Saturday, January 09, 2010

Pasca Ijazah Sarjana Muda: Mahu ke Mana?

Sudah ramai dalam kalangan junior di UIA yang bertanyakan kepada saya tips-tips pasca ijazah sarjana muda. Ada yang bertanyakan peluang-peluang kerja, menyambung ke peringkat ijazah dan tak kurang juga yang bertanyakan sekiranya tempat kerja saya sekarang membuka peluang kerja kepada mereka pula.

Ada juga yang bertanya perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum kaki mereka melangkah keluar daripada universiti kerana kurang jelas dengan apa yang akan mereka lalui selepas itu.

Ada juga yang saya perhatikan meluahkan kegusaran mereka mengenai masa depan mereka dalam status di Facebook.

Mari saya kongsikan pengalaman saya ketika saya belajar dahulu iaitu ketika saya berada dalam keadaan yang sama seperti mereka sekarang.

Saya mula betul-betul serius memikirkan hal kerjaya dan hidup selepas bergraduasi semasa berada dalam tahun keempat pengajian. Pada masa itu, antara yang saya fikirkan ialah:
  1. Menyambung belajar di UIA di bawah pembiayaan skim fellowship.
  2. Bekerja di universiti mahupun kolej yang menawarkan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang sains bioperubatan.
Berkenaan menyambung belajar di UIA, pada masa itu saya dimaklumkan bahawa UIA tidak membuka skim fellowship lagi kerana ketiadaan peruntukan. Namun selepas mendapatkan nasihat daripada Ketua Jabatan di Jabatan Sains Bioperubatan, Kulliyyah Sains, saya mengisi juga borang fellowship. Itu menunjukkan kesungguhan saya walaupun berita yang saya dengar memberikan prospek yang kabur kepada saya.

Dalam masa yang sama, saya ada juga menyelak dada akhbar dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang kerja lain dan tak kurang juga mendapatkan tajaan pelajaran daripada organisasi-organisasi lain. Saya tidak tertumpu kepada satu-satu peluang sahaja dan sentiasa memburu peluang yang ada. Saya juga tidak terlalu mengharapkan tajaan fellowship UIA sahaja.

Selain itu, saya semakin kuat membina hubungan dengan orang-orang yang sudah berkerjaya. Saya ada menghantar emel kepada beberapa orang dan salah seorang daripada mereka ialah bos saya di Yayasan Ilmuwan sekarang. Antara isi kandungan emel tersebut, saya bertanya mengenai perjalanan kerjaya mereka dan syukur, mereka membalas dengan panjang lebar dan memberangsangkan.

Apa yang penting, membina jaringan (networking) dan hubungan sosial yang luas betul-betul membantu dan meluaskan peluang, malah memberikan lebih banyak pilihan kepada saya untuk menentukan masa depan saya.

Justeru, sepanjang setahun dalam tahun akhir pengajian, selain sibuk dengan hal-hal akademik, persatuan dan projek tahun akhir (FYP), saya luangkan juga masa untuk menentukan arah hidup saya.

Alhamdulillah, tidak lama selepas kaki meninggalkan bumi Kuantan, saya mendapat dua peluang/pilihan yang besar iaitu tawaran fellowship dan kerjaya di Yayasan Ilmuwan.

Ia telah meletakkan saya dalam situasi sukar dan akhirnya saya telah membuat pilihan untuk bekerja di Yayasan Ilmuwan sehingga sekarang.

Itu kisah saya. Kita tak mungkin melalui pengalaman yang sama, tetapi saya yakin dilema yang dilalui kebanyakan pelajar tahun akhir sekarang sangat getir. Saya sudah melalui masa itu di mana segalanya nampak kabur dan membuatkan kita keliru. Bukankah begitu?

