Wednesday, June 22, 2011

Gadis-gadis Sudah Tidak Malu dan Segan Mengintai Lelaki Korea

Sudah lama aku perhatikan. Mula-mula, tidak pula terlintas apa-apa. Biasalah, gadis-gadis sukakan lelaki comel.

Kemudian, aku fikir-fikirkan semula. Jika sudah sampai ke tahap tidak henti-henti berkongsi video dan gambar lelaki Korea yang comel, dan apabila ditegur agar "menundukkan pandangan" pun, masih mahu berkongsi, aku rasa itu sudah parah.

Ada yang menyediakan satu album khas yang terkandung gambar-gambar lelaki Korea yang comel di Facebook mereka. Ada juga yang memuat naik video lelaki Korea. Artis agaknya, aku pun kurang periksa. Tidak cukup di Youtube, mereka muat turun sendiri dan kemudian dimuat naik semula di dalam akaun Facebook mereka. Kemudian mereka menanda (tagging) rakan-rakan mereka. Lebih ramai yang melihat dan menonton. Maka lebih ramai yang tergiur dengan wajah comel lelaki-lelaki Korea itu.

Apa bezanya kalau lelaki suka melihat perempuan seksi, dengan perempuan yang suka melihat lelaki comel? Kedua-duanya jika membangkitkan syahwat, sudah pasti boleh membawa kepada perkara-perkara yang lebih berdosa.

Sebab itu aku katakan, gadis-gadis (nota: tiada perkataan semua sebelum perkataan gadis-gadis) sudah tidak malu dan segan untuk melakukan dosa terang-terangan. Mereka mahu lelaki menundukkan pandangan, tetapi mereka pula mengintai lelaki Korea.

Maaf, aku bukan anti kecomelan lelaki Korea. Bukan juga anti lelaki Korea. Cuma aku tidak senang dengan budaya mengintai lelaki Korea yang semakin menular dalam kalangan gadis-gadis Malaysia - Melayu - Muslim.

Geli-geleman aku membaca komen-komen yang mereka tulis mengenai kecomelan lelaki Korea di Facebook.  Nak bagi contoh di sini pun, geli-geleman aku mahu taip.

Adoi lah dik... Bukankah lagi bagus kalau buat benda lain yang berfaedah, daripada mencuci mata dan dalam masa yang sama mengotorkan hati?

Perhatikan tulisan ini betul-betul. Langsung tidak kubandingkan dengan lelaki Melayu, kerana bukan itu yang ingin kuutarakan. Budaya mengintai lelaki Korea ini aku perhatikan semakin galak, sekurang-kurangnya dalam kalangan rakanku di Facebook.

Jika mereka membaca, jadikanlah ini teguran yang tulus, bukan kecaman yang menghunus.

14 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

setuju bangat :-)

sifaza said...

yes!

atikahTarmizi said...

yup! setuju! yg lebih menyedihkan lagi mereka2 itu adalah org2 terdekat dgn kita. i.e adik2 and roommate. mereka siap hafal lagi lirik2 lagu yg ntah ape2 ntah maksud. huh..!

Jom Masak Channel said...
This comment has been removed by the author.
azuwa was here said...

level of interest setiap individual tu lain. mybe bagi kita 'eeuuww gedik geletisnye diorang tu' tp mungkin bagi mereka itu sesuatu yang fun tp tidak sampai ke tahap ekstrem. mereka cuma suka. kesukaan itu satu perkara yang lahir dari hati.
bagi aku yg tak berapa minat artis2 korea ni,ini sesuatu perkara yg sgt normal. sekiranya aku ada anak perempuan yg minat gila dgn sesetengah artis, aku takkan mengutuk, bahkan aku mau mengenali dgn lebih lagi tentang kegilaan anak itu.
kdg2 kegilaan itu tidaklah seburuk mana yg dilihat.
cuma memang sifat manusia. suka menilai.
just my two cents :)

Anonymous said...

aku rasa minat korea bgus, membina kot. lagu2 lelaki korea bukannya macam omputih pon ade unsur2 sx ,,,u get wat i mean. plus lagu dorg bukan nye lucah pon~ come on la.syahwat ke tgk lelaki korea? erk ~ tgk bukan sbb shahwat bro,,,,,sbb choreography dorg cantik kot. Then lagi bagus dr lagu melayu... dang~
lagi satu kalau x suke xyah nak kutuk, cam lelaki melayu gak tgk pempuan korea seksi2,,,, ha tu baru btul kalau nak tgur~

Anonymous said...

ak x rase pon penulis sdg mengutuk!!mungkin cr penerimaan nasihat beliau tidak dpat diterima dgn hati dan iman..mungkin nasihat hnaye sampi di akal yg cepat menafsir dan tidak sampai ke hati utk lebih didalami..wallahua'lam.

Anonymous said...

ceh ayat x leh blah,,,, cara penerimaan nasihat x dpt diterima dgn hati dan iman? haha bro,, sape ko nak menilai org and nak menghukum?

Unknown said...

Penafian:

Saya tidak menulis komen dengan nama Anonymous.

Saya juga tidak berminat untuk membuat komen balas kerana saya ingin meraikan perbezaan pendapat walaupun sebenarnya saya mempunyai komen balas.

Harapnya semua yang memberi komen dengan tenang dan berlandaskan pemikiran yang rasional, bukan emosional.

:)

Atie said...

Ermm.. Saya tak pasti nak komen macam mana, tapi saya ada tulis entry pasal nie.. Kalau rajin, datanglah melawat..
http://eitazirun-lovechain.blogspot.com/2011/06/k-pop-dan-drama-korea-obsesi-atau.html

fuad ansari said...

kalau kamu terintai2 kekacakan manusia yg tidak seberapa di dunia, kamu harus berusaha gigih agar kamu boleh melihat2 kekacakan yg sebenar penghuni2 syurga.. (",)

ustaz kot said...

dalam quran lelaki je yg kene tundukkan pandangan walaupon pompuan tu bertudung.

pada pendapat aku pompuan tak perlu pun tunduk pandangan sangat. tenunglah lama2 asalkan laki2 tu pakai pakaian tutup aurat. yg aku risau diorang dah kurang sifat malu, itu je.

laki kalo tgk pompuan bukan mahram lama2 walaupon tutup aurat mesti ada bangkit syahwat walaupon sikit, pompuan aku rasa tak sbb diorang semulajadi ade sifat malu, tgk laki comel pon no prob.

Unknown said...

@Ustaz Kot: Mungkin Ustaz tak habis mengkaji ayat quran. Jangan baca setakat ayat 30 surah an-Nur sahaja. Lanjutkan bacaan kepada ayat seterusnya. Ayat 31 pula ditujukan perempuan pula.

Kalau mahu merujuk kepada ayat al-Quran, sila berikan nasnya, dan jangan baca sekerat2 je ye.

Anonymous said...

As salam saya cuma nak tambah pendapat - media memainkan peranan besar dalam perwatakan dan pembentukan nilai seseorang contohnya jika wanita yang menampakkan susuk tubuh dikatakan 'hot' dan lelaki bersubang dikatakan 'cool' lama-kelamaan ia akan jadi "alah bisa, tegal biasa" dan tanpa pengetahuan dan ilmu mengenai sebab-sebab Islam menyarankan kita mengawal deria, secara tak langsunglebih banyak perkara yang bertentangan dengan Islam akan menjadi 'normal'. Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...