Thursday, June 22, 2006

Zaki sayang NENEK!

Sebagaimana yang telah saya katakan dalam post sebelum ini (telah dibuang) saya menonton filem Harry Potter and the Goblet of Fire. Hakikatnya, bukan itu yang menjadi tumpuan saya dalam coretan ini, tetapi peristiwa yang berlaku ketika saya sedang menonton menjadi penggerak untuk menulis coretan ini.


Ketika tayangan, saya memasang woofer dengan kuat untuk mendapatkan impak tontonan seperti di dalam panggung. Walaupun sudah larut malam, saya sedar saya tidak mengganggu sesiapa disebabkan keadaan bilik saya yang tertutup dan kedudukan rumah jiran paling dekat yang diselangi dengan kebun sebesar sekangkang kera. Ketika itu, jam menunjukkan waktu 12 tengah malam.

Ketika separuh jalan tayangan, saya seperti terdengar suara orang bercakap di luar bilik. Memandangkan kebarangkalian berlaku kecurian atau pencerobohan, saya hentikan tayangan dan menjenguk ke luar bilik.

Owh, rupa-rupanya suara mak dan nenek sedang berbicara. Rupa-rupanya juga, mak dan abah tidur di luar, di ruang tamu bersama-sama nenek kerana nenek demam.

Saya tanya mak, "kenapa nenek terjaga?" Mak menjawab, "nenek kata ada orang ramai duduk di sebelahnya". Kemudian saya tanya kepada nenek, "mana orang-orang tu nek?" Nenek menuding menunjuk arah di sebelah saya. Ketika itu saya sudah berada di sisi tilamnya, duduk.

Hm~ nenek... nenek... mengigau la tu.

Betul! Ada orang tu tadi... Dia minta makan, duduk sebelah tilam ni tadi...

Dah tu mana orang tu, tak nampak pun?

Ada kat sini...

Nek, Zaki ni muda lagi, mata terang. Mak dan abah pun tak nampak apa-apa.

...senyap...

Dah, tidur nek. Nenek tu mengigau agaknya.

Aku tak boleh tidur la Ki... Orang tu duduk sebelah aku. Aku takut!

Mana ada... Zaki dari tadi belum tidur, tak jumpa orang pun. Dah tidur...

Tilam tempat tidur nenek.

Sebenarnya panjang lagi perbualan malam tu, cuma saya ringkaskan sedikit. Maklum lah, orang tua. Mujur saja nenek saya tidak nyanyuk, kalau tak lagi susah nak uruskan! Cuma kadang kala fikirannya terlalu dihantui oleh masa silamnya. Baru tadi (ketika saya menaip) dia suruh cari parang, terjatuh dari rumah tingkat atas katanya. Walhal rumah saya tidak bertingkat. Nenek seolah-olah merasakan dirinya berada di rumah lama.

Nenek sudah tidak jelas penglihatannya, dan juga pendengarannya. Kakinya sudah tidak kuat lagi untuk menyokong badannya untuk berjalan akibat kemalangan di dalam tandas lebih kurang 4 tahun lalu. Dia hanya mengesot untuk bergerak. Soal makan minum dan membersihkan diri diuruskan oleh anak-anaknya, khususnya mak saya sebagai anak bongsu. Kadang kala ibu-ibu saudara saya datang bergilir-gilir ke rumah untuk menguruskan nenek.

Namun ada kalanya sifat nenek yang kerap dan kuat mengarah agak menjengkelkan isi rumah. Menurut apa yang diceritakan oleh ibu saudara saya, memang sedari muda lagi nenek bersifat begitu, kuat mengarah dan degil hingga terbawa-bawa ke alam tua. Jika kemahuannya tidak diturutkan, nenek akan mengulang-ulang arahannya sehingga menyakitkan telinga orang yang mendengar. Jika arahannya itu penting dan munasabah, tidak ada masalah untuk menunaikannya. Tetapi menjadi masalah apabila perkara yang tidak penting dan tidak perlu disuruh buat.

Bohong jika saya katakan saya tidak pernah naik suara dengan nenek. Walaupun saya sedar perbuatan itu salah, tetapi saya terpaksa untuk memastikan dia berhenti mengarah. Jika diturutkan perintah nenek itu, tiada apa-apa yang akan berlaku malah kadang kala merugikan.

