Monday, May 10, 2010

Selepas Pernikahan


Usia perkahwinan aku dan isteri melayari usia minggu kedua. Sepanjang seminggu kami hidup atas dasar cinta, banyak perkara manis yang berlaku. Tidak perlu diterangkan butir-butirnya. Tetapi cukup untuk aku katakan, inilah nikmat sebuah perkahwinan.

Apabila berpeluang berbual dengan rakan-rakan, khususnya yang lelaki dan masih bujang, dan lebih khusus lagi yang bertanya kepadaku mengenai khabar selepas perkahwinan, aku tidak akan melepaskan peluang untuk menggalakkan mereka supaya tidak bertangguh untuk membina rumah tangga.

Jika dahulu, aku perlu lakukan hampir semua benda bersendirian dan dengan tenagaku sendiri, namun kini ada seorang isteri solehah yang membantu aku melangsaikan urusan harian. Bagi dirinya pula, aku berikannya kasih sayang dalam bentuk yang hanya difahami oleh orang-orang yang sudah berkahwin. :)

Apa yang pasti, aku bersyukur kerana pada awal usia perkahwinan, kami mempunyai masa yang lama untuk berbulan madu. Isteriku belum lagi sibuk dengan hal pengajiannya yang akan menuntutnya menjadikan makmal di pusat pengajiannya sebagai rumah pertama apabila tiba masanya nanti.

Berkata pula mengenai perubahan hidup, memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa banyak perubahan yang sudah berlaku dan yang akan berlaku apabila aku memasuki alam perkahwinan ini. Salah satunya ialah kewarasan aku dalam membuat sebarang keputusan. Fitrah hidup tidak lari daripada membuat keputusan, dan pada tahap sekarang aku rasakan aku lebih banyak membuat keputusan yang lebih rasional dan berpandangan jauh.

Bukannya sebelum ini aku tidak begitu, tetapi kini aku perlu berfikir lebih jauh lagi tentang sesuatu perkara kerana apa-apa yang memberi kesan kepada aku, secara langsung atau tidak akan mempengaruhi isteriku juga. Apa-apa sahaja keputusan yang aku buat, aku seboleh mungkin mahu memastikan dirinya tidak berada dalam situasi sukar melainkan dengan kehendak dan kerelaannya sendiri. I just don't wanna harm her.

Jika dahulu, ada kalanya aku membuat keputusan yang mempunyai pilihan yang lebih baik, tetapi dengan sengaja aku tidak memilihnya. Kadang kala, sengaja aku mahu menguji dan melihat kesan daripada keputusan yang dibuat supaya aku belajar sesuatu daripadanya. Kini tidak lagi. Jikapun aku perlu membuat keputusan yang mungkin kurang bijak, aku perlu pastikan dirinya tidak disusahkan. I really don't wanna harm her.

Namun hakikatnya, hidup berkeluarga ada pahit manisnya. Jika sepanjang usia muda bertatih kami ini, segala-galanya nampak manis, mungkin akan tiba satu masa nanti keimanan dan keteguhan cinta kami sebagai suami isteri akan diuji. Bukan mahu berdoa agar masa itu akan tiba. Aku cuma meletakkan kaki di bumi nyata kerana hakikatnya hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.

Buat pembaca, doakanlah agar kami terus bahagia dan tabah dalam melayari bahtera rumah tangga.

Amin...

11 comments:

NORAIN said...

barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair...

semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah

scOotBerry said...

aku dOakan kau sentiasa bahagia bersama kak mary~ weeeeeeee!!! xsangka aku kau dah jd suami Org.hehe.

mfk said...

tahniah abg zaki atas perkahwinan,
semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat...

Anonymous said...

Yup, hidup ada pasang surut. Camna kita nak handle situasi surut tu la yg perlu kita prepare.

Err...apada akak merepek nih.

Anonymous said...

:)

~x0x0~fixa~ said...

may allah bless both of u...
=))
~x0x0~fixa~

shafarshahril said...

abg zaki!
tahniah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat

Awi Cakri said...

Tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai suami...kalau nak apa2 tips awal perkahwinan, jgn lupa turun tingkat 1 YI...

Asma’ AB said...

amin.. mudah2an gelora membuatkan bahtera kamu berdua makin teguh melayari hingga ke penghujungnya..

btw, br dapat kad undangan mgrb tadi! ^^ tenQ zaki n kak mary..

As kun~ said...

dulu, fikir untuk diri kita saje. sebarang keputusan etc.
kini berdua. perlu fikir untuk berdua.

moga setiap yang berlaku, dpt digali hikmahnya..diberi kekuatan untuk terus menjejak redhaNya..
ameen

cik ira said...

salam...
bru tadi baca en3 contest dina halim bridal..tak sangka pula korang berdua dah selamat d'ijabkabulkan..alhamdulillah...

tahniah untuk kamu & isteri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...