Di sini saya gariskan beberapa perkara yang perlu ditimbang tara:
  1. Tentukan kecenderungan sebenar anda: bekerja ataupun masih ada keinginan untuk terus belajar?
  2. Dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) anda sekarang, adakah besar kemungkinan anda boleh diterima untuk menyambung belajar di peringkat sarjana? Biasanya, jika di bawah 3.0, sukar untuk anda memohon mana-mana tajaan dan tempat pengajian.
  3. Anda mungkin bukan jenis yang cemerlang dari segi akademik (book smart), tetapi anda cemerlang dalam bekerja (street smart). Jika begitu, seelok-eloknya anda lebih memilih untuk bekerja terlebih dahulu.
Setelah itu, barulah anda mulakan langkah seterusnya iaitu mencari peluang-peluang belajar ataupun kerjaya yang anda minat. Walaupun anda mungkin lebih cenderung untuk menyambung belajar, ia tidak bermakna anda langsung tidak perlu membuka peluang untuk berkerjaya. Biarkan pilihan sentiasa terbuka (Bos saya selalu kata: Keep your options open). Jangan terlalu taksub dengan satu-satu pilihan sahaja. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Seperti dalam kes saya, walaupun saya sudah nekad untuk menyambung belajar, namun disebabkan faktor-faktor birokrasi, apa yang saya rencanakan tidak menjadi. Mujur saya beroleh peluang lain hasil daripada jaringan sosial yang saya wujudkan semasa belajar dahulu, lalu saya diterima bekerja di Yayasan Ilmuwan.

Selain itu, saya suka untuk mencadangkan supaya anda tidak malu untuk bertanya pengalaman dan pendapat daripada senior-senior anda. Bagi yang sudah bertanya kepada saya, saya jadikan entri ini sebagai jawapan umum kepada persoalan mereka.

Bagi yang pernah bertanya kepada saya, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda dan selamat berjaya dan moga beroleh petunjuk dalam menentukan hala tuju hidup anda selepas ini.

9 comments:

atbk said...

well put szakif!

Anonymous said...

Good job...Dlm fb ad group2 berkaitan ngan sesuatu kerjaya dan mereka ini sgt membantu dan sangat peramah..

Adlan said...

wow. lovely article. gaya penulisan yang matang selepas 6 bln bekerja camnilah hasilnya. well done

scOotBerry said...

Okayh! terima kasih atas nasihat itu.nasihat kau ni aku jadikan guide untuk aku nnt.

Anonymous said...

i'm going to take ijazah sarjana muda sains kimia...sejauh mana bidang itu digunakan? mahu kemana slps grade? cikgu? lecturer?

Unknown said...

Anonymous:

Terima kasih kerana membaca blog ini.

Sila baca semula artikel yang saya tulis dan mungkin ia boleh menjadi pedoman dan petunjuk ke arah mana sarjana yang saudara/i akan ambil boleh membawa anda ke mana-mana anda mahu, kerana apa-apa pun you decide.

:)

Anonymous said...

well written. im bit inspired, thanx. tapi apa yg menyedihkan skrg, fenomena menggunakan "kabel" utk mendptkan kerja berleluasa. Ada di antara yg benar2 layak tetapi peluang pekerjaan tu tlh "ditutup" oleh pihak yg guna kabel ni.byk jgk dgr komen kwn2 regarding tis unhealthy trend. im currently doing Master in Science n will be grad soon. dh mula survey fellowship n scholar yg boleh taja further study. rezeki Allah di mana2, trust in Him..

Anonymous said...

thanx bro for your sharing...sy sbenanya pun berkobar nak sambung master lps abis blaja, tp sbb mslh kewangan trus cr kje..dlm ms yg sama usha gak skim fellowship academic trainee...alhamdulillah dapat..cume bile pk sedalam-dlmnya dgn mslh dalaman sy terpaksa tolak academic trainee...ni tpaksa cr kje btl2 blk..btl tu kita xleh terlalu fokus satu2 pkara...
apepun, doakan sy dpt plan hidup baru lbh baik lg..smgt blja msh ada cuma prioriti utk dapat keje stabil dulu...

Anonymous said...

salam..sy ade apply fellowship UIA..w/pn post ni dh lme,blh sy tau adekah UIA akan tgk jgk penglibatan dlm ko-kurikulum?dr segi akademik insyaAllah sy lepas,tp dr segi ko-ku sy kureng..cane cra nk pastikan sy dpt peluang fellowship ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...