Tuesday, March 30, 2010

Translation and Editing Services


Photobucket

Since working with Yayasan Ilmuwan, I've been exposed with how publication of books is done. One of the stages in publication is editing.

So far, with the help by my officemate, I have edited 2 theses to be transformed into academic book. The first one was not so much related to my biomedical science background, while the second one was much more related to the field. The great thing is, when I have manuscript to be edited that is not related to my academic background, I learnt new things, while when I have to edit manuscript that is more or less related to science, that is exactly the time to refresh everything.

Not only that, my academic exposure was in English language whereas my career now deals a lot with Bahasa Melayu. But thanks to Intensive Translation Course that I attended last December (a week before I flew to UK) from which I learnt a lot of new things in translation. Alhamdulillah, I scored 82% in the examination of the course, which boosted me to do translation more seriously.

Currently, I am attending Editing Workshop subsequent to the earlier course. Out of 4 days of the workshop, I have attended 2 days, and yet another 2 days to go on this coming Friday and Saturday. For your information, both courses/workshops are conducted at Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) of Wangsa Maju, not far from Yayasan Ilmuwan.

To quote from the speaker in the workshop, she said that,
"You come here (to the workshop) is not just to learn to be a good editor, but (also) to learn what it takes to be an editor!"

After completing the workshop, I am looking forward to promoting my services. In fact, I have already started the promotion through Facebook and I've got few replies saying that they are interested to use my services.

For readers who are interested to use my services, you may contact me through Facebook or my email az_zakingompol@yahoo.com. Insya Allah I will provide the best translation and editing with affordable prices.

Tuesday, March 16, 2010

Destination - Series Intro


It's already the middle of March and that means it's less than 3 months before the big day on 6 June and 13 June this year.

I'd like to share some preparations that we've done and we'll do. It's nothing but for our records and may be dear readers can get some knowledge and information from the sharing. But that's going to be in the next entries entitled Destination.

You may expect these among others in the entries:
  1. Pre-marriage course
  2. Discussing for the best dates of the big days
  3. Going to Bridal Expo
  4. Registering the marriage
...and many others.

True, marriage isn't that easy, but when there's a will, there's a way.

Friday, March 12, 2010

Ulasan Buku: Gadis Oren


Benar, ini buku ketiga yang saya ulas dalam masa seminggu. Ketiga-tiganya daripada genre yang berlainan.

Judul buku: Gadis Oren
Penulis: Jostein Gaarder
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
Harga: RM20 (Semenanjung Malaysia), RM25 (Sabah/Sarawak)

Apabila sesebuah novel dinamakan dengan perkataan yang menerangkan jantina seperti gadis, lelaki dan jejaka, kita cenderung untuk membuat jangkaan awal akan isi novel tersebut - cinta. Apatah lagi jika kulit depannya terlukis gambar manusia, lebih-lebih lagi perempuan.

Namun, menerusi novel tulisan Jostein Gaarder ini, jangkaan tersebut ada sedikit sebanyak benarnya namun itu bukanlah isi utamanya. Novel yang menggunakan sudut pandang pertama ini banyak menerangkan emosi dan fikiran penceritanya, Georg Røed (Georg) tatkala dia membaca surat ayahnya, Jan Olav (Jan) yang meninggal dunia ketika Georg masih kecil. Malah sebenarnya sebahagian besar kandungan novel ini ialah kandungan surat tersebut. Georg hanya berpeluang membaca surat itu ketika umurnya 15 tahun.

Isi surat tersebut banyak mengejutkan Georg termasuklah penceritaan ketika bapanya mula berkenalan dengan ibunya yang akhirnya membawa ke alam perkahwinan dan melahirkan Georg. Namun, kisah perkenalan dan percintaan mereka bukanlah kisah cinta biasa kerana disulami dengan beberapa adegan yang nostalgik dan ada kalanya sadis. Isu cemburu seorang lelaki terhadap wanita yang dicintai secara halus diceritakan yang tidak mudah untuk pembaca perasan melainkan pembaca menghabiskan membaca novel ini.

Selain itu, ada beberapa perkara yang ditulis oleh Jan yang agak mengejutkan Georg kerana tulisan tersebut seolah-olah merentasi masa, dan seolah-olah mendiang ayahnya tahu apa yang beliau akan lakukan pada masa depan.

