Friday, December 23, 2005

tahniah SAMBEST atas kecemerlangan dalam PMR 2005

assalamualaikum semua...

aku sungguh berbangga dengam sekolah aku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 baru-baru ini. lebih membanggakan kali ni salah seorang pelajarnya merupakan antara top scorers di peringkat kebangsaan.

apa yang aku harapkan, mereka yang cemerlang PMR di sambest akan terus kekal di sana sehingga tamat SPM dan naikkan nama sambest dalam SPM pula. dalam banyak kes tahun-tahun sebelum ni, ramai yang keluar selepas habis PMR dan pergi ke sekolah yang dianggap "lebih baik" daripada sambest.

sebenarnya, apa yang menjadi ukuran sama ada baik atau tidak sekolah itu bergantung kepada pelajar-pelajarnya. jadi, mereka yang cemerlang PMR inilah yang akan mencemerlangkan sambest dalam SPM 2 tahun kemudiannya. amin...

ada gambar masuk kat surat khabar. nanti aku letak k?

aku tak boleh lama-lama ni, dah nak azan... semayang jumaat woi! pastu aku ade program ngan SLEU. nanti aku wat posting tentang program tu ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...