Tuesday, August 27, 2013

Menyesal Belajar Sains Bioperubatan?

Sejujurnya memang pernah ada perbincangan sesama rakan sekelas aku dulu: Kau rasa menyesal tak ambil bidang sains bioperubatan?

Dan ya, memang ada dalam kalangan kami yang membuat pengakuan: Ya, aku menyesal...

...tapi! Ada tapi-nya...

Dia berkata, sudah tidak guna untuk memandang ke belakang lagi. Sudah masuk tahun keempat pun. Jadi apa guna menyesal?

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa. Malah untuk pengetahuan, rakan aku yang membuat kenyataan sedemikian kini sedang berkerjaya yang ada kaitan dengan bidang sains bioperubatan yang diceburinya bersama-sama aku dulu. Tahniah!

Ketika menulis ini, aku tidak lari daripada terfikir bahawa pasti ada yang mempersoalkan: Mengapa Zaki ini sibuk memperkatakan kerjaya dalam bidang sains bioperubatan walhal dia sendiri sudah lari bidang?

Maklumlah, diri aku kini memakai topi dan topeng seorang penterjemah, penyunting, dan pembaca pruf sepenuh masa, yang langsung tidak pernah diajar ketika zaman belajar di universiti dulu.

Apa kaitannya menterjemah dan menyunting semua itu dengan bidang sains bioperubatan?

Jika mahu katakan kaitan langsung antara kedua-dua bidang, memang tiada. Tetapi aku tidak pernah menyesal belajar dalam bidang sains bioperubatan. Langsung tidak pernah.

Lagipun, mengapa perlu menyesal? Malah aku berbangga. Buktinya, sehingga kini aku masih memperkatakan tentang sains bioperubatan dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada dengan sesiapa yang memerlukannya. Yang tidak perlukannya, aku tidak beri. Tidaklah aku akan datang kepada orang yang tidak aku kenali kemudian aku kata, "Mahukah Tuan saya ceritakan ilmu sains bioperubatan yang saya ada?"

Itu namanya riyak ilmu. Bukan begitu caranya.

Kadang kala kita amalkan ilmu akademik yang kita ada ini dalam bentuk yang tidak semestinya berbentuk akademik. Dan tidak pula juga semestinya kita perlu --arguably -- hafaz dan ingat segala butiran ilmu akademik hingga mati. Yang penting ilmu yang dipelajari itu kita jadikan asas kepada banyak cabang dan gerbang ilmu yang lain. Jika ada keperluan untuk mendalaminya, dalaminya. Jika mahu mendalaminya semata-mata kerana mahukan ilmu, terpulang. Yang penting ialah, apabila ada ilmu, amalkan. Mengamalkan ilmu juga salah satu cara mendalami ilmu.

Pernah aku berborak bersama sepupu aku berkenaan isteri rakan sekerjanya yang meninggal dunia kerana SLE. Aku tahu SLE itu systemic lupus erythematosus. Ada kaitan dengan masalah imunisasi. Tetapi aku tidak ingat butir-butir lanjut mengenainya. Sepupu aku terkejut apabila aku dapat memberikan nama penuh penyakit itu. Katanya, ramai yang tidak tahu. Nah, sekurang-kurangnya itu yang membezakan antara orang yang belajar sains bioperubatan dan orang yang tidak belajar bidang itu. (Nota: Tidak bermaksud aku memperkecil orang yang tahu apa itu SLE tetapi tidak belajar sains bioperubatan. Ini hanya contoh picisan).

Berbalik kepada isu menyesal atau tidak belajar dalam bidang sains perubatan, sebagai nasihat umum: Apa-apapun bidang yang Allah lorongkan kepada kita dalam hidup yang singkat ini, sebenarnya ia bertitik tolak daripada keputusan-keputusan lampau yang pernah kita buat. Setiap keputusan lampau itu sedikit sebanyak menyumbang kepada siapa diri kita sekarang. Kalaupun nak menyesal, ambillah sedikit masa untuk itu. Sedikit je, satu dua saat sudah. Kemudian pandang ke hadapan dan ke masa depan yang memerlukan keputusan bijak daripada kita sekarang. Fikir apa yang kita boleh buat dengan kapasiti dan kondisi yang kita ada sekarang, dan buat keputusan bijak. Jangan dok fikir memanjang, tapi keputusan ilek~

Orang putih kata, Move on!

Kemas kini Februari 2015: Penulis blog ini melanjutkan pengajian di UIA Kuantan dalam bidang sains perubatan, iaitu bidang yang berkait rapat dengan sains bioperubatan.

6 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya,belajar sains bioperubatan ni susah tak?sebenarnya kerja dia macam mana?

Anonymous said...

Sy fkir nk ambil bidang ni in degree. Sy suka akan krja2 pnyelidikan. Ada apa2 pndpt tk? Susah tk bljr? Jdual pack tak?

itis nabila said...

hmmm. encik mmg tak berminat utk bekerja bidang ini atau...? bidang sains biomed ni pilihan pertama saya tyme isi upu haritu, kerisau-an hati melanda pulak bila encik kata ramai yg menyesal ambil bidang ini. saya pilih bidang sbb saya dah jemu dgn perkataan doktor. ingt bidang ni mcm bidang ke-2 in demand after doctor.

Anonymous said...

kos ni pun sy mnx sbg pilihan pertama.. bila da baca bnyk2 blog, ramai yg ckp x da peluang kerja sgt.. kat m'sia ni. tp luar negara mmg bnyk.hmmm.. sy minat sgt dgn kos ni.. x tau la perlu tukar ke x.. itisnabila.. kita sama..

shahirah said...

Maaf mengganggu, nk tnya bidang ni kte buat penyelidikan utk buat ubat ke? Jd nanti kte akn kerja dkat hospital atau syarikat, kte akn dihntar ke luar ngara ke klau ad prmintaan...

Unknown said...

Depense pd ipt yg u ambl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...