Monday, March 30, 2009

It's not All About Me

Maybe to new readers, you still don't get the nature of my writing. Give yourselves some time to learn the trick behind my writing. It's not always all about me when I write about something.

What usually I aim when I post entries in this blog is for readers to connect what they read to themselves. For example, referring to the previous entry, it's not all about me whom involve in such instances. You may yourselves connect to the entry if you find anything related to you. Don't you?

I got few messages through YM and in fact through the comment room asking what really happened behind the scene that made me write such so-called full-of-emotion entry. Well, to me it depends on how you read it. That's the problem with words, they lack emotion. The emotion comes from readers and it varies on how they take it.

You like me to write such thing more and more, or not?

Sunday, March 29, 2009

Kawan yang Profesional


Aku nak menulis dalam bahasa Melayu. Sebab banyak yang buat perangai macam ni, orang-orang yang berdarah Melayu.

Kau tahu apa itu profesional?
Kau juga tahu apa itu kawan?
Ok. Bagus.

Boleh tak kau jadi kawan yang profesional? Konsepnya mudah sahaja: bertindak secara berakhlak, beretika dan elakkan daripada mengguris hati sesiapa. Bukan setakat dalam lingkungan profesionalisme sahaja yang kau perlu praktikkan, tapi dalam berkawan juga apa salahnya jika kau buat?

Contoh satu: Dalam satu perjumpaan; mahu pergi makan malam di luar contohnya. Jika masing-masing sudah bersetuju untuk berjumpa pada pukul 8 malam, maka pada pukul 8 malam itu selewat-lewatnya semua yang terlibat sudah berkumpul. Bukannya pada pukul 8 itu baru kau mahu masuk tandas dan mandi. Jangan kau ingat kawan-kawan kau suka kalau kau lambat. Kau suka ke kalau kau kena buang masa menunggu orang lain? Kau tahu tak penantian itu satu penyeksaan?

Contoh dua: Kamu tinggal serumah. Kamu mahu pergi keluar tapi ada antara kawan serumah itu yang tak dapat kau ajak atas sebab-sebab tertentu, kereta sudah penuh contohnya. Tak boleh ke kau maklumkan secara baik bahawa sudah tidak ada ruang kosong dalam kereta? Kau ingat susah sangat ke dia nak terima? Sudah tu, kalaupun tidak dapat diajak, susah sangat ke nak tanya dia: kau nak kirim apa-apa? Kata kawan? Serumah pula tu...

Contoh tiga: Kamu berlima mahu menuju ke suatu destinasi yang kamu berlima belum sama-sama sepakat. Lalu kamu berbincang ke mana kamu mahu pergi. Kau malas masuk campur dalam membuat keputusan dan kau serahkan kepada kawan-kawan kau untuk buat keputusan. Tapi patut ke, di akhirnya kau salahkan kawan kau tu sebab tempat yang dipilih tidak menarik pada pandangan kau?

Contoh empat: Kawan kau ada minat yang tak sama dengan kau. Normal la tu, manusia lain-lain perangai. Tapi tak boleh ke kau hormat dengan apa yang dia minat tu? Cukuplah sekadar kau menzahirkan tanda kau tidak menyokong minatnya dengan tindakan tidak terjun ke dalam minat yang sama. Dah tu, tak boleh ke kawal mulut kau tu daripada kata-kata perli dan sinis yang tidak membantu mencambahkan rasa kasih sayang, malah mungkin benar memutikkan kebencian antara kau dan dia? Itu minat dia, biarlah dia!

Contoh lima: Kawan kau sudah pesan kepada kau jangan bocorkan sebuah rahsia kerana dia tidak mahu ada hati lain yang terguris. Niatnya bagus bukan? Tapi kenapa susah sangat kau nak jaga mulut kau tu? Kenapa mesti kaubocorkan juga rahsia tu? Sekali kau buat perangai macam tu, susah kawan kau tu nak percaya kau lagi. Atau mungkin juga langsung dia tak mahu percaya kau lagi, putus kawan! Kau nak macam tu? Kau kena belajar kawal mulut dan otak kau la macam ni.

Aku membebel ni bukan apa. Sebab kalau dalam berkawan sendiri kau susah nak bentuk profesionalisme dalam diri kau, macam mana pula kau nak buat perkara yang sama dalam hal yang melibatkan profesionalisme yang sebenar?

Bandingkan contoh-contoh di bawah dengan contoh-contoh di atas:

Contoh satu: Kalau kau ada meeting dengan boss pada pukul 9 pagi, ada kau baru terkocoh-kocoh nak capai berus gigi pada jam yang sama? Tak takut kena pecat ke?

Contoh dua: Kau bekerja di bawah seliaan seorang ketua. Tapi kau buat pejabat kau macam hotel. Suka-suka kau nak keluar masuk bila-bila masa, padahal tiada kaitan dengan kerja pun. Kau ingat ketua kau tu tunggul? Kau ingat dia takde hati dan perasaan? Kau ingat dia tak rasa tercabar ke dengan perangai tak profesional kau tu? Nak keluar boleh, tapi sekurang-kurangnya maklumkan ke mana kau mahu pergi. Kalau betul niatnya dan waktunya, tidak ada masalah untuk dia lepaskan kau.

Contoh tiga: Kau perlu buat keputusan: projek yang mana satu yang lebih menguntungkan syarikat. Kau malas atau takut untuk buat keputusan jadi kau serahkan kepada rakan sekerja kau untuk memilih bagi pihak kau. Tapi apabila projek tu gagal, kau tuding jari salahkan rakan sekerja kau tu. Beretika ke macam tu? Kau sangat tak bertanggungjawab!

