Wednesday, March 19, 2008

Tahun Ketiga Hampir Melabuhkan Tirainya

Oleh sebab kertas pertama yang akan aku hadapi dalam peperiksaan semester ini ialah kertas Bahasa Melayu, jadi izinkan aku untuk menggunakan bahasa ibunda dalam tulisan aku kali ini.

Ya, dalam tulisan aku yang lepas, ia berbunyi sangat kasar. Penggunaan perkataan "fool" menjadi bualan. Di sini, di hadapanku, di belakangku, di smsku dan di mana jua. Dan aku pasti ada hati yang terasa dengan pernyataan itu. Jadi, dengan sepenuh hati aku ingin memohon maaf sebanyak-banyaknya. Ya, bukan hanya kerana perkataan itu, tetapi aku ingin meminta maaf kepada semua atas segala dosa yang pernah aku lakukan. Aku mohon dan berdoa agar apabila kaki aku langkahkan ke dewan peperiksaan, beban dosa dapat aku ringankan. Amin...

Dalam semester kali ini, aku rasakan ia merupakan semester paling berdisiplin bagi diri aku. Sebagai contoh, aku tidak pernah ponteng kelas melainkan dengan sebab yang sangat kukuh dan mempunyai surat kebenaran. Oleh sebab aku sangat sibuk dengan banyak aktiviti akademik dan ko-kurikulum, aku amat menghargai masa yang aku ada. Boleh dibilang berapa kali aku bermain permainan komputer, dan berapa jam aku luangkan menonton filem-filem dalam seminggu (sebagai contoh). Jika ada aku berbuat demikian, itu hanyalah apabila aku betul-betul perlukan rehat untuk otak yang tepu dek bebanan akademik dan tekanan hidup seharian sebagai pelajar. Dalam hati, aku terapkan niat, "mak abah aku hantar aku ke sini untuk belajar, bukan untuk membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah".

Aku tidak mahu menghampakan harapan ibu dan bapa aku. Mereka tidak nampak apa yang aku lakukan di sini. Sudah pasti mereka akan kecewa jika mereka tahu banyak masa aku luangkan untuk aktiviti yang tidak berfaedah. Mereka meletakkan kepercayaan kepada aku jadi aku perlu jaga kepercayaan itu sebaik-baiknya. Oh ya, sudah lama aku tidak bersua muka dengan mereka sejak cuti Tahun Baru Cina lepas, jadi aku sangat rindukan mereka.

Berkata tentang hidup aku sebagai pelajar universiti (Nota: UIAM), dalam setiap semester, ia menggamit memori yang pelbagai. Setiap semester yang telah dilalui telah menghidangkan pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Dapat aku rasakan bahawa diri aku semakin berkembang daripada pelbagai aspek walaupun aku sedar banyak lompang kosong yang sepatutnya diisi dengan kegiatan berfaedah yang boleh menyumbang kepada kemajuan diri. Aku sangat terkesan dengan kata-kata "Jika hari ini sama dengan semalam, maka celakalah dirimu" au kama qol... Jadi jika diri aku masih lagi berada di takuk yang sama seperti ketika aku berada pada tahun satu dahulu (sebagai contoh), tiada maknalah Allah mengurniakan umur yang sepanjang ini kepada aku.

Aku meletakkan rancangan untuk masa hadapan untuk belajar lebih berdikari dan tidak tertakuk dalam kelompok masyarakat yang terhad. Aku perlu belajar untuk keluar daripada kepompong dan keluar sebagai seekor rama-rama yang indah warnanya. Dalam keindahan itu sudah pasti rama-rama itu akan menghadapi rintangan dan halangan yang berbagai-bagai. Namun sedar atau tidak itulah yang akan mematangkan hidupnya dan menambahkan warna-warni hidupnya.

