Friday, September 16, 2011

Umat Islam Tak Payahlah Terlibat dengan Crazy Sales Low Yatt

Aku teruja untuk mendapatkan Samsung Galaxy Ace daripada Crazy Sales yang diadakan di Low Yatt. Kurang daripada RM500 tu!

Apabila aku sendiri ke sana, aku dapati apa yang terdapat di dalam iklannya tidak seperti apa sebenarnya yang berlaku.

Di dalam iklannya dinyatakan:

"Spend RM50 and above in a single receipt at participating outlets and qualify to buy these items and more at crazy prices. While stocks last. Terms and conditions apply."

Kalau kita baca kenyataan di atas, sangat menarik! Beli sahaja apa-apa barang sekurang-kurangnya RM50 daripada pihak penjual yang mengambil bahagian dan kita layak membeli barang-barang di dalam iklan tersebut pada harga yang dinyatakan. While stocks last? Kena datang awal ni! Terms and conditions apply? Apa terms dan conditions nya? Mana nak tahu?

Lalu ramai la yang datang berebut-rebut seawal mungkin agar mereka tidak ketinggalan mendapatkan barang-barang idaman mereka pada harga yang sangat murah.

Namun apabila sampai di Low Yatt, rupa-rupanya kena cabut cabutan bertuah dulu. Kalau bertuah, dapatlah beli barang tersebut. Kalau tak, merasa lah beli benda yang tidak kita inginkan pun.

Jadi, kat sini ada unsur penipuan. Pihak Low Yatt sepatutnya memberikan maklumat yang lengkap dan jelas tentang prosedur yang perlu pelanggan lalui untuk layak membeli pada harga yang murah seperti yang dinyatakan di dalam iklan. Ini tidak, apabila sampai di Low Yatt, barulah tahu bahawa ada lucky draw pula.

Aku ni bukan ulama bidang ekonomi, tetapi aku faham bahawa kalau terdapat something fishy, atau something yang tidak jelas, baik jangan melibatkan diri. Dalam hal ni, aku fikir Crazy Sales ni ada unsur fishy dan tidak jelas. Dalam istilah Arabnya, ada unsur gharar.

Kalaupun nak meningkatkan jumlah pengunjung, bukan begini caranya. Berikan maklumat yang lengkap agar pengunjung tak rasa tertipu. Aku dah lawat websitenya, terms and conditions kat paling bawah sekali. Takde dinyatakan langsung tentang kena cabut undi ke apa. Membohong!


Ada yang mengatakan ini sebagai strategi perniagaan. Aku pula sifatkan ia sebagai strategi perniagaan yang tidak mengikut syariah. Not shariah compliant. Pada aku, ini boleh jatuh haram hukumnya sebab pelanggan rasa tertipu dan teraniaya. Dan wajib untuk kita menyeru agar lebih ramai tidak tertipu dan teraniaya.

Beritahu aku:
- Apa jaminan bahawa dalam kotak lucky draw tu ada terselit cabutan iPad dan sebagainya? Apa buktinya?
- Berapa peratus kemungkinan untuk pencabut undi mendapat apa yang sebenarnya mereka inginkan?
- Kenapa tak diberitahu prosedur penuh di dalam iklan dan website?

Kalau nak jual harga semurah itu pun, jual sahajalah. First come first serve. Pengunjung sedia berebut dan hadir lebih awal tanpa perlu berasa tertipu.

Kesian kat diorang yang dah menunggu di situ lebih awal. Apabila mula dibuka premisnya, rupa-rupanya ada prosedur yang tidak dinyatakan di dalam iklan mahupun website. Kena cabut-cabut pula. Bukankah lebih molek sekiranya segalanya jelas tertulis di dalam iklan agar tiada sesiapa yang rasa tertipu? Agar pengunjung lebih bersedia, mahupun berfikir beberapa kali sebelum terlibat dengan jual-beli tu?

Dah la wahai kawan-kawan Muslimku. Tak payah nak beratur panjang-panjang untuk sesuatu yang belum pasti korang dapat. Kumpul duit banyak-banyak, beli ikut sistem dan kaedah yang mengikut syariah. Jangan terlibat dengan benda-benda gharar ni. Kalau terlibat juga, dah macam korang galakkan benda-benda gharar ni terus berlaku pula.

Update:

Ada yang mengadu di Facebook:

4 comments:

MusfirahAhmad said...

Ini dah menipu orang dah nih ==

Master J said...

lucky draw tu diorg include dlm terms n conditions lah kut..of coz customers xkn puas hati..tp as far as diorg concerned..T&C tu mmg ckp lah utk cover "rules" yg diorg xmention dlm iklan..

aritu g IT fair kt Midvalley..ada external HD brand Seagate, 500GB RM99 je..xde cabutan setahu aku..tp xtau lah sama ada kne ada prior purchase ke x..in any case line mmg pjg gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Adlan said...

oh ada udang di sebalik mee rupanya.. tak sangka pula macam tu kes kat loyat..

Anonymous said...

Orang kita, bila dengar ada jualan murah camni, terus percaya bulat-bulat tanpa fikir secara details.

Fikir logik la, iPad yg harga seribu lebih tu nak dijual pada harga RM500? Company Apple tu sindri takkan buat camtu. Rugikan diorang je.

So, untuk cover kerugian semua tu, awal2 cina-cina ni dah buat mcm ni, semua org beli barang pada harga tertentu in a single receipt, then buat cabutan bertuah.

It means, tak semua org boleh dpt la beli iPad Rm500 tu. Kalo dia jual camtu je, sah2 diorg bankrap.

See, bukalah mata dan minda wahai umat Islam Malaysia. Kita ni semua makin lama makin byk kena pijak kepala, kena tipu dgn kaum lagi satu ni. Banyak dah jadi kes penipuan oleh kaum lagi satu ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...