Thursday, December 15, 2005

Mawi & Dadah - Komen kepada Comment

Buat pertama kalinya aku mendapat komen melalui blog aku. Aku dah agak dah kalau aku post pasal mawi, mesti ada yang membaca dan memberi komen. Anyway, I appreciate those who drop by my blog and give comment.

Namanya pun comment, so seiapa pun berhak untuk mengatakan apa sahaja. So, aku sebagai writer @ blogger blog ni juga berhak untuk berkata tentang apa sahaja comment yang dihantar kepada aku.

Ia menjadi lumrah kepada orang yang penakut untuk tidak menyerlahkan identity diri, di mana dalam comment yang aku terima, the sender was named “Anonymous”. Berikut adalah apa yang si Anonymous komen kepada aku:

U tahu tak sekarang semua wartawan dah lari dari mawi kalau ada pun semua ceriyta nagetive dia... ada cerita kata dia ambil dadah..masa kat sure heboh pun wahid kata bila tengok mawi teringat dia kat kawannya yassin sbb katanya karekternya sama.. --Posted by Anonymous to apa yang aku fikirkan... at 12/13/2005 06:06:15 AM

Dalam hal ini, aku memandang si Anonymous sebagai seorang yang sempit fikiran. Dia berada di dalam dunianya sendiri yang kurang menyukai mawi. Ataupun, mungkin dia pernah meminati mawi, tapi atas sebab tertentu, minat bertukar benci.

Anonymous mengaitkan mawi dengan dadah dan Yasin Senario. Pada aku, orang yang memilih mawi sebagai duta anti dadah adalah orang yang professional, tak macam Anonymous. Di samping menggunakan popularity mawi, latar belakang mawi yang pernah ada hubungan dengan penagih dadah sememangnya membantu kempen tersebut. Sekurang-kurangnya, mawi tidak bercakap kosong dalam ceramah anti dadahnya sebelum ini.

Sudah pasti, sebelum mawi dilantik menjadi duta antidadah, pihak professional tersebut sudah sedia menyelidik latar belakang mawi secara mendalam. Mereka bukanlah opportunist yang buta. Mereka opportunist yang celik, yang ingin membantu rakyat Malaysia khususnya belia supaya menjauhkan diri dari dadah.

Berbalik kepada si Anonymous, aku mengatakan dia sempit fikiran kerana tidak melihat perkara ini secara meluas. Mungkin kerana kebencian yang meluap-luap dalam dirinya menyebabkan dia memfitnah mawi sebegitu.

Berkata tentang wartawan, mungkin Anonymous juga wartawan. That’s why dia membuat kenyataan wartawan lari dari mawi. Dalam hal ini, aku hanya mampu untuk tersenyum sinis kerana perkara wartawan lari dari mawi ini seolah-olah menunjukkan Anonymous tidak berpijak di bumi nyata.

Pergi sahaja ke mana-mana kedai yang menjual majalah. Kedai mana yang tidak menjual majalah mahupun manga yang tidak ada gambar mawi? Siapa yang terlibat mengambil gambar dan kemudian menemuramah (sebagaimana kerja wartawan) kalau bukan wartawan dan krew-krew penerbitan majalah atau manga tu? Bagaimana pula si Anonymous boleh mengatakan wartawan lari dari mawi? Come on la Anonymous, be realistic!

Kemudian, si Anonymous mengatakan baru-baru ini dalam Melodi, wahid Senario mengatakan tengok muka mawi membuatkannya teringat kepada Yasin Senario. Coincidently, aku memang menonton Melodi ahad lepas. Tak tahu pula mawi akan muncul ditemuramah untuk mempromosikan Mamee, mungkin memang nasib aku hari tu baik.

Jadi, Anonymous tidak boleh menipu aku kerana aku sendiri menonton Melodi last week. Apa yang aku ingat, Wahid tak kata apa-apa berkenaan dadah dan Yasin, tapi dengan mudah si Anonymous mengatakan “masa kat sure heboh pun wahid kata bila tengok mawi teringat dia kat kawannya yassin sbb katanya karekternya sama” kemudian mengaitkan mawi dan dadah. It’s nonsense! Begitu singkat fikiran si Anonymous.

Berbalik kepada soal wartawan, aku agak kurang senang dengan seorang yang mengaku dirinya ‘wartawan’ yang pernah tergedik-gedik bergambar dengan mawi. Aku takut orang salah anggap dengan mawi je. Dia tu sukar sikit untuk dikenal pasti identity jantinanya. Serius! Bukan aku seorang sahaja yang keliru. Pernah sekali tu muka dia muncul kat Melodi, masa kes peletakan jawatan AJK mawifc. Lepas habis Melodi, aku buka channel @15 dan kemudian ada chatters yang bertanya berbunyi lebih kurang “yang rambut panjang komen pasal mawifc tu laki ke perempuan?”. Jelas di sini, memang identitinya agak sukar dicam pada beberapa kali pandang pertama.

Dulu, masa rapat dengan mawi, bukan main sanjung lagi. Tapi bila mawi dah tak layan, bukan main lagi dia kata mawi itu ini. Tak payah la aku nak kata apa ‘itu ini’ tu, tapi kalaupun tak puas hati dengan mawi, tak payah mengganggu majlis mawi. Masa lain banyak lagi! Lagipun mawi dah minta maaf dalam mesyuarat yang dihadiri AJK mawifc, pihak maestro dan mawi sendiri tak lama sebelum majlis pelancaran album tu.

Isu peletakan jawatan AJK tertinggi mawifc baru-baru ni ketika mawi sedang melancarkan album di PWTC, aku anggap sebagai satu perangai, fi’il, tabiat yang sangat tak beretika. Menggunakan kesempatan ramai wartawan ketika majlis pelancaran album mawi sangat tidak boleh diterima. Nampak sangat mereka tu terdesak.

Aku nak tegaskan kat sini, aku tak mengatakan si Anonymous adalah si wartawan tu. Tapi kalau betul, apa salahnya? Haha… aku cuma membalas kenyataan yang dikeluarkan melalui comment yang aku terima dan meluahkan rasa tak puas hati dengan wartawan tu. Betul la kata bos Maestro, ada individu tertentu yang menumpang popularity mawi. Hm… ciow!

1 comment:

Anonymous said...

bLOG yg simple tapi menarik..keep up your good work..like some ppl they like to write about cars, life whatever..how bout u? or just artises?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...