Wednesday, January 26, 2011

Berbicara dengan Si Pemakai Tudung On Off

Aku dah lama tak tulis blog. Tapi dalam diam sebenarnya aku banyak menulis. Tidak kira la menulis untuk suka-suka, menulis untuk menghasilkan pendapatan, mahupun menulis untuk menyedarkan.

Fokus pada poin terakhir, menulis untuk menyedarkan.

Baru-baru ini aku ada berbalas mesej di Facebook dengan seorang rakan. Di bawah ini aku lampirkan mesej aku tu. Aku tak salin mesej yang dia tulis. Sebab aku tak minta izin dia. Dan aku tak berminat nak ceritakan latar belakang kisah yang menjadi titik tolak kepada mesej yang sudah disunting sedikit untuk menjaga hati pihak yang berkaitan:
Haha.. Ko ni, aku belum tanya lagi, ko dah jawab. Tapi basically apa yang ko bagitahu tu, ada la antara yang aku nak tanya.

Papehal, aku kena berterima kasih kat ko la sebab sudi berkongsi dengan aku. Sebabnya aku tak rasa ramai nak cerita pasal benda ni atas alasan "sensitif". Padahal tak sensitif apa pun, cumanya diorang je yang jadikan benda ni sensitif sebab... er.. diorang tak pakai tudung a. Haha..

By the way, aku harap apa yang aku nak bagitahu ni, ko boleh terima la eh.

Aku rasa tak wajar untuk jadikan kawan2 ko yang bertudung tapi bermasalah tu sebagai perbandingan. Diorang dengan masalah diorang, tapi sepatutnya masalah diorang tu tak affect ko untuk buat decision untuk menutup aurat.

Pastu, bab malu-memalukan ni pun, tak wajar dijadikan sebagai sandaran untuk tidak menutup aurat. Kalau dah bertudung, bersikaplah sebagaimana yang sepatutnya sebagai wanita beragama Islam. Kalau nak huha huha, boleh je, tapi dengan kawan2 pompuan je la where you can be yourself as much as you want. Huhu..

Pastu kalau ko pakai tudung dengan niat nak hormat kat orang, aku rasa niat tu dah salah tu. Kiranya ko pakai tudung bukan kerana Allah - Tuhan yang ko sembah 5 kali sehari.

Pakailah tudung dan tutuplah aurat dengan niat yang betul. Aku rasa pasal niat ko tak betul kot, tu yang tudung on off.

Pastu kan, kalau kata tak bersedia, dan nak bertangguh esok lusa, tak tentu lagi esok kita hidup. Entah2 balik daripada kerja ni, orang langgar kita dan mati. Tak pasal2 tak sempat nak taubat. Sori la kalau ni cam kasar sket, tapi kena sedar hakikat ni.

Ko dengan laki ko pernah borak2 pasal mati? Aku sejak kahwin makin kerap fikir dan borak pasal mati dengan bini aku. Siap pesan dengan dia lagi, "Sayang, walaupun baby ni belum lahir, Abang nak dia tahu bahawa Abang cintakan dia. Abang nak Sayang tahu, kot2 Abang tak sempat nak tengok dia lahir". Wah, dah macam blog plak aku tulis :P

Papepun, aku doakan ko akan ditetapkan hati untuk cepat2 membuat keputusan untuk memakai tudung dan menutup aurat secepat2nya. Kalau ko sayang sangat kat laki ko, cuba tiap kali ko dedahkan aurat kat umum ko fikir camni:
  1. Isk, aku ni kang jadi penyebab laki aku masuk neraka je sebab banyak tanggung dosa aku.
  2. Isk, bapak tak specialnya tubuh aku untuk laki aku. Orang lain boleh tengok!
Lebih kurang macam tu a~

He~ Bersyarah plak :P

Harapnya, ko tak terasa hati la eh dengan mesej aku ni. Hu~

1 comment:

IbnMustakim said...

maveles....

aku suke ayat² ko...

kipidap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...