Mungkin ramai yang sudah tahu, ketika di UIA aku rapat dengan juniorku.
Setiap tahun, jika ada junior-junior yang baru masuk, aku akan cuba berkenal-kenalan dengan mereka. Empat tahun aku di UIA. Jadi, aku cuma berpeluang merasa berkongsi hidup, bersilang simpang dengan tiga tahun yang di bawahku. Sekejap di Gombak, dan lebih lama di Kuantan.
Setiap batch, ada sahaja ragamnya. Yang pasti, seingat-ingat aku, setiap tahun aku tak pernah melepaskan peluang menjamu selera mereka dengan sedikit hidangan yang aku dan rakan sebilik sediakan. Tidaklah semua dapat merasa, tetapi yang pernah berkongsi kegembiraan, berkongsi cerita tatkala menjamah makanan, pasti tidak akan melupakan.
Makanan memang boleh menyatukan. Makanan boleh mengingatkan.
Tertarik pula, malah terharu apabila ada yang masih ingat dengan saat kami duduk bersama, menjamah makanan yang aku masakkan. Bukan berniat ingin mengungkit amal yang pernah dilakukan, namun apa yang ingin dinyatakan ialah, sekecil mana pun usaha amal yang dilakukan, jika ia memberi kesan kepada yang merasa, pasti sampai ke mati memori dibawa.
Oh, sebenarnya baru-baru ini aku ke Kuantan lagi. Memenuhi jemputan menjadi penceramah dalam Ceramah Kerjaya. Hampir dua tahun aku meninggalkan kampus Kuantan, banyak yang sebelumnya tiada, tiba-tiba sahaja sudah ada. Sengaja aku alihkan pemanduanku melalui jalan belakang yang tidak ramai melaluinya. Entah bila, entah bagaimana, sudah tersergam indah malah gah bangunan-bangunan baharu. Itu belum cerita lagi seawal sebelum memasuki kampus dari arah pekan Kuantan, mata sudah terpana dengan kubah masjid yang tegak di atas tapak yang sebelumnya sebahagian daripada tebing sungai. Sejurus pintu gerbang diterjah, ada pula bangunan yang selayaknya setanding dengan bangunan Pentadbiran di UIA Gombak. Namun, aku terlanggar lubang besar tidak lama selepas itu dek mata sibuk terpana-pana. Spoil.
Berjumpa dengan mereka, khususnya yang menguruskan program itu, membuatkan aku bangga. Pernah terbit kerisauan, mampukah mereka meneruskan legasi yang pernah dibawa oleh senior mereka? Bukan mahu merendah-rendahkan, malah kerisauan itu jelas tidak berasas kerana segalanya nyata di depan mata. Mereka mampu melakukannya, malah jauh lebih baik daripada yang disangka. Kesungguhan mereka untuk meletakkan tanda aras yang tinggi dalam mutu penganjuran majlis itu, tidak boleh dipandang sebelah mata.
Bayangkan, hanya dengan kudrat daripada satu jabatan sahaja, mampu menguruskan program bertaraf kebangsaan. Itu belum lagi jika kudrat ketiga-tiga jabatan yang ada, disatukan. Apakah pula yang mampu mereka laksanakan. . . Melihat senarai penaja program itu, membuatkan aku tersenyum bangga.
Peluang untuk menganjurkan Second Malaysian Symposium on Biomedical Science itu hanya sekali itu sahaja dapat mereka laksanakan sepanjang pengajian mereka. Maklumlah, penganjurannya mengikut giliran. Dan banyak universiti lain yang menanti-nanti giliran mereka, kerana yang pasti jika berpeluang menganjurkan, banyak perkara yang dapat diperoleh daripadanya - pengalaman, kawan, malah mungkin bakal majikan.
Tulisan ini bukan menggula-gulakan mereka kerana menjemput aku untuk turut serta dalam program mereka. Malah aku tidak sangka pada usia begini, pada pengalaman secetek air di kali dan bukan sedalam di Lautan Hindi, mereka meminta aku membentangkan mengenai Bioethics. Aku baru dalam bidang bioetika. Tidak banyak yang mampu aku bentangkan melainkan berkongsi cerita bagaimana aku akhirnya beralih haluan ke dalam bidang itu. Harap-harapnya, mereka dapat sedikit sebanyak manfaat daripada apa yang aku celotehkan.
