Saturday, March 29, 2008
Betterment
Friday, March 28, 2008
Change
Taken from the one and only Syifa the Next Female Politician ;p
Setiap manusia perlukan perubahan. Ada orang memang tak nak berubah. Kononnye sebab tak nak ubah apa yang ada. Tak nak ubah diri kerana takut perubahan itu adalah sesuatu yang hipokrit dan tak ikhlas. Lebih baik jadi diri sendiri dari ber pura-pura jadi org lain. Pada aku… hmmm.. ye ke mcm tuh?
Hmmm…
Kenapa perlu ada perubahan? Perubahan lahir dari kesilapan yang berlaku. Manusia tak perfect. Tak sempurna. Jadi biler berlaku kesilapan, manusia yang sedar diri akan rasa nak berubah. Kesilapan wujud adalah untuk manusia mengambil iktibar daripada nye. Atau kata omputihnye, mistakes exist for human to take a lesson from it. Without mistakes, human tends to stay where they are. Bunyik mcm takde kemajuan diri. Duduk je kat takuk lama sebab dah rasa diri tu perfect dari segala. Huh~ perah lah santan sendiri.
Perubahan ini adalah dari pelbagai segi sebenarnye. Ada yang berubah ke arah yang lebih baik. Ada yang ke arah yg lebih jahat. Terpulang pada manusia tu nak nilai ke arah mana. Pada aku, org yg berubah diri ke arah yg lebih baik ni bukan hipokrit. Dia bukan nak berpura2. Dia tahu mana salah dia dan dia ubah. Dan perubahan dia mengambil masa.
Tapi tak kurang juga orang nak berubah demi nak ambil hati orang keliling. Semata nakkan orang keliling menerima dia dalam kelompok kumpulan tertentu. Orang2 mcm ni aku tak reti nak komen. Sebab aku tak reti bergaul dgn org2 mcm ni. Entah2 mmg ada aku gaul dgn org2 mcm ni tapi aku tak sedar. Senang citer, aku lantakkan diorg. Janji diorg tahu apa yang diorg buat dan tak ganggu hidup manusia lain terutamanye diri ku. Heh~
Apa yang penting, setiap perubahan manusia tu adalah hal diri masing2. Tapi kalau perubahan itu melibatkan org keliling, kena lah amik tahu. Contohnye perubahan tsunami politik sekarng ni. Sangat berkait rapat dgn kehidupan rakyat. Dari satu negeri jadik 5 negeri sekaligus pantai bah berubah. Perubahan yang sangat ketara. Sama2 kita sedar, bukan semua boleh terima. Ada yang gembira dgn perubahan nih. Ada yang tak. Apa2 pun, kita kena bagi masa. Dan masa ni bukan dalam sebulan dua. Terutamanye perubahan yang melibatkan membaik-pulihkan kesilapan yang terjadi. Bukan sedikit masa yang dituntut. Banyak. Jadi kita sebagai rakyat kena bagi ruang dan peluang. Bagi mereka berubah dan perbaiki kesilapan yang berlaku.
Apa yang boleh kita bagi sekarang adalah memberi kemaafan atas keterlanjuran yang dah berlaku. Memang bukan senang. Memang bukan sedikit. Kita akan rasa lebih sejahtera andai hati kita tak disimpan dendam. Perasaan tu boleh dibuang jauh2 dgn memberi kemaafan. Dan kita boleh mulakan perubahan dgn memberi kemaafan pada mereka yang pernah laku kesilapan. Seterusnye sediakan ruang dan peluang untuk mereka perbaiki diri. Jangan disimpan dendam. Jangan diungkit kisah silam. Maafkan setiap orang di keliling kita sebelum tidur. Bersihkan diri dan sucikan hati dgn muhasabah dan tanya diri kita sendiri apa yang kita dah buat demi kesejahteraan orang keliling kita.
Aku doakan semua pembaca blog aku ni sehat, ceria dan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera lah hendaknye. Ok?
TQ Syifa...
Wednesday, March 19, 2008
Tahun Ketiga Hampir Melabuhkan Tirainya
Ya, dalam tulisan aku yang lepas, ia berbunyi sangat kasar. Penggunaan perkataan "fool" menjadi bualan. Di sini, di hadapanku, di belakangku, di smsku dan di mana jua. Dan aku pasti ada hati yang terasa dengan pernyataan itu. Jadi, dengan sepenuh hati aku ingin memohon maaf sebanyak-banyaknya. Ya, bukan hanya kerana perkataan itu, tetapi aku ingin meminta maaf kepada semua atas segala dosa yang pernah aku lakukan. Aku mohon dan berdoa agar apabila kaki aku langkahkan ke dewan peperiksaan, beban dosa dapat aku ringankan. Amin...