Contoh empat: Kau berbeza pandangan dengan rakan sekerja kau. Keputusan sudah dibuat oleh pihak atasan, pendapat rakan sekerja kau lebih disukai oleh mereka. Tapi perlu ke kau bangkitkan itu dan ini di luar pengetahuan dia dan pihak atasan? Kau sedar tak kau sudah main tikam belakang? Apa yang kau dapat? Pengaruh? Itu yang kau mahu, kan? Dosa? Itu kau tak mahu, tapi nak tak nak kau dapat sepakej dengan pengaruh itu.

Contoh lima: Kau pegang rahsia besar syarikat. Syarikat percaya dengan kau. Tapi kau tamak, kau pecah amanah, kau bocorkan rahsia syarikat. Habis bankrup syarikat kau kerjakan. Sebab apa kau buat macam tu? Sebab kau memang tak boleh dipercayai! Rahsia-rahsia kecil pun susah nak pegang, apatah lagi rahsia-rahsia besar?

Aku mahu ulang kata-kata di atas: kalau dalam berkawan sendiri kau susah nak bentuk profesionalisme dalam diri kau, macam mana pula kau nak buat perkara yang sama dalam hal yang melibatkan profesionalisme yang sebenar?

Saturday, March 28, 2009

Most Common Question when You are about to Graduate

Lepas ni, nak buat apa?

I would answer:

Sekarang ni pilihan itu banyak. Itulah bagusnya bidang biomedik ni, tidak spesifik ke mana-mana lagi. Tapi buat masa ini, aku belum membuat pilihan lagi. Tolong sama-sama berdoa semoga urusan kita dipermudahkan ye. :)

But I want to admit: It's hard for me to leave Kuantan.

Friday, March 27, 2009

STBB: Belajar Memandu

I trained Danial to drive car last Monday and Tuesday. Not only him, but his friend, Teha also joined us during the training. From my observation, they were both doing very well and they could get the practical part really fast.

Yesterday, when we went for a dinner, suddenly he cursed the car in front of us for doing a slight mistake. Shocked, I asked why he did that and he answered: "Aku tengah belajar nak marah orang buat salah bila memandu. Macam ko"

I replied, "Sabar weh... Syllabus tu belom sampai lagi. Nanti aku ajar la"

Err... Abang borek, adik rintik?

Thursday, March 26, 2009

STBB: Senario Lewat Petang

Aku harap kamu pernah baca entri Senario Lewat Malam di blog Penagih Dadah sebelum kamu baca entri di bawah.

Atau Maghrib
terpulang mahu pilih yang mana
ade aku kesah?

Pergi ke Gedung Pantai Timur
bersama seorang anak-Cina dan dua rakan perempuannya

Owh ya!
sebelum itu
kami sudah bersedia dengan wuduk kerana tidak mahu berbasah-basahan di gedung
mahu terus solat sejurus menjejak kaki di situ

Sampai di gedung
berjalan ke dalam
aku pesan kepada mereka
"Jangan ada yang sampai sentuh aku. Kang batal wuduk aku"

"Baik lah..."
mereka menjawab.

Keluar idea mahu membuat STBB
"Sekali dalam tu nanti ada Cina (perempuan) terpegang aku. Batal jugak wuduk aku~"
diikuti tawa mereka berdua

Tiba-tiba, si anak-Cina datang kepada aku
memegang tangan aku
"Aku Cina"
katanya

Sekejap. Ni siapa yang perempuan nih?

Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour: What to do during the Hour?

Next Saturday at 8.30 pm until 9.30 pm, everything will be dark with respect to the Earth Hour campaign. But that's up to you: to follow or not, pasal.... ade aku kesah?

But what to do during the one hour? Do you just want to stay alone in your room wasting the hour? Come on... Do something and don't forget to drag your friends together !

Here are some suggestions:
  1. Go out to the town and see the dark city which you don't usually see everyday. It might be scenic in a way I suppose.
  2. Play with candles and take pictures like what we did last time at February 2006. Links: [1] [2].
  3. Sit in a circle and play Spirit of the Coin. Ok jangan buat. Aku tipu je. Syirik tu.

Tuesday, March 24, 2009

Aku Terkena Panggilan Hangit!


Sedang aku membuang masa bersama-sama kawan-kawan sebilik ku yang sedang melalak-lalak, aku menerima satu panggilan.

Weh! Senyap weh. Ada call ni! Kot-kot daripada Mara ke, Jobstreet ke...

Trooot trooot....

(Suara lelaki. Garau. Dengan slanga Indonesia, sambil diselangseli oleh jawapan "ya" oleh aku)
Hello... Saya membuat panggilan daripada Celcom Center di Bangsar kepada nombor Encik di talian 013***1703. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Encik dan keluarga kerana telah memenangi RM10,000 dalam peraduan anjuran Celcom. Jadi saya ingin memasukkan bayaran kemenangan ini ke dalam akaun bank Encik. Boleh berikan saya nombor akaun Encik?

(Aku dah syak dah. Aku layan je)
Nak akaun bank ape ye?

Akaun Maybank ada?

Maybank saye takde akaunnye.

Jadi, kalau begitu, ada kawan-kawan yang ada akaun Maybank?

Saye takde kawan sekarang ni.

Apa dia?

Saya takde kawan same-same dengan saye sekarang ni...

(Panggilan ditamatkan)

Kau ingat aku mudah sangat percaya dengan kau?

Aku kembali kepada kawan-kawanku.

Weh. Aku dapat call yang kata aku menang RM10,000 yang daripada Indon tu weh!

Tiba-tiba...

Trooot trooot...

Kawanku yang bernombor telefon 013***1704 pula menerima panggilan.

Sah!

Tindakan selanjutnya, dengan segera aku hubungi Celcom Center untuk melaporkan hal tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...