Aku juga meletakkan sasaran untuk melakukan lebih banyak perkara "gila" yang tidak pernah aku lakukan dalam hidup aku. Jika saudara ini berjaya mengayuh basikal daripada Kuala Terengganu ke Kuantan, mengapa tidak aku cuba untuk melakukan kerja yang lebih "gila" daripada itu? Namun untuk mencapai sasaran itu aku perlu belajar untuk tidak terikat kepada kehidupan yang dikelilingi belenggu-belenggu yang mempunyai pelbagai ragam. Aku perlu belajar untuk tidak tersekat dek alasan-alasan yang datang daripada sudut hitam dalam diri aku yang sentiasa membataskan pergerakan minda dan jasadku.

Berkata kembali tentang peperiksaan, oleh sebab hanya ada 3 kertas sahaja yang perlu aku hadapi, ditambah dengan jurang hari yang besar antara kertas-kertas tersebut, tidak ada alas an bagiku untuk tidak mendapatkan markah yang baik untuk peperiksaan kali ini. Jadi sekarang semuanya terletak kepada azam dan kekuatan diri aku sendiri untuk konsisten dalam usaha aku. Tidak lupa juga, aku perlu banyakkan berdoa kerana di situlah letaknya senjata seorang Muslim. Amin…

17 comments:

Anonymous said...

salam

moga najah dalam imtihan

Allahumma yassir wa lut'assir
rabbi atmim bilkhoir. =)

Anonymous said...

*wa la tu'assir

:: !zyan :: said...

all d best!!!
I do really miss my student life...
just enjoy it..exam is only pieces of paper...ahaha

Unknown said...

salam wani..
all the best to wani also... :D

izyan..
life's changing each and everyday.. :D
wish me all the best ya? aminn..

Shana said...

Eh, br amek BM for science? Good luck Zaki dgn finals! :D

Unknown said...

ikut study plan memang saye amik sme ni kak.. :D

Anonymous said...

g'luck utk exm n sume perk2 mendtg~

makasih jd ketua eop yg sgt penyabor~

Unknown said...

terima akseh nabihah.. goodluck to you too.. jadi ketua kena la banyak bersabar dengan karenah anak2 buah walopun kadang2 naik hangen gak~ huhu~

Anonymous said...

Salam... kenape ade censor pada gambar diatas ? :D mesti sumthin need to be hidden ni. :D

Unknown said...

itu number IC la nuar.. takkan nak view kat public. bahaya.. :D

ILA said...

ohh..rindunya dgn karangan BM awak ni. Semoga khidupan mu di permudahkan.Mencabar diri lebih dari kemampuan perlukan mental yg kuat.Lakukan yg termampu wahai adik ku:D

GOOD LUCK!!!!

Anonymous said...

sah2 aku salah 1 penyebab ko naik angin hu2
nway moga kesabaran tbalas...

Unknown said...

kak ila..
saya pula merindui komen akak kat blog saye ni..

marila kite same2 buat mende gila tapi tak berdosa akak! yey! :D (matila frasa gila tapi tak berdosa)

bie..
uish.. tak kate pun sape yang penyebab hangin aku naek.. tapi terima kaseh jugak la sebba berikan kerjasama yang baik sepanjang amik EOP eh.

Anonymous said...

ape la salahnye dedahkan ic. bole la ucap selamat hari lahir :)

lutfi lukman said...

uikss, jgn la promo luppi yg low profile itu~
anyway, gud luck exam ;) tp rilek2 sudehh. Makin byk keje berfaedah aku kena buat, makin byk keje sia-sia yang aku buat. Kena kerja, tapi kena enjoy juga ;) huhu. I dun think my mum was dissapointed with how i lived my student life~ (well, she didn't kno much :p huhu)

Unknown said...

nuar..
kaloa nak tau birthdate aku bleh taye direct kat aku. tapi dengan syarat bile dah tanye mesti bagi hadiah tau. huhu.. it's 11 oct FYI..

luppi..
*berbisik
kekadang tak sume mende kena bagitahu kat mak kite.. ;p

As said...

Oh my, Bro. U got only 3 subjects for final, and the two subjects of coz. Nak tukar pi kuliyyah science la camn. Huhu. Two semester I'm here in IIUM, I've already done 21 subjects. Huhu. Patutlah ade budak allied tukar sciences. Hehe =P

All the best for the clinical
wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...