Monday, December 19, 2005

Menyelamatkan kucing daripada diseksa

jangan takut... first paragraphs takde kena mengena pasal kucing
Semalam aku ada program dengan persatuan SCIENCESS which is the society for Kulliyyah of Science students. Mula-mula aku rasa nak buat posting tentang komen aku tentang program tu, tapi aku kenselkan sebab ada perkara yang lebih menyakitkan hati aku hari ni, Ahad.

Siang tadi, aku bangun agak lambat sebab aku ngantuk sangat. Mana taknya, hari Ahad beb! Malam minggu enjoy la! Haha…

Sebenarnya aku isi malam aku dengan tengok VCD ngan roommates dan member odah aku. tak payah la aku bagitau apa yang aku tengok, tapi secara ringkasnya, cerita VCD tu banyak memberi pendedahan tentang dunia yang asing. Dunia yang pada diri aku dan member-member aku sangat asing, walaupun kitorang selalu agak berbicara tentang perkara tu. Selama kitorang hanya pandai berkata-kata tanpa menyaksikan, tapi sekarang, since kitorang dah tengok VCD tu, kitorang dah paham.

But, please don’t get me wrong. Tiada sebarang adegan yang terlalu melampau dalam VCD tu. I promise.

Petang hari Ahad, aku keluar dengan member aku ke Alpha Angle. Aku memang kena keluar sebab nak beli tali pinggang. Tali pinggang yang selama ini setia melilit pinggangku saban hari akhirnya dimamah usia (cewah bahse sastera!). Sedang aku syok membuang sisa dari badan, tiba-tiba kepala tercabut. Ops! Kepala apa? Hehe… kepala tali pinggang tu la… bukan kepala lain…

Maka melompatlah kepala belt tu ke dalam mangkuk tandas. Aku tanpa sebarang air mata di mata mengucapkan selamat berpisah kat kepala tu. Setelah sekian lama, akhirnya terpisah jua. Aku rasa ada la dalam dua tahun aku menuntut khidmat tali pinggang tu dan hanya tali pinggang itu sahaja! Ekor takkan hidup tanpa kepala, so aku dengan sedihnya menyemadikan ekor tali pinggang tu kat dalam tong sampah sementara kepalanya aku biarkan bersemadi dengan tenangnya kat dalam mangkuk tandas tadi… selamat tinggal tali pingang ku!

So, bertolaklah aku ke Alpha Angle dengan hati yang agak besy sebab hari minggu beb! Tak keluar tak bujang la! Haha…

Tapi, benda yang menjadi satu kebingungan bagi aku adalah sebelum aku bertolak keluar. Aku intai bilik yang ada kat tingkat bawah daripada floor aku. Aku nampak dalam bilik tu ada mamat tengah main dengan kucing. Yang felixnya, dia tutup kepala kucing tu dengan towel @ kain kecil. Tak ke felix tu? Aku dok perhati je. Tak puas hati, aku suruh member-member aku tengok sama. Pastu salah seorang member aku bagitau beberapa hari sebelum tu dia ada nampak kepala kucing tu diikat dengan palstik. Menyirap darah aku dengar mende nih!

Tapi aku sabar dulu. Takkan nak terus serang mamat tu kan? Macam-macam aku bermain dalam fikiran aku.

Merenung diri aku, aku nih memang tak boleh tengok kucing, lagi-lagi kalau kucing tu comel, bulu kembang, gemuk, rasa macam nak picit-picit je. Tapi geram-geram aku pun, tak de sampai nak menyeksa kucing macam mamat tu. So, bila aku nampak orang menyeksa kucing, hangin la aku!

Aku mewarisi sifat mak aku yang sayangkan kucing. Bapak aku pun suka kucing, tapi tak sehebat mak aku. Mak aku kalau geram dengan kucing (I mean geram sayang), dia akan picit hidung kucing tu. Adik beradik mak aku pun macam tu, so aku conclude benda ni dah macam inherited! Haha…

Tapi, tak macam mamat tu. Geram dia pada kucing membuatkan darah aku menyirap. Cuba fikir, normal ke manusia yang menyeksa binatang? Menutup kepala kucing dengan towel, dah pasti susah kucing tu nak bernafas!

Berbalik kepada aku keluar beli tali pinggang, hati aku masih tak puas hati dengan mamat. Rasa macam nak report kat office mahallah je!

Malamnya, aku macam dah lupa pasal kucing tu sebab aku rasa excited pasal bilik aku dah boleh connect wireless! Hooray! So, aku main je la internet, download sana download sini.

Bila malam dah makin matang, mata aku pun makin berat, walaupun jarm pendek jam aku menunjuk angka sepuluh, mata aku memang tak boleh tahan. So, aku decide tidur la. Rancangan asal nak tengok The Apprentice. Minat betul aku dengan rancangan tu. Tapi, since computer tu boleh record, so aku minta roommates aku rakamkan le.

Aku matikan lampu bilik, meratakan tubuh di perbaringan, sambil kepala cuba dikosongkan. Tapi entah mengapa, tiba-tiba emosi aku disentuh apabila kembali teringat kat kucing tadi. Tak boleh jadi! Aku mesti tengok balik kucing tu!