Namun begitu, saya tidak harus melupakan jasanya ketika masih sihat. Ketika awal kelahiran saya, dialah yang menolong mak menjaga saya tatkala mak bekerja. Dialah yang memandikan saya, dialah yang memakaikan saya pakaian, dialah yang menyuapkan saya makanan. Tanpa bantuan nenek, mungkin mak akan terkontang-kanting antara menjaga saya dan menguruskan kedai.

Kini setelah nenek sakit, berbagai-bagai karenahnya terpaksa dituruti. Ya lah... mungkin itulah resam orang tua. Yang muda hanya perlu bersabar... Selagi ada daya, layanlah dia sebaiknya. Begitulah juga dia suatu masa dulu. Selagi ada daya, menatang anak-anak dan cucu-cucu bagai minyak yang penuh. Kini tiba masanya pula untuk anak-anak dan cucu-cucu menatangnya pula. Cuma, bersabarlah dengan karenahnya, dengan emosinya yang berubah-ubah, dan dengan kesihatannya yang kerap disapa demam.

Zaki sayang NENEK!

57 comments:

puteri nad said...

arm saudara zaki,
(menulis selepas membaca ayat2 ko kat luar kotak ni)

tatau la aku apa persamaan nyer..dont tell me nenda ko ada kuasa magic gak..klu ada aku nak blaja..kimsalam nenek k~

SALAM alaik~

Anonymous said...

Baju nenek biru kut...sama mcm kat wallpapr Harry potter tu..
Betul kan! kan! kan!

DaRk AnGeL said...

yA aLLAH...
habis malas lar nak update nih~~??
sampai nenek kau jadik mangsa? tak patut punyer cucu~~*

tapi aku tetap nk ckp persamaan dia jugak~
brg harry keene curik. ikan nenek kau pun kene curik.. kan? kan?
[mati la mmg salah tapi nak neka gak~*]
ahaks~~**

Anonymous said...

Tak kan ada pertalian saudara d antara MEREKA????? ish..lain rasanya,
Baik kau jgn babitkan nenek..cuba babitkan kucing kau ke...kan patut sikit tu....

(Cantik ler..zaki dancing kat bawah tu...)

Unknown said...

nad...

arm saudara zaki,
(menulis selepas membaca ayat2 ko kat luar kotak ni)

luar kotak? owh.. window kah?

tatau la aku apa persamaan nyer..dont tell me nenda ko ada kuasa magic gak..klu ada aku nak blaja..kimsalam nenek k~
owh nenek ku tiada magik.. muahhahah~ akan kukirimkan salam jua~

SALAM alaik~
wassalam~ owh o sangat siqah~

[apa yang aku fikirkan...]
[sambest siqah tak?]

Unknown said...

kak sya...

Baju nenek biru kut...sama mcm kat wallpapr Harry potter tu..
Betul kan! kan! kan!

wahahaahahh~ salah ok~ sila mencuba lagi~

[apa yang aku fikirkan...]
[rajin kak sya~]

Unknown said...

dark angel...

yA aLLAH...
habis malas lar nak update nih~~??
sampai nenek kau jadik mangsa? tak patut punyer cucu~~*

malar adakah pemalar constant katanya?~ wahahahhah~

tapi aku tetap nk ckp persamaan dia jugak~
brg harry keene curik. ikan nenek kau pun kene curik.. kan? kan?
[mati la mmg salah tapi nak neka gak~*]
ahaks~~**

kali ni kucing yang menjadi mimpi ngeri ko takde kaitan ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[kurang suke hamster tapi layan jugak]

Unknown said...

kak sya lagi....

Tak kan ada pertalian saudara d antara MEREKA????? ish..lain rasanya,
Baik kau jgn babitkan nenek..cuba babitkan kucing kau ke...kan patut sikit tu....

ahahhhahahah~ kan aritu dah buat pasal kucing dan nenek.. kali ni kucing tak kaitan langsung.. it's gonna be sumthing serious~

(Cantik ler..zaki dancing kat bawah tu...)
owh mane satu yang menari?