Banyak nilai yang boleh dicedok daripada novel yang sudah diadaptasikan ke dalam bentuk filem ini. Antaranya ialah kasih seorang ayah kepada anaknya, nilai yang kuat kaitannya dengan pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya, dan yang paling penting ialah kejujuran dan kesetiaan.

Namun, memandangkan novel ini ditulis daripada perspektif seorang yang bukan Islam, saya sarankan supaya pembaca tidak terlalu terpengaruh dengan ideologi yang cuba disuntik menerusi penceritaan dalam novel ini. Pembaca (khususnya yang beragama Islam) harus bijak memahami ideologi dan memilih mana-mana yang selaras dengan fahaman seorang Muslim.

Apa kaitannya semua ini dengan gadis oren? Dan siapakah gadis oren yang dimaksudkan? Paling penting, mengapa oren?

Jawapannya ada dalam novel ini.

Thursday, March 11, 2010

Ulasan Buku: Keberanian Menggapai Harapan


Judul buku: Keberanian Menggapai Harapan
Penulis: Barack Obama (diterjemah oleh ITNM)
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
Harga: RM45 (Semenanjung Malaysia), RM50 (Sabah/Sarawak)


Sebelum memilih apa-apa buku untuk dibeli, saya pasti meluangkan sedikit masa untuk membaca apa-apa yang tertulis di kulit belakang sesebuah buku. Walaupun ia tidak semestinya menggambarkan kandungan buku tersebut secara keseluruhan, namun melalui tulisan tersebutlah saya boleh tertarik untuk membeli.

Sebagai contoh, di kulit belakang buku yang ditulis oleh Barack Obama (Obama) dan diterjemah oleh panel penterjemah di ITNM, tertulis beberapa ulasan mengenai buku ini, antaranya ialah:
"beliau (Obama) menggunakan pilihan kata yang popular dan menarik bagi menepis beberapa kata-kata pedas dalam perdebatan politik kontemporari"
dan
"kebolehan Obama dalam melontarkan penyelesaian yang munasabah dan bijak, dengan pilihan kata-kata yang hebat dapat menyelesaikan semangat dan mengembalikan harapan".

Kedua-duanya menekankan pada pemilihan kata-kata yang digunakan oleh Obama. Saya tertarik untuk mengetahui maksud sebenar ulasan tersebut.

Sepanjang pembacaan saya, saya tidak boleh lari daripada bersetuju dengan apa yang dirumuskan. Benar, Obama menggunakan kata-kata yang, walaupun popular (atau dalam kata lain, biasa), namun masih lagi hebat. Ini ditambah pula dengan karisma beliau sebagai pemimpin yang gah. Beliau gah bukan sahaja dalam kehidupannya sebagai orang politik dan pemimpin, malah gah dalam kata-kata yang dimaktubkan dalam buku.

Sekiranya anda pernah menyaksikan Obama menyampaikan ucapan, mungkin anda boleh membayangkan dirinya sedang bercerita sebagaimana yang tertulis dalam buku ini. Susunan cerita dan pengalaman yang disulam dengan pandangan peribadi yang tajam dan bernas menjadikan isi buku ini sesuatu yang bukan semua orang boleh membawanya (memahaminya). Sebabnya mudah, kandungannya berat (tinggi tahap pemikirannya).

Namun, itulah yang menjadikan buku ini sesuatu bahan bacaan yang sepatutnya menjadi koleksi orang-orang yang mahukan paradigma minda mereka terbuka dengan lebih luas lagi. Melalui perkongsian yang Obama bentangkan dalam buku ini, banyak perkara yang mungkin selama ini kita pandang dari satu atau dua sudut sahaja, namun mungkin sudut pandang itu akan bertambah menjadi bukan tiga atau empat, malah lebih daripada itu supaya kita memahami sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh dan mendalam.

Memandangkan buku ini ialah buku yang diterjemah daripada buku bertajuk The Audacity of Hope, saya fikir panel penterjemah ITNM berjaya menyampaikan rasa yang sama seperti mana tulisan yang asal. Sepanjang pembacaan saya, saya kerap berbisik kepada diri sendiri, "mungkin Obama akan tulis seperti ini sekiranya beliau boleh berbahasa Melayu dengan baik". Berbalik kepada tarikan utama saya membeli buku ini, iaitu pemilihan kata, benarlah bahawa Obama memilih kata-kata yang popular dan hebat untuk menyuntik rasa berani untuk menggapai harapan.