Berdiri di atas pentas itu, pentas yang sama aku dilantik menjadi Setiausaha Agung SCIENCESS, pentas yang sama aku menyampaikan ucapan ketika majlis penyampaikan hadiah Amazing Explorace, pentas yang sama aku berlakon dengan rakan-rakan WacKOS, pentas yang sama aku mengacarakan majlis, aku bangga. Bangga dalam erti kata aku bersyukur. Kerana masih diterima, kerana masih ada yang sudi menjemput, kerana masih ada yang sudi melayan.
Terima kasih para junior. Syabas aku ucapkan.
5 comments:
Assalamualaikum bro zaki!
I was in tat sympo, and the talk given by u was a fruitful one! Thanks a lot for coming and finally got the chance to hear u giving the speech directly =)
Just feel uneasy abt one thing, bt im nt sure how u take it...as a joke or mayb u took it seriously...remember there was a guy, asking question n called u ustaz? hmmm... i duno y bt seriously i feel uneasy abt it... it doesnt mean tat if we r in uia, we r ustaz/ustazah rite? yet, im nt condemning ppl calling u like tat...its their right@they did intentinally for dunno wat reason...it seems tat he was playing arnd wit tat title...it may seems like a small matter rite? yet is sumting to think abt...dun u tink so?
p/s: just feel like kongsi-ing =)
Wa'alaikumussalam Faridah,
Thanks for the sharing. Don't worry. I did not take it that way, rather dah biasa pun sebenarnya sebab itu bukan pengalaman pertama kali dipanggil ustaz, malah ada juga rasa dihargai kerana ada yang sort of mengiktiraf kita sebagai ustaz, walaupun sebenarnya tak de la layak. Hehe...
The way I take it is like this, kalau orang panggil kita ustaz tu, maksudnya dia dah gain ilmu daripada kita. Sebab tu dia mengiktiraf kita sebagai ustaz, pada pandangan dia.
Cool sahaja. :)
Tapi bro zaki tak ikut sangat outline yang komiti bagi...sebenarnya kami fokus pada bioethic laa bukan promo diri sendiri..huhuuh...
Anonympus,
Jika saya ke sana hanya untuk membentangkan apa yang ada di dalam outline, saya rasa komiti boleh sahaja sertakan lampiran outline tu di dalam goodie bag. Kemudian semua dapat boleh baca, dan tak perlukan saya datang jauh2 ke Kuantan tu pun. Huhu...
Saya memang jangkakan mungkin ada yang menganggap saya mempromo diri. Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu, tetapi apa-apa yang disifatkan sebagai mempromo diri itu, jika itu yang kamu fikir walaupun bukan niat saya, saya akan kembali kaitkan dengan bioetika. Sebab itu saya bahagikan ceramah saya kepada tiga bahagian, dan ketiga2nya ada kaitan dengan bioetika.
Oh terima kasih la sebab bagi outline tu anyway. Saya hargainya, tapi kalau saya ke sana untuk membentangkan outline itu, tidak ubah pula macam saya memberikan lecture, bukan talk.
Ada beza di situ.
^^
Dear Bro Zaki,
your presence as a speaker is highly appreciated. The outline yang kitorang draft is not the issue, as long as the participants get the message that u tried to convey..ada participants dtg jmpa saya and bgtau yg "i just realize that bioethics also can be part of career" this guys dia dh yr 3..but after dgr bro zaki gave a talk on bioethics and how u seriously embarked in this course he started to gain so much interest in bioethics..he is chinese and i didn't really know from which university he is..and another thing is student uia sndri pn dtg jmpa sya bgtau yg bru la dorang dpt clear view how broad biomedical is, doesn't mean that as biomedical students we can only work with university, research institute and etc but we can also become a consultant in bioethics...
Peoples are listen..maknanye they are very anticipated with your talk...
Thanks a lot Bro Zaki..
For moral support and your cooperation =)
Your the best!
Post a Comment