[apa yang aku fikirkan...]
[suka tgk orang menari lincah]

Unknown said...

hazlyn...

i have no idea
tak nmpk pun apa kaitannya..

ahahah~ update malam ni.. sabar~

[apa yang aku fikirkan...]
[its gonna be sumthing serious]

DaRk AnGeL said...

haaaaaaa
aku tggu..
per yg serius sgt perkaitan antara nenek kau and harry potter.. [sgt tak berkait boley?]
pe nitemare kucing pe?
wekkkkk ;p

baez-kun said...

tak paham jugak
motif nenek dengan arry potter?
muahahaha
tapi seriesli aku sangat minat citer eri poter
malahan menghapal setiap watak jua setelah berkali2 mengulang ulang buku, terus feeling nak ambik test pasal heri poter nie
malahan baca buku lagi best sbb lg detail~~
tak sabar tunggu buku 7

Unknown said...

syifa...

haaaaaaa
aku tggu..
per yg serius sgt perkaitan antara nenek kau and harry potter.. [sgt tak berkait boley?]

owh sila nantikan saja~ pas abes diari aku buat ok~ AF katanya~

pe nitemare kucing pe?
wekkkkk ;p

wahahahah~ apalah yang boleh membuatkan ko suka akan kucing~ nak tunggu kucing tu tak berbulu baru nak pegang ke? matila kucing tu kesejukan~

[apa yang aku fikirkan...]
[suka kucing bulu tebal]

Unknown said...

faiz..

tak paham jugak
motif nenek dengan arry potter?
muahahaha

oh juga sila nantikan~ think beyond that what you may think~ hahah~

tapi seriesli aku sangat minat citer eri poter
malahan menghapal setiap watak jua setelah berkali2 mengulang ulang buku, terus feeling nak ambik test pasal heri poter nie
malahan baca buku lagi best sbb lg detail~~
tak sabar tunggu buku 7

owh ko donlod ke beli ok~ nak jugak membaca... bila lagi nak start membaca novel english kalau buka sekarang kan?

[apa yang aku fikirkan...]
[ada member yang bace novel english penyiasatan]

baez-kun said...

owh boley sajor dload pdf (cam aku tak sabar baca masa buku 6 kuar, jadi terus dload scara illegal)

malahan aku jua ada buku complete set, boleh baca sambil baring2 atas tilam
sangat syok~~

Unknown said...

hata...

owh boley sajor dload pdf (cam aku tak sabar baca masa buku 6 kuar, jadi terus dload scara illegal)
owh sila tunjuk ajar bab bace novel english ok~

malahan aku jua ada buku complete set, boleh baca sambil baring2 atas tilam
sangat syok~~

owh nak pinjam bley~ muahahah~ berangan sajor

[apa yang aku fikirkan...]
[owh pengantin baru balik]

Anonymous said...

owh..tgk org2 tua ni especially mase jumpe kat sepital selalu buat diri ini insap..membayangkan keadaan diri apabila tua nnt..huhu~

Unknown said...

fiza...

owh..tgk org2 tua ni especially mase jumpe kat sepital selalu buat diri ini insap..membayangkan keadaan diri apabila tua nnt..huhu~
semoga kita semua dikurniakan kesihatan tubuh badan hendaknya untuk sampai ke tahap usia itu... ameeenn..

[apa yang aku fikirkan...]
[kena banyak bersenam]

Izham said...

aktiflah sukan macam bf kak syifa'..sori kak syifa'..i'm at wrong place..

Unknown said...

awe...

aktiflah sukan macam bf kak syifa'..sori kak syifa'..i'm at wrong place..
motif awe motif!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[nak mahirkan main tenis]

puteri nad said...

owh..
sian nenek ngigau rupanyer..
huhu,arwah wan aku pon camni gak dulu..tp aku lg sidih..dia meninggal masa aku first year tngah mo exam first sem jua..

Al-fatihah

Izham said...

motif daku supaya aktif bersukan sajor dan mengambil contoh org yg berjaya dlm pendidikan dan juga sukan....maka bf kak syifa; jualah idola yg terbaik..hehe..