Wednesday, March 10, 2010

Ulasan Buku: Cerita Rakyat Korea


Nota pengenalan: Apa yang saya tuliskan di bawah adalah untuk menghantar penyertaan dalam Peraduan Ulasan Buku anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Judul buku: Cerita Rakyat Korea
Susunan dan suntingan: Zubaidah Ibrahim-Bell
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
Harga: RM15.00

Saya memilih untuk mengulas buku Cerita Rakyat Korea apabila tertarik dengan nota yang terdapat di kulit belakang buku tersebut. Ia menyatakan bahawa buku tersebut menampilkan koleksi "cerita rakyat Korea yang mungkin mempunyai persamaan dengan cerita rakyat Malaysia atau negara lain di timur dan juga di barat". Tertarik dengan kenyataan tersebut, saya memilih untuk membeli buku tersebut dan seterusnya mengulas.

Ulasan:

Walaupun fokus utama saya adalah untuk mencari persamaan sebagaimana yang dinyatakan, saya masih letakkan sasaran tersebut pada skop yang lebih luas. Persamaan bukanlah bermaksud jalan ceritanya mesti sama, ataupun nama-nama wataknya perlu mengikut resam tempatan.

Persamaan yang boleh didapatkan secara halusnya ialah nilai dan kandungan cerita-cerita rakyat yang dihasilkan dan diperturunkan. Contohnya, tiada watak Bawang Putih dan Bawang Merah, tetapi rakyat Korea mempunyai cerita yang berasaskan warna yang meletakkan nilai yang berbeza pada warna-warna tersebut seperti yang boleh ditemui dalam kisah Kapak Emas dan Kapak Perak serta Kipas Merah dan Kipas Biru.

Selain itu, tidak dinafikan kisah-kisah rakyat sudah pasti didasarkan, walaupun mungkin tidak semua, kepada banyak unsur imaginasi, tahyul dan kekeluargaan. Unsur personifikasi seperti haiwan yang boleh berkata-kata dalam kisah Burung Puyuh dengan Rubah, unsur tahyul seperti Tok Bonggol dengan Jembalang dan unsur kekeluargaan yang terkandung dalam hampir semua kisah yang dalam buku ini tidak ubah seperti kisah-kisah rakyat di Malaysia. Namun, wujud dua persoalan jika kita melihat hal ini pada sudut pandang masyarakat kini; satu, sejauh manakah anak-anak zaman sekarang mahu membaca cerita-cerita seperti ini? Dan dua, seramai manakah ibu bapa zaman sekarang mahu menyampaikan cerita-cerita seperti ini kepada anak-anak mereka?

Apapun, semua cerita rakyat diperturunkan dari generasi ke generasi kerana terkandung banyak nilai dan nasihat yang ingin disampaikan kepada generasi yang mendengar. Walaupun kita sedia maklum kata "niat tidak menghalalkan cara", justeru buku seperti Cerita Rakyat Korea ini memerlukan tapisan mentaliti sekiranya ingin dibaca oleh golongan tertentu. Bagi kanak-kanak, mungkin ibu bapa mereka perlu memainkan peranan untuk menerangkan bahawa cuma pedoman dalam cerita itu yang perlu diiktibarkan, bukan cerita tersebut secara khusus.

Dari aspek penterjemahan dan penyuntingan, buku ini saya kira berjaya membawa rasa yang sepatutnya bagi kelas cerita rakyat. Tugas yang digalas oleh Zubaidah Ibrahim-Bell, yang juga pensyarah kepada pelajar-pelajar Korea yang belajar bahasa Melayu disifatkan sebagai berjaya menyuntik nilai tempatan walaupun hakikatnya cerita-cerita yang ditulis berasal daripada Korea.

Dari aspek visual pula, kulit buku ini saya rasakan cukup menarik sekurang-kurangnya untuk kanak-kanak memilih buku ini dan memujuk ibu bapa mereka untuk membelinya. Lukisan yang mengiringi setiap cerita juga comel dan memenuhi ciri-ciri untuk melengkapkan sebuah buku kisah rakyat.

Kesimpulannya, buku ini sesuai untuk bacaan khususnya bagi kanak-kanak tetapi dengan bimbingan ibu bapa untuk menjelaskan dengan lebih panjang lebar akan nilai dan pedoman yang terkandung dalam himpunan 12 cerita rakyat Korea ini.

________________________

Pasca peraduan: Ulasan ini terpilih antara 10 ulasan yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...