Monday, May 31, 2010

Andai Abang Mati...


Gelap. Masa untuk tidur.

Di ranjang, dapat aku rasakan kepalanya dirapatkan ke bahuku. Tiada suara daripadanya. Lama dia begitu. Entah apa yang difikirkannya.

Tiba-tiba dia memecahkan keheningan saat aku mula hanyut dalam lelap. "Abang dah baca doa tidur?" Ah, fitrah seorang isteri, sentiasa mengingatkan suami.

Walaupun sudah menjadi rutinku, mungkin senang hatinya untuk mengingatkan juga. "Sudah..."

Lalu kuulang semula untuk memuaskan hatinya, dengan suara yang terang.
Bismikallahumma ahya wa amut...

Dia mengaminkannya. Sayup, walaupun mulutnya tidak jauh dari telingaku.

Seraya aku terfikir pula untuk mengingatkannya, "Sayang, kalau Abang mati dahulu, Sayang teruskanlah hidup Sayang ye. Find a better man."

Ringkas sahaja amanatku. Tiada balasan daripadanya.

Tahu-tahu sahaja, bahuku basah. Dalam gelap itu, aku yakin air itu air mata tangisannya.

"Malam ini Abang mati. Esok jika Allah izinkan, Abang bangun lagi. Bukan ke kalau kita tidur, kita mati sebenarnya? Abang harap, bila Sayang bangun tidur esok, Abang adalah lelaki yang lebih baik daripada semalam..." bebelku sambil jariku mengelap pipinya yang basah.

Dia tidak terus membalas sebarang kata. Lama dia senyap begitu.

Sehinggalah dia memecahkan sunyinya, "Abang ni potong la. Cakap pasal mati. Sayang belum bersedia hadapi benda tu tau. Hilang ngantuk Sayang!"

Malam itu terus panjang dalam gelap.

12 comments:

Anonymous said...

memori, orang baru kawin memang suka cakap hal kawin. dejavu...hehehe

alifzaimimra said...

sy sokong Kak Mary. hehe

scOotBerry said...

hOhO~ sentiasa mengingati mati itu bagus~

iShLiBeTiSh said...

"Malam ini Abang mati. Esok jika Allah izinkan, Abang bangun lagi. Bukan ke kalau kita tidur, kita mati sebenarnya? Abang harap, bila Sayang bangun tidur esok, Abang adalah lelaki yang lebih baik daripada semalam..."

i kinda like this phrase...gabungn kpd "tidur adlah mati"+"esok lbih baek dr smlam"... =)

yatiHanuni said...

rase nak kawen jugak...wuwuwuwuwuwwuuuu

djambu puadovich said...

abang ni potong laaa!!! tgh2 mlm ni wat syahdu2 plak!!

Ain Nadzri said...

soo sweet..semoga berkekalan ke anak cucu..amin..

si penunggu subuh said...

memang seronoknye kahwin kan.
hehe dapat rasa syahdu ye..
kalo aku akutunggu keja baru boleh kahwin..
share2 lagi pengalaman berbulan madu bro!

Anonymous said...

mlm itu terus pjg??... ;p

Cik Aqilah Wardah said...

huuuu.. kategori sedih gk ni..
neway, smoga perkahwinan sntiasa di bwh lembayung rah mat Allah ye.. ameen... :))

Anonymous said...

ingt mati tu bagus zaki tp sian maryam eheeeh...


semoga pjg umur, murah rezeki ye

zarseries said...

"abang ni potong la" i like this..
hehe..tp sedih gak..rasa macam nak kawin skrg je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...