Anonymous said...

zAKI,
Pada pandangan K.Sya, Nenek Zaki sedang mempunyai ilusi problem.Memang kenyataannya dia nampak pd anggapan dia.Di sudt hati dia sebenarnya , byak perkara yg di risaukan oleh itu ilusi2 tersebut menganggu dirinya sperti jatuh tangga @ ada org mahu memukulnya. Dia sedang hadapi zaman tuanya.Bumi ni bulat, begitu juga diri kita akan berputar balik .Bila jadi tua perangai kita kmbali sperti kanak2.Oleh itu bersabarlah..ingat tindak tanduk kita pada org tua, akan di balas balik oleh Anak @ cucu kita nanti.
(Teringat moyang yg telah tiada..)

Unknown said...

nad...

owh..
sian nenek ngigau rupanyer..
huhu,arwah wan aku pon camni gak dulu..tp aku lg sidih..dia meninggal masa aku first year tngah mo exam first sem jua..

owh aku ade kenalan yang bapaknya meninggal mase seminggu sebelum SPM nak mula... haru~ nasib baik dia tabah~

Al-fatihah
bismillahirrahmanirrahim.... ila akhir

[apa yang aku fikirkan...]
[sempat jumpa moyang mase hidup]

Unknown said...

awe...

motif daku supaya aktif bersukan sajor dan mengambil contoh org yg berjaya dlm pendidikan dan juga sukan....maka bf kak syifa; jualah idola yg terbaik..hehe..
syifa sila jawab sambil senyum!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[mende awe ni.. salah alamat hohohoho]

Unknown said...

kak sya...

zAKI,
Pada pandangan K.Sya, Nenek Zaki sedang mempunyai ilusi problem.Memang kenyataannya dia nampak pd anggapan dia.Di sudt hati dia sebenarnya , byak perkara yg di risaukan oleh itu ilusi2 tersebut menganggu dirinya sperti jatuh tangga @ ada org mahu memukulnya. Dia sedang hadapi zaman tuanya.Bumi ni bulat, begitu juga diri kita akan berputar balik .Bila jadi tua perangai kita kmbali sperti kanak2.Oleh itu bersabarlah..ingat tindak tanduk kita pada org tua, akan di balas balik oleh Anak @ cucu kita nanti.
(Teringat moyang yg telah tiada..)

trimas atas nasihat ni...

[apa yang aku fikirkan..]
[sape la shidi ni -->YM]

Unknown said...

hazlyn...

biasa la..perangai org tua mmg camtu
bape umur nenek zaki ni..

kalau ikutkan IC nye, kalau tak salah about 80's gak la.. tapi menurut kate emak, it's more than that sebab nombor dalam IC tu cume main taram je... contoh IC nya 200809-10-8872* tanda (*) memang ade menandkan nombor IC yang main taram... dan juga nombor IC adik nenek saya menerangkan adik lebih tua drpd kakak. sape nak jawab? ahahah

[apa yang aku fikirkan...]
[allah alaikallah.... mawi]

ChemGrad said...

Kini setelah nenek sakit, berbagai-bagai karenahnya terpaksa dituruti. Ya lah... mungkin itulah resam orang tua. Yang muda hanya perlu bersabar... Selagi ada daya, layanlah dia sebaiknya. Begitulah juga dia suatu masa dulu. Selagi ada daya, menatang anak-anak dan cucu-cucu bagai minyak yang penuh. Kini tiba masanya pula untuk anak-anak dan cucu-cucu menatangnya pula.

btol, kid sokong!

mm..alhamdullilah, my grandmas are fine. dua2 atok dah takda. sgt sedih sebab kid tak pegi funeral dorang pun.

harap nenek zaki baik balik. i read constant posts about bloggers' grandparents.

puteri nad said...

kimsalam nenek

Unknown said...

kid...

btol, kid sokong!
:D

mm..alhamdullilah, my grandmas are fine. dua2 atok dah takda. sgt sedih sebab kid tak pegi funeral dorang pun.
mase diorang pergi, kid katne? NZ ke? kasihan~

harap nenek zaki baik balik. i read constant posts about bloggers' grandparents.
:D

[apa yang aku fikirkan...]
[sayang nenek]

Unknown said...

nad..

kimsalam nenek
insya 4JJl...

