Saturday, May 01, 2010

Pernikahan



Aku terima nikah Maryam binti Zahaba dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.

Benar, aku bernikah dengan Maryam binti Zahaba pada hari ini - 1 Mei 2010 atau 01052010. Bukanlah nombor yang cantik, tapi ada apa pada nombor? Yang pasti, selepas ini setiap kali kakitangan kerajaan bercuti menyambut Hari Pekerja, kami pula menyambut ulang tahun pernikahan kami.

Sebenarnya, memang sudah lama kami merancang untuk dinikahkan lebih awal daripada tarikh majlis makan besar yang dijadualkan pada Jun nanti. Pihak keluarga perempuan yang membuat permintaan tersebut dan kami pada pihak lelaki tiada masalah untuk bersetuju dengan permintaan itu. Ujar mereka, lebih mudah kerana tidak perlu banyak sangat perkara yang hendak diselesaikan dalam satu masa. Usai urusan pernikahan, fikir pula mengenai majlis makan besar. Lebih mudah begitu. Tambahan pula, selepas dinikahkan, lebih mudah untuk aku bantu persiapan keluarga mentua nanti.

Dengan ikatan pernikahan yang dijalinkan, aku mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana memberikan aku peluang untuk melalui fasa hidup yang juga dilalui oleh nabi terakhirnya, Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah...

Benar,
aku perlukan seorang isteri,
untuk menemani hidupku yang kesepian,
untuk membuatkanku semakin sedar akan kebesaran Allah,
untuk menjadi pengingat bagi diriku ketika aku lupa,
menjadi ibu kepada anak-anakku nanti,
menjadi ketua bidadari yang menemaniku di syurga kelak,
Insya Allah...

Semoga segalanya berjalan dengan lancar pada hari ini. Aku minta maaf sekiranya ada yang terasa hati jika aku tidak maklumkan akan pernikahan kami. Aku minta maaf juga sekiranya ada yang terasa hati kerana tidak dijemput ke majlis pernikahan ini. Bukan apa, majlis pernikahan ini dibuat secara tertutup. Hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat yang akan berada di masjid itu nanti. Buat rakan-rakan lain, aku jemput kalian semua untuk memeriahkan majlis persandingan kami sepertimana yang aku tulis di Facebookku.

Wahai Zaki, wahai Maryam,
Berbahagialah hidup sebagai suami isteri,
Amin...

16 comments:

Post Officer said...

tahniah zaki! semoga berkekalan ke akhir hayat.

scOotBerry said...

cOngrats!!!sukanye! semOga berbahagia dunia dan akhirat.ameeenn..

Jom Masak Channel said...

selamat pengantin baru abg szakif.

Anonymous said...

All the best for both of you.
Insya Allah kalau takde apa2 halangan, akak turun ke Banting nanti.
Best nyeee...

alifzaimimra said...

tahniah, bro! moga hubungan kalian kekal hingga ke syurga. :)

Huzai Mansor said...

Congratulations, mate!

Ok aku sudah rasa sampai seru nak kawin. Heee :)

Anonymous said...

congrat:) smoga Allah memberkati masjid yang dibina o kalian ... i'm proud of u brother..

iShLiBeTiSh said...

aku comment first!! haha..(ok,jakon plak..)

tahniah n congratz zaki n k.mary!!im so hepi 4 u guys...
smakin besar peranan, smakin besar tggjwb...tp xpe, ada isteri sbg pmbantu ko utk mlaksanakn tggjwb...
smoge ko n kak mary kekal bahagia hgga ke akhir hayat...
May Allah bless ur family forever n olwez... =D

Asma’ AB said...

Subhanallah.. sorg ag member mendirikan masjid.. syahdu betul baca entri ko kali ni.. tahniah dan aku do'akan kebahagiaan korg hingga akhir hayat. amin!! selamat menempuh satu lagi babak baru dalam hidup. moga tenang-tenang saja melayarinya ^__^ andai sekali-sekala badai menduga, mudah2an iman di dada sentiasa mampu menyelesaikannya..

salam bahagia buat zaki n kak mery! :)

djambu puadovich said...

tahniah!

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

wah.. tahniah encik zaki.. semoga berkekalan sehingga ke syurga ya...

nurulshahfiza said...

tahniah zaki...hehe...bertunang sama tarikh & thn dgn akak,nikah pn sama tarikh ngan akak,cuma akak nikah thn depan la...semoga berbahagia zaki dan pasangan!

annie said...

congrats zaki!
Semoga bahagia n berkekalan hgg keakhirnya, =)

Adlan said...

tahniah bro. jeles aku tengok ko da kawen. ingatkan upload youtube ko nyanyi nasyid tu :D

Ahada Aihara said...

tahniah zaki & isteri....
moga bahagia hingga ke akhirnya....

miko said...

sweet..congratz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...