Adrenalin aku meningkat. Rasa berapi je hati ni bila nampak kucing tu masih diseksa mamat tu. Aku masuk bilik, minta tolong Awi jadi assistant aku. Awi, aku suruh tengokkan mamat melalui tingkap, sementara aku pi bilik mamat tu, nak sound dia dan bebaskan kucing tu.

Before that, aku nak pastikan mamat tu memang tengah tutup kepala kucing tu. Memang! Dengan plastic! Aku ngan Awi usha lagi, pastu mamat tu buka plastic tu, so aku rasa ok la, dia dah buka plastic tu.

But it didn’t stop there. Dia tutup pula kepala kucing tu dengan towel, siap dengan GETAH lagi! Tak boleh jadi! Confirm la tak bernafas kucing tu!

Aku tak fakir-fikir lagi dah. Aku melangkah ke bilik mamat tu, dengan hati yang tak berbelah bagi, aku berani. Apa nak jadi, jadilah. Aku tahu, aku berada di pihak yang benar. Aku tak nak nanti kat akhirat kucing tu menuntut haknya untuk dibela, sebab aku dah nampak ia diseksa.

Bismillah… hati aku berbisik, Allah berada di samping aku, untuk menyelamatkan haiwan yang sangat dicintai Abu Hurairah. Aku ketuk sekali, no respon. Aku tak bagi salam pun, muslim ke orang yang menyeksa haiwan? Lagipun, aku tak nampak lagi muka mamat tu walaupun aku intai dah dekat 10 kali!

Aku ketuk untuk kali keduanya. Tak de respon gak. Aku tunggu kejap. Rasa nak blah ada gak, tapi aku ketuk for the third time. Aku tunggu. Tak de respon. Huh! Penakut! Aku blah dari situ.

Aku naik, jumpa Awi. Awi bagi isyarat ‘Wait”. Aku pun senyap je. Then, suddenly, aku nampak mamat tu matikan lampu bilik dia. Tak boleh jadi! Aku turun ke level dia, aku pandang ke arah tingkap bilik dia. He was there next to the window!

Aku terus pandang muka dia. He looks like Malay guy, so aku Tanya “Melayu ke?”. Dia angguk, menjawab “ye”. Awi masih kat atas, perhatikan aku sound mamat tu. Tak pasti pulak Awi nampak atau tak muka mamat tu.

“Kenapa ko seksa kucing tu?”

Dia tak paham.

“Kenapa ko seksa kucing tu?”

Dia masih tak paham.

“Kenapa ko seksa kucing tu?” aku cakap pada kadar volume yang kuat tapi pada kadar kelajuan yang kurang.

“Mana ada” dia tak mengaku.

“Siang tadi aku nampak ko tutup kepala kucing tu, malam ni pun ko buat lagi, kenapa?”

Dia senyap. Speechless.

“Lepaskan!” kali ni aku betul-betul naik suara. Dia tanpa sebarang kata-kata bertindak mengeluarkan kucing tu, tunduk dengan arahan aku.

Aku pergi ke pintu bilik mamat tu, kucing dah dikeluarkan. Tapi kucing tu nak masuk balik ke dalam bilik tu. Mamat tu buka sikit je pintu bilik dia, cukup-cukup untuk keluarkan kucing tu. Aku tarik kucing tu. Aku tak nak mengeruhkan keadaan, aku tak cakap apa-apa lagi dengan mamat tu.

Aku bawa kucing tu balik ke bilik aku. Nasib baik dinner aku tadi tak habis, ada la sikit lagi daging lauk nasi goreng aku tadi aku tak jamah. Muak! Aku halakan hidung kucing tu kat daging tu, ia cium. Tapi mungkin sebab tak selera, ia tak makan.

Aku paksa ia makan. Tak nak gak. Tak pe la. Mungkin pengalaman ngerinya menyebabkannya fobia. Aku tak boleh nak paksa lagi.

Lepas tu, aku hantar kucing tu ke café dengan harapan kat situ ia akan mendapat makanan dan dijauhkan daripada mamat tu. Masa aku melangkah pergi dari kucing tu, ia mengiau, seakan-akan menangis. Aku menoleh, ia berjalan ke arah aku. biar betul kucing ni!

Aku tenung je kucing tu. Aku melangkah lagi, ia ikut beserta tangisan. Aku pandang balik. Kemudian kucing tu membelokkan langkah ke tempat lain, tapi masih lagi dengan ngiauan penuh simpati. Aku tak boleh tahan… tapi aku gagahkan langkah meninggalkan kucing tu.

Maka tamatlah cerita menyelamatkan kucing daripada diseksa. Aku tak nak tengok muka mamat tu lagi, kalau tak rasa benci akan membuak-buak dalam hati aku. There’s no reason for a mentally healthy man to do such thing on cat!

Terima kasih Awi sebab tolong aku…

Malam tu, rasa ngantuk aku hilang. Aku sempat la tengok The Apprentice. Aku ceritakan semuanya kat roommates dan member aku yang lain masa tengok rancangan tu. Berani kerana benar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...