[apa yang aku fikirkan...]
[kang banyak soal tp bila dijawab haram dia paham]

DaRk AnGeL said...

oh...
motif aku lmbt masuk komen? maka akn respon pada yg berkaitan pada diri ku~`
oh awe.. nk jadikan my bf sebg teladan? hishhhhh... bukan terror pun dia tu.. byk main jer~~ selalu tak reti cover diri.. dah la kuat baca komik! bukan nye belajar dia tuh. tapi boley amik sifat dia yg teramat mementingkan kawan. [kalau awe ni jadikan dia sbg idola terbaik, mati lah smpi tua tak dpt awek~! awek malang jer yg tahan hidup dgn bf mcm ni~~ kekeke...] apa2 pun, yg baik di ambil, yg buruk dibuang.. [rasa mcm byk buruk jer dia tuh]
kahkahkahkahkah.. baca dah my second story tuh? siler baca dan buat kesimpulan sendiri...

takper la zaki oi awe salah alamat pun... tetap dia masuk blog kau dan aku. makse lepas ni nak masuk blog dia pulak..

and aik? kid.. dah lama tak nmpk u in my blog.. jemput2 masuk...~*

oh hata sensitif jiwanye.. lmbg prison break dia tak lyn kecuali charmed ones sajor~

hehehe.. nad.. nad.~!

puteri nad said...

arm kenapa nad nad ek? kenapa kenapa kenapa?

ejard said...

bagus2
salute kat ko zaki...
jgn la kte lupe ngan pngorbanan org2 yg trdahulu dr kte..
da smpi masany kte bayar balik utang budi kte kat dorg

baez-kun said...

dan ijat
sila tidak lupe pengorbanan ku terhadap ko
jadi sila teman makan eskrem sampai habes

Unknown said...

dark angel...

oh...
motif aku lmbt masuk komen? maka akn respon pada yg berkaitan pada diri ku~`

owh paham pasal ko gune dial up.... maka kesalahan tidak terletak di bahu ko~

oh awe.. nk jadikan my bf sebg teladan? hishhhhh... bukan terror pun dia tu.. byk main jer~~ selalu tak reti cover diri.. dah la kuat baca komik! bukan nye belajar dia tuh. tapi boley amik sifat dia yg teramat mementingkan kawan. [kalau awe ni jadikan dia sbg idola terbaik, mati lah smpi tua tak dpt awek~! awek malang jer yg tahan hidup dgn bf mcm ni~~ kekeke...] apa2 pun, yg baik di ambil, yg buruk dibuang.. [rasa mcm byk buruk jer dia tuh]
kahkahkahkahkah.. baca dah my second story tuh? siler baca dan buat kesimpulan sendiri...

awe sila ambil teladan katanya~

takper la zaki oi awe salah alamat pun... tetap dia masuk blog kau dan aku. makse lepas ni nak masuk blog dia pulak..
owh awe... tidak mengape~

and aik? kid.. dah lama tak nmpk u in my blog.. jemput2 masuk...~*
kid tgh sibuk exam rasenye kan? tu pasal dia jarang blogging sikit~ dah habis exam blom kid?

oh hata sensitif jiwanye.. lmbg prison break dia tak lyn kecuali charmed ones sajor~
hata sila jawab!

hehehe.. nad.. nad.~!
nad sila jawab! motif ko tak mengomel pasal nenek aku!!!! <--tuju kat syifa

[apa yang aku fikirkan...]
[nenek buat hal lagi...]

Unknown said...

nad....

arm kenapa nad nad ek? kenapa kenapa kenapa?
kenape panggil syifa arm?

[apa yang aku fikirkan...]
[nenek nampak orang beranak katanya]

Unknown said...

ijad...

bagus2
salute kat ko zaki...

tunduk tersipu2 malu...

jgn la kte lupe ngan pngorbanan org2 yg trdahulu dr kte..
da smpi masany kte bayar balik utang budi kte kat dorg

yups!!! dulu dia bersabar dengan karenah kite, sekang kite pula bersabar dengan karenah tuanya~

[apa yang aku fikirkan...]
[dia kerap memanggil mak supaya pulang ke rumah walhal tgh keje]

Unknown said...

hata...

dan ijat
sila tidak lupe pengorbanan ku terhadap ko
jadi sila teman makan eskrem sampai habes

eskrem muke orang ke? ahahahah~ ijad sila jawab!

