Monday, June 19, 2006

Cubaan Photoshop I

Tadi kali pertama aku guna software photoshop. Cool! So far, aku baru explore macam mana nak ubah warna bagi gambar-gambar yang sedia ada. Macam-macam ada! Gambar yang menjadi bahan eksperimen adalah gambar ketika berada di USM.

Gambar asal.

Tukar warna baju aku jadi merah.

Suka gila gambar ni... Macam lukisan hitam putih pulak!

Macam gambar kat soleniod (betul ke eja camni?)

Tak tahu macam ape...

No caption. Blank.

Owh sangat retro! Macam gambar masa zaman 70-an.

Lepas ni, aku akan explore lebih lagi akan photoshop ni. Penatnye explore~ (^_^)

Sunday, June 18, 2006

Menonton VC Hantu (Dikemaskini)

Sebelum aku mengomel lebih panjang, ingin aku ingatkan bahawa isi posting ini hanya sesuai untuk anda yang kuat semangat. Kalau tak, cepat tekan butang pangkah nan indah kat penjuru atas kanan tu!

Dan juga, setelah mendapat beberapa komen bahawa gambar-gambar dalam post ni tak jelas jadi aku nasihatkan korang donlod sendiri dan tengok. Link ada kat bawah. Aku juga dah kemaskini beberapa caption. Baca la...

Malam tadi, abah, mak dan Awi pergi ke parti hari jadi saudara. Jam 11 baru balik. Sampai sahaja di rumah, Awi mengkhabarkan dia dapat satu video klip tentang pencarian hantu daripada seorang saudara di sana. Aku memang suka tengok cerita hantu! Lebih-lebih lagi kalau yang jenis realiti, syok!

Dalam VC ni, aku sangat tertarik dengan isinya kerana berjaya menjentik rasa takut dan seram dalam hati aku. Bukan mudah sebenarnya untuk aku percaya cerita-cerita hantu ni, tapi berdasarkan apa yang dihidangkan dalam VC ni, ia nampak benar. Tetapi, banyak perkara boleh di'argue' bersama..

Satu perkara yang sarat bermain di minda aku, boleh ke hantu dilihat secara fizikal? Dalam VC ni, hantu tu disuluh dengan torch light sebagai sumber cahaya untuk memastikan kamera dapat menangkap imej hantu. Siap ada close-up muka pocong dan pontianak. Soalan aku, bukankah itu fizikal? Hantu kerap dikaitkan dengan fenomena spiritual, which is beyond camera's capability. Sesiapa ada penerangan?

Sesiapa yang nak VC ni, sila berikan email kepada aku. HANYA DI BAHAGIAN KOMEN, BUKAN DI TAGGY.

Kat bawah ni aku ambil gambar