Thursday, August 14, 2008

Nakal

I put his picture as my desktop background.
I brought the computer to class, projected to the whiteboard for lecture.
Then the class started to talk about him.

"Otai gila. Kecik-kecik lagi dah ade garis kat dagu"

"Nanti dah besar mesti nakal"

"Comel nye..."

"Mata dia bukan main lagi"

"Sape tuh?"

"Zaki masa kecik"

18 comments:

Cikgu Eta said...

muka zaki masa keciklah yg selalu saya tgk dulu.. dah besar panjang lain pulak rupanya.

Unknown said...

mama zeeta...

people change, so do i.. dulu comel, sekarang hensem.

kan?

Cikgu Eta said...

cuba baca kosmo psal geng gagak hitam toreh dagu....

Unknown said...

mama zeeta...

wah! tak tahu plak ade geng gagak hitam segala.. isk. budak2 zaman sekarang.. semoga danial terhindar drpd gejala2 seperti itu. amin..

nape dengan geng gagak hitam tu kak. cite ah secara ringkas kat sini... :D

KiRaNa said...

satu je nak comment..

telinga capang! =)

maknanya, suka nak dengar hal org laen..hehe..

Unknown said...

kirana..

owh itu macam ka? kalau telinga jenis capah plak, ape maksudnye?

*matila camne rupenye telinga mencapah pun aku tak tahu... hu~

Cikgu Eta said...

KUALA TERENGGANU - Sudah ada tanda-tanda beberapa sekolah di negeri ini mula diresapi budaya kumpulan samseng pelajar dikenali 'Geng Gagak Hitam' yang pernah menjadi sebutan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dulu.

Ia ekoran fenomena menoreh dagu sebagai lambang keahlian dan kesetiaan kepada kumpulan itu mula menjadi ikutan di kalangan pelajar sekolah di beberapa daerah di negeri ini.

Entah siapa yang menggerakkannya, kegiatan itu bukan setakat membabitkan pelajar lelaki malahan pelajar perempuan.

Pelajar terlibat dikatakan berusia awal remaja antara 13 dan 15 tahun dan majoritinya adalah di kalangan pelajar tingkatan 1.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di sini, Zaleha (bukan nama sebenar) yang bimbang dengan penularan budaya kumpulan samseng itu.

Dakwanya, usaha menghidupkan kumpulan samseng di sekolah sudah dilakukan dan yang membimbangkan usaha 'merekrut' pelajar kian nyata termasuk di kawasan luar bandar.



DAGU seorang pelajar perempuan turut berguris seolah-olah dia ahli kumpulan Gagak Hitam.

--------------------------------------------------------------------------------



Zaleha mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan dua pelajar yang mempunyai tanda tersebut di dagu mereka dan kedua-duanya mengakui ia 'lambang' mereka.

"Bila saya tanya mereka tak mengaku apa-apa dan cuba mengelak pertanyaan saya. Saya juga ada mendapat kiriman mesej bergambar di telefon bimbit yang menunjukkan pelajar perempuan pun dah ikut sama toreh dagu.

"Saya difahamkan, ramai juga pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah memiliki mesej kiriman bergambar mengenai kegiatan tu," ceritanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kosmo! difahamkan kegiatan Gagak Hitam - sebuah kumpulan samseng pelajar pernah aktif dua dekad lalu dan berpangkalan di Lembah Klang.

Kumpulan itu bertapak pada pertengahan 1980-an dengan gerakan liar dan menyepi seketika sebelum muncul semula pada awal 1990-an.

Ketika itu, dagu pelajar yang menjadi ahlinya ditanda dengan menekap syiling yang dibakar atau ditoreh dengan jangka lukis dan ahli perlu bersumpah setia kepada kumpulan.

Kumpulan itu berperanan sebagai 'pelindung' kepada ahlinya dan terlibat dengan kegiatan membawa barang-barang haram seperti ganja dan rokok ke sekolah selain terlibat dengan seks bebas

Unknown said...

mama zeeta..

isk2... budak2 zaman sekarang~

ape nak jadi dengan generasi mase depan malaysia nih~

Cikgu Eta said...

itulah yg menakutkan bebudak zaman sekarang.. mintalah dijauhkan

Unknown said...

mama zeeta..

betol2.. dan pendidikan anak2 bermula di rumah. semoga anak2 akak mendapat bimbingan dan kasih sayang yang penuh drpd ibu dan ayah mereka.. amin...

hindarilah anak2 kita drpd unsur2 kejahatan... amin..

Cikgu Eta said...

zaki.. amin.

Unknown said...

mama zeeta...

akak buat la entry khas pasal anak2 akak kat blog akak.. nak gak tengok kecomelan mereka~

KiRaNa said...

ada ke telinga capah?confuse100x..
kalo ada, telinga cembung pun mesti ada gak kan..
dua2 tu, adik beradik..=p

Unknown said...

kirana...

mane ade telinga capah, tapi telinga capang ade~

pernah dengar tak? =P

Anonymous said...

knk2 ini lg tersgt comel dr anda..
sekian.

Unknown said...

cactus hijau berduri...

itu sangat betol! :D

Anonymous said...

cop2..!
saye slh ckp..
saye trk blk penyataan i2..

Unknown said...

cactus..

la.. boleh plak tarik2 walhal aku jua tidak menafikannye? ape kes?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...