[apa yang aku fikirkan...]
[last time jumpe muhaimin mase reunion sambest semua batch]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Hehehe... Sila sayang sumer org...
Sayangi nenda anda selagi beliau masih boleh dipeluk dicium di sisi ;)

Unknown said...

ihab...

Salam...
salam~

Hehehe... Sila sayang sumer org...
Sayangi nenda anda selagi beliau masih boleh dipeluk dicium di sisi ;)

ihab adalah pejuang kasih sayang yang sejati! :D

[apa yang aku fikirkan...]
[ihab keluar dari daerah hibernasinya]

puteri nad said...

a'ah Ihab da habis winter kot~

DaRk AnGeL said...

oh neek kau?
sgt terharu boley?
siler balas jasa nenek kau..
nenek aku? i dont think u want to see her.. she rocks! [bak kata mmbr2 aku]
raya tahun lepas masih feeling kebaya lagi nenek aku tuh.. rock tak rock nyer dia~
tapi tu lar... kerenah org tua, layan kan sajor~!
tapi kan ki.. kalau aku kat sebelah nenek kau masa dia nmpk segala org2 tuh kan, aku dah meremeng buu roma.. maunyer dah cabut lari kot.. maka salute kau sbb tabah dgnnya~

DaRk AnGeL said...

oh nad~~
saje pggl boley?
arm tu zaki sama maksud sgn ermmm... bunyi kan lebih kurang jer? [tau la msa ni nad pun online jua~]

oh ihab dah habis hibernate? jemput masuk my blog okiessss..

Unknown said...

nad...

a'ah Ihab da habis winter kot~
aku tak rase ihab akan jawab soalan ni pasal dia cuma bukak omelan sekali bagi setiap entry saje... heheheh

[apa yang aku fikirkan...]
[takpernah menikmati 4 musim]

Unknown said...

dark angel....

oh neek kau?
sgt terharu boley?
siler balas jasa nenek kau..

insya 4JJl... i'm doing my best to treat her..

nenek aku? i dont think u want to see her.. she rocks! [bak kata mmbr2 aku]
pasal rock la aku nak jumpe nenek ko!!!!!!

raya tahun lepas masih feeling kebaya lagi nenek aku tuh.. rock tak rock nyer dia~
tapi tu lar... kerenah org tua, layan kan sajor~!

owh kebaya katanya.. ingatkan pakai jeans... :p

tapi kan ki.. kalau aku kat sebelah nenek kau masa dia nmpk segala org2 tuh kan, aku dah meremeng buu roma.. maunyer dah cabut lari kot.. maka salute kau sbb tabah dgnnya~
:)) <--kat YM
pasal aku dah tau dia cume berhalusinasi saje, maka aku tak takut.... huhuhu...

[apa yang aku fikirkan...]
[bayangkan mase tu sedang pukul 2-3 pagi dia buat hal tu]

Unknown said...

syifa...

oh nad~~
saje pggl boley?
arm tu zaki sama maksud sgn ermmm... bunyi kan lebih kurang jer? [tau la msa ni nad pun online jua~]

owh baru tahu~

oh ihab dah habis hibernate? jemput masuk my blog okiessss..
i'm the chosen one... ehehehh~ tak semua dapat kunjungan ihab~ heheheh~ matila ko tunggu sampai bulan ogos habis baru ihab jengah blog ko.. ;P

[apa yang aku fikirkan...]
[owh sangat mengantuk]

Anonymous said...

Hohoho...aku tau ape kaitannya antara Harry POtter ngan nenek kau Zaki..... nenek ko pakai tongkat yg terbang2 tu sebab tu nampak "orang"...muhawakaka.... **matilah.....ampun nek!!!!!ampun!!!!!!Mudah2an nenek sihat nanti yer...Get Well soon nek!!!!

Karenah orang tua Zaki oii, kenalah ikut, kan depa dah macam bayi balik, sebab tu la ko kena tahan ngan perangai nenek ko tu, lagikpun nenek ko kan tengah sakit....jagalah nenek ko dengan sebaiknya selagik nenek ko ada....