Dalam semester kali ini, aku rasakan ia merupakan semester paling berdisiplin bagi diri aku. Sebagai contoh, aku tidak pernah ponteng kelas melainkan dengan sebab yang sangat kukuh dan mempunyai surat kebenaran. Oleh sebab aku sangat sibuk dengan banyak aktiviti akademik dan ko-kurikulum, aku amat menghargai masa yang aku ada. Boleh dibilang berapa kali aku bermain permainan komputer, dan berapa jam aku luangkan menonton filem-filem dalam seminggu (sebagai contoh). Jika ada aku berbuat demikian, itu hanyalah apabila aku betul-betul perlukan rehat untuk otak yang tepu dek bebanan akademik dan tekanan hidup seharian sebagai pelajar. Dalam hati, aku terapkan niat, "mak abah aku hantar aku ke sini untuk belajar, bukan untuk membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah".
Aku tidak mahu menghampakan harapan ibu dan bapa aku. Mereka tidak nampak apa yang aku lakukan di sini. Sudah pasti mereka akan kecewa jika mereka tahu banyak masa aku luangkan untuk aktiviti yang tidak berfaedah. Mereka meletakkan kepercayaan kepada aku jadi aku perlu jaga kepercayaan itu sebaik-baiknya. Oh ya, sudah lama aku tidak bersua muka dengan mereka sejak cuti Tahun Baru Cina lepas, jadi aku sangat rindukan mereka.
Berkata tentang hidup aku sebagai pelajar universiti (Nota: UIAM), dalam setiap semester, ia menggamit memori yang pelbagai. Setiap semester yang telah dilalui telah menghidangkan pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Dapat aku rasakan bahawa diri aku semakin berkembang daripada pelbagai aspek walaupun aku sedar banyak lompang kosong yang sepatutnya diisi dengan kegiatan berfaedah yang boleh menyumbang kepada kemajuan diri. Aku sangat terkesan dengan kata-kata "Jika hari ini sama dengan semalam, maka celakalah dirimu" au kama qol... Jadi jika diri aku masih lagi berada di takuk yang sama seperti ketika aku berada pada tahun satu dahulu (sebagai contoh), tiada maknalah Allah mengurniakan umur yang sepanjang ini kepada aku.
Aku meletakkan rancangan untuk masa hadapan untuk belajar lebih berdikari dan tidak tertakuk dalam kelompok masyarakat yang terhad. Aku perlu belajar untuk keluar daripada kepompong dan keluar sebagai seekor rama-rama yang indah warnanya. Dalam keindahan itu sudah pasti rama-rama itu akan menghadapi rintangan dan halangan yang berbagai-bagai. Namun sedar atau tidak itulah yang akan mematangkan hidupnya dan menambahkan warna-warni hidupnya.
Aku juga meletakkan sasaran untuk melakukan lebih banyak perkara "gila" yang tidak pernah aku lakukan dalam hidup aku. Jika saudara ini berjaya mengayuh basikal daripada Kuala Terengganu ke Kuantan, mengapa tidak aku cuba untuk melakukan kerja yang lebih "gila" daripada itu? Namun untuk mencapai sasaran itu aku perlu belajar untuk tidak terikat kepada kehidupan yang dikelilingi belenggu-belenggu yang mempunyai pelbagai ragam. Aku perlu belajar untuk tidak tersekat dek alasan-alasan yang datang daripada sudut hitam dalam diri aku yang sentiasa membataskan pergerakan minda dan jasadku.
Berkata kembali tentang peperiksaan, oleh sebab hanya ada 3 kertas sahaja yang perlu aku hadapi, ditambah dengan jurang hari yang besar antara kertas-kertas tersebut, tidak ada alas an bagiku untuk tidak mendapatkan markah yang baik untuk peperiksaan kali ini. Jadi sekarang semuanya terletak kepada azam dan kekuatan diri aku sendiri untuk konsisten dalam usaha aku. Tidak lupa juga, aku perlu banyakkan berdoa kerana di situlah letaknya senjata seorang Muslim. Amin…