kah~ Aku senyum je tengok gelagat diorang ni. Padahal banyak lagi permainan yang memerlukan 'jeritan' diorang. (Baca: Diorang)

Photobucket - Video and Image Hosting
Roller Coaster pertama! Hm~ takde la seram mana pun compared to Roller Coaster kat Times Square dan Genting.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aksi yang sempat dirakam. Safwan naik roller coaster cam tu pun dah takut. Walhal rendah dan SANGAT SEKEJAP! Fiza pun sama je.

Photobucket - Video and Image Hosting
Tak pasti ape benda artifak ni, pasal kedatangan kitorang untuk MAIN, bukan untuk menonton artifak yang ntahpape cam ni. :D

Photobucket - Video and Image Hosting
Artifak lagi. Tapi lawa jugak la tengok sekali imbas. Malas nak baca caption yang tertera.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lagi-lagi artifak.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dinasour yang takde motif nak mengejutkan kami. Takde pun takpe, takde kesan@effect pape pasal tersorok dalam gelap.

Photobucket - Video and Image Hosting
Tak pasti sama ada ini ukiran atau semulajadi begitu (perlu ke ada bunyi burung tatkala aku menaip ni?)

Photobucket - Video and Image Hosting
Burung kayu lagi. Kualiti gambar kurang baik sebab henset Nokia 3250 aku very dependent on cahaya matahari for the best result. *motif mempromoi henset

Photobucket - Video and Image Hosting
Naik cawan pusing-pusing yang bosan. Hm~ layan je la... Dah bayar, kang tak naik, rugi pulak... :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Er...

Photobucket - Video and Image Hosting
Di Jambatan Gantung di dalam Taman Tema terpanjang di Asia. *fakta daripada Safwan tidak dapat disahkan kebenarannya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Memang panjang! Penat wo!

Photobucket - Video and Image Hosting
Sempat berbaring di atas jambatan lambang penat berjalan. Kantoi nampak perut. Ahahaha~

Photobucket - Video and Image Hosting
Love this picture very much! Thanx Fiza! Kenapa aku nampak hensem sangat? Macam Didy AF4 je... Versi berisi :D

Photobucket - Video and Image Hosting
Sekodeng awek kat belakang tu sambil memperaga style rambut aku yang baru dipotong semalam.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lepas turun daripada Jambatan Gantung, kitorang jalan kaki menuju ke tempat asal tadi (because at the other end of the bridge has nothing but Pak Guard garang) through Elephant Walk. Panas wo! Nasib baik aku pakai spek hitam, kurang sikit rasa panas.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aktiviti lain, naik TomaHawk. Ala... yang pusing macam jam tu... Kat Times Square lagi panjang radiusnya dan lebih mencabar pasal kaki terjuntai. Yang ni terkurung, terlalu 'selamat'... Kurang rembesan adrenaline.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku paling tak tahan naik mende ni pasal
i)minah foreigner tak cukup kain dok sebelah aku
ii)melihat gelagat budak-budak odah nan batak kat depan aku terjerit-jerit mengalahkan laki mati bini
iii)minah foriegner tu pun jerit gak! :)
Bukan tak tahan jeritan diorang, tapi tak tahan gelak tengok diorang terjerit-jerit sambil tutup mata. Aku rasa naik benda ni paling seronok. Hahaha~ Malangnya tak sempat nak ambil gambar masa sedang duduk sebab
i)penahan keselamatan yang sangat ketat dan kejap menyebabkan aku susah nak bergerak ii)minah foreigner sebelah aku, kang tersentuh plak kang... :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Maklum la, kitorang pergi hari Rabu jadi tak ramailah pengunjung. Sampai mainan budak-budak ni pun kitorang bedal! Namanya pun mainan budak-budak, jadi tempat duduk tu sangat kecil dan sempit! Habis nampak gemuk gile aku dalam gambar ni walhal takde la gemuk sangat :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Nak pakai belt pun ketat ni! Lambang mainan ni memang untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa dibenarkan masuk pasal pekerja yang jaga mende ni bosan menunggu budak-budak datang. Sekali BAPAK budak yang datang! Wahahah~ layan je...

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku basah kuyup naik mende ni... Tak sempat ambil shot yang menerangkan kenapa kitorang boleh basah, tapi ia ada kaitan dengan terjunan la... Sangat seronok! Nasib baik Hazlyn dah warn awal-awal bawa baju spare. Terima kasih Hazlyn~

Photobucket - Video and Image Hosting
Safwan masih lagi dengan pose 'peningnya'. Lambang tak terduga akan kebasahan sebegitu rupa! Hahahah~ Zubir rileks je...

Photobucket - Video and Image Hosting
Ya Allah seriously mainan ni sangat seronok tapi memenatkan. Seronot pasal dapat terjun guna pelampung (alang-alang basah!) tapi memenatkan pasal kena daki tangga yang sangat tinggi!

Photobucket - Video and Image Hosting
Lepas basah, kitorang berjemur sekejap.

Photobucket - Video and Image Hosting
Masih lagi berjemur.

Photobucket - Video and Image Hosting
WOI!!! DAH LA!!! AKU DAH KERING NI!!!

Lepas sembahyang Zuhur, kitorang menuju ke Chicken Hartz di Sunway Pyramid. Hanya bayar RM14.60 (selepas diskaun 15%) dan makan apa sahaja di dalam restoren ini dalam masa 2 jam.

Photobucket - Video and Image Hosting
Hidangan kedua ku. Gambar hidangan pertama berisi salad pelbagai jenis tak sempat aku tangkap, lapar punya pasal. Tengok air tu, berape gelas tu? :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Hidangan ketiga, aiskrim vanilla yan g sangat sedap dan air kopi O panas. Agak-agak perut dah hampir penuh, kitorang lepak dulu sambil makan aiskrim. Masa pun panjang lagi...

Photobucket - Video and Image Hosting
Hidangan keempat dan terakhirku... Suku jam sebelum mencecah jam 6 petang.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kuih-muih yang muak. Diorang buat Fear Factor makan kuih ni ber'topping'kan sos dan aiskrim. Aku jadi mangsa yang rela. Haha~ *diorang tak sanggup tengok aku telan kuih ni, padahal sedap je aku telan. Korang ingat apa yang korang janjikan!!! Ingat!!! Aku nak jugak!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Mamat-mamat batak keriangan~

All in all, cuti 3bulan (masih lagi berbaki seminggu setengah) ni dimulakan dengan camping yang sangat seronok, dan ditutup dengan percutian di Sunway Lagoon yang juga seronok. Seawal Sabtu depan diorang yang lain akan terlibat dengan program di UIA, dan aku menyambung sisa-sisa cuti bersama keluarga di rumah dan di kedai.

Awi!!! 5A Genting, 4A Sunway Wi!!! 3A Morib je la... Haha~ *UPSR

Tuesday, June 27, 2006

Percubaan Photoshop II

Jika korang perhatikan, ada perubahan telah aku buat untuk pautan ke blog yang lain. Sila lihat di bahagian bar sebelah kiri (aku punye lah membahasamelayukan semua perkataan english) dan jika korang tidak boleh melihat, sila segarkan semula (wakakakaka~)

Jika nama korang takde kat sebelah ni, sila beritahu aku. Kemungkinan terlepas pandang. Pautan tersebut akan dikemaskini dari masa ke masa. Dan maaflah kalau tak berapa cantik, saya kanak-kanak baru belajar Photoshop CS... Huhu~

Dan esok (Rabu 28 Jun 2006) geng-geng odah merancang untuk pergi ke Dry Park Sunway Lagoon. Dan sudah pasti aku akan buat kemasukan pasal aktiviti tu. Hooray!


Kalau tak kerana belajar di Sambest, sampai bila la baru nak kenal Sunway Lagoon?


Owh sangat cantik!

Monday, June 26, 2006

Menonton VC Hantu II



Beberapa komen telah disampaikan oleh beberapa orang tentang video klip Seram yang saya ceritakan sebelum ini. Ada yang tidak percaya dengan penggambaran video klip itu, dan ada juga yang langsung tidak berani untuk memuatturun. Apa kata jika anda yang sudah menonton menurunkan komen anda di sini berkenaan video klip itu. Boleh juga bincangkan hal berkenaan alam ghaib ini.

Anda takut? Kenapa anda takut? Adakah kerana sejak dari kecil sudah dimomokkan dengan hantu?

Anda berani? Kenapa anda tidak diselubungi rasa takut ketika menonton cerita seram atau mendengar cerita seram. Atau mungkin juga anda tidak takut langsung ketika terserempak dengan hantu, jika pernah mengalaminya. Nyatakan kenapa.



Pada saya, saya tidak ada masalah untuk menonton cerita yang berunsurkan seram kerana ibu bapa saya tidak mendidik saya saya untuk takut kepada perkara-perkara seperti itu. Mereka tidak memomokkan saya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya saya takut.

Namun begitu, sehingga kini saya tidak ada pengalaman bertemu atau terserempak secara tidak sengaja dengan makhluk yang bernama hantu. Saya hanya pernah berdepan dengan kes kenalan saya kerasukan sewaktu saya berusia 13 tahun di Sungai Congkak.



Kepada yang belum menonton lagi, sila klik di sini untuk memuat turun. Saya tidak pasti bilakah link ini akan luput jadi muat turunlah cepat-cepat! Haha~ Kali ini saya menggunakan website verzend.be untuk memuat naik, bukan lagi yousendit. Video klip ini berformat .avi dan sepatutnya dimainkan dengan menggunakan software winamp, bukan media player dan yang sekroni dengannya.

Saya harap tiada lagi rungutan tidak boleh menonton. Haha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...