Unknown said...

syafiq....

Hohoho...aku tau ape kaitannya antara Harry POtter ngan nenek kau Zaki..... nenek ko pakai tongkat yg terbang2 tu sebab tu nampak "orang"...muhawakaka.... **matilah.....ampun nek!!!!!ampun!!!!!!
MOTIF MOTIF!!!!!!!!!!!!

Mudah2an nenek sihat nanti yer...Get Well soon nek!!!!
ameen...

Karenah orang tua Zaki oii, kenalah ikut, kan depa dah macam bayi balik, sebab tu la ko kena tahan ngan perangai nenek ko tu, lagikpun nenek ko kan tengah sakit....jagalah nenek ko dengan sebaiknya selagik nenek ko ada....
ye la... aku tadah je...

[apa yang aku fikirkan...]
[biase dengar nasihat tu dari makcik2 aku]

Izham said...

owh salah alamat yer bro zaki...takper2..

jadiknyer sy takleh nak ckp ape2...cuma take care dia selagi dia ada...jaga hati sket sbb hati org tua ni mudah terase....tgk sajer citer shin chan dgn atuknya dlm youtube sgt kelakar...camtulah karenah org tua..sdh maklum...

Unknown said...

awe...

owh salah alamat yer bro zaki...takper2..
owh jangan pula ko serik ke sini ok~ aku hanya bergurau tapi bermaksud... ahahahahh~

jadiknyer sy takleh nak ckp ape2...cuma take care dia selagi dia ada...jaga hati sket sbb hati org tua ni mudah terase....
betol la tu...

tgk sajer citer shin chan dgn atuknya dlm youtube sgt kelakar...camtulah karenah org tua..sdh maklum...
owh i'm not sinchan addict.... heheheheh....

[apa yang aku fikirkan...]
[ko dah buat template baru blog ko?]

Izham said...

hahahaa..takyah lah wat template bru blog saya..gambar tu lawa sajor...utk tatapan kak syifa' spy dia selalu dtg blog sy..

jadiknyer dh blaja dr hata camner nak wat banner...matilah aku dah takde guru IT lg pasnih slps hata blk mesia..

Unknown said...

awe...

hahahaa..takyah lah wat template bru blog saya..gambar tu lawa sajor...utk tatapan kak syifa' spy dia selalu dtg blog sy..
owh awe sangat tegar bersaya2 dengan 'abang'... ok la camtu, ko yang nak~ aku dulu kat sambest wajibkan junior panggil aku abang! takcaye tanye aizat.. ahahah~ ehe.. ade 'abang' kate nak buatkan template utk adeq ke? muahahhah~ matila bongkak~

jadiknyer dh blaja dr hata camner nak wat banner...matilah aku dah takde guru IT lg pasnih slps hata blk mesia..
motif dengan hata takde 'abang'? ahahha~ ala... kan ade link kat blog 'abang' ni... maka sila lawat.. ade tutorial potohshop jua~ FREE!

[apa yang aku fikirkan...]
[berguru itu lebih mulia]

puteri nad said...

zaki yg berada di australia,
aku da pass..hikhikhik~

Izham said...

owh begitu ker..sy biase dlm tenet ni name kena simple sket...supaya lbh sng difahami dan senang dikenali...

tp bila jumpa kat luar mmg sy akn tukar..utk menunjuk lbh respect katanyer...

Sufi is me said...

Nenek itu
kisahnya
sama seperti datuk saya.

Saya tak sabar nak balik jumpa dia!
T_T

DaRk AnGeL said...

iyyeaah~
terharau awe tak tukar template blog lmbg utk tatapan ku~
mmg awe.. selalu jengah blog awk sbb clark kent~
syg nya gmbr akk takde kat sebelah tu...
hehehehe.. [feeling clark kent sama lana lang~]

maka zkai.. jgn buli2 adik aku..

oh nad di london serta zaki di auztralia.. daku di netherlands ni pass jua katanyehhh.. tak nmpk kaler2 yg berterbangan di keliling ku ini~**? muahahaha... puas~ dan alhamdulillah~
hehehehe...

DaRk AnGeL said...

*terharu kat awe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...