Apa-apa sahajalah. Natijahnya, tetamu yang dijemput tidak memiliki peta ke tempat majlis diadakan. Jika ada pun disertakan di Facebook, ia perlu dicetak. Pencetak pula tiada.
Lalu Googlemaps menjadi laman rujukan. Namun, untuk pengetahuan, ia tidak semestinya betul. Aku sudah beberapa kali terkena. Ini berikutan nama tempat yang seakan-akan sama, mahupun disebabkan Googlemaps yang tidak sentiasa dikemaskini dengan keadaan jalan semasa.
Ada juga masalah konflik pengetahuan antara pihak yang menjemput ke majlis perkahwinan dengan pihak yang menyediakan Googlemaps, khususnya yang melibatkan kawasan sempadan di antara dua daerah. Contohnya, pada pengetahuan orang yang menjemput, dia tinggal di Setapak. Tetapi dalam Googlemaps, kawasan itu ialah Wangsa Maju.
Jadi, menjadi tanggungjawab orang yang menjemput untuk menyediakan papan penunjuk jalan di sekitar kawasan yang dijangka menjadi laluan utama tetamu.
Sepanjang pemerhatian saya, masalah-masalah berikut kerap berlaku:
- Langsung tiada papan penunjuk jalan.
Melainkan tempat majlis diadakan sudah ramai yang maklum seperti di PICC ataupun di Dewan Merdeka, bolehlah begitu. Tapi kalau majlis diadakan di ceruk kampung ataupun kawasan perumahan, macam manalah tetamu tak hangin kalau tak jumpa-jumpa jalan? - Papan penunjuk jalan tidak jelas.
Tulisan pada papan penunjuk jalan perlu sebesar mungkin. Cukup besar untuk orang yang memandu melihat dengan sekali imbas. Bukannya letakkan nama penuh pengantin seolah-olah orang yang memandu akan membaca setiap butir maklumat pada papan penunjuk jalan tersebut. - Papan penunjuk jalan diletakkan di tempat yang langsung orang tak terfikir akan diletakkan di situ.
Tolonglah bijaksana sedikit kalau memilih tempat untuk meletak papan penunjuk jalan. Jangan letak di tempat-tempat yang tak strategik. Jika diletak di lampu isyarat, bagus, tetapi perlu bertanggungjawab untuk membukanya semula selepas majlis tamat. - Nama pengantin pada papan penunjuk jalan tidak seperti yang biasa dikenali.
Sebaik-baiknya letakkan nama yang paling biasa disebut oleh orang yang datang dari jauh. Kerana merekalah yang biasanya memerlukan petunjuk daripada papan penunjuk jalan tersebut.
Untuk mengatasi masalah-masalah seperti itu, anda boleh lakukan seperti berikut:
- Sekarang sudah ada pihak penjual kad jemputan yang memasukkan pakej membuat kain rentang sekali dengan kad jemputan. Apa kata jika anda belanja lebih sedikit untuk memudahkan tetamu hadir ke majlis anda dengan hati yang tenang dan gembira dengan membuat kain rentang dan diletakkan di tempat-tempat yang strategik.
- Masih mengenai kain rentang: Letakkan gambar wajah pengantin sejelas yang mungkin selain nama pengantin. Bagi rakan-rakan yang hadir, mereka sudah pasti kenal wajah pengantin. Mereka tak kisah pun dengan nama yang diletakkan di kain rentang itu. Jangan letak gambar sisi wajah seolah-olah poster filem. Nanti orang tak kenal. Usah berangan seolah-olah anda menjemput mereka menonton wayang.
- Ada juga yang saya perhatikan, selain meletak gambar pengantin, ada yang meletakkan gambar kedua-dua orang tua dalam kain rentang. Idea yang bagus! Kerana tak semestinya orang kenal dengan pengantin. Ada yang hadir atas jemputan ibu bapa pengantin, dan tak kenal pun dengan wajah pengantin.
- Jika lebih mampu lagi, upah beberapa orang Rela untuk menunjukkan jalan ke rumah anda.
- Pada hari majlis diadakan, berikan telefon anda kepada ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk menunjukkan jalan sekiranya ada yang sesat. Apa guna menyertakan nombor telefon di dalam jemputan jika didail tetapi tidak dijawab walhal anda sibuk bersanding?
Harus diingat, pihak yang menjemput ke majlis perkahwinan perlu peka dengan kehendak orang yang dijemput. Bukan sekadar makanan yang sedap dan majlis yang meriah, tetapi lebih awal daripada itu lagi. Tanpa adanya papan penunjuk jalan yang baik, mana mungkin tetamu dapat hadir? Jika dapat hadir pun, mungkin hati mereka sudah kurang ikhlas kerana berperang dengan rasa marah dek tak jumpa-jumpa jalan ke rumah pengantin.
Bak kata isteri saya, ingat... bukan semua orang ada GPS.
Bak kata isteri saya, ingat... bukan semua orang ada GPS.
4 comments:
letak gambar org tua?? hm. ilham yg bijak :)
oh kalau ada iPhone pun boleh tengok map!
kene letak gambar muka ke...tak best lah..heheh
baru semalam tgk salah sorang kawan naik pelamin, tp dalam mimpi lor ^_^..
sbb tu masa mula2 baca tajuk entry ni dah tersenyum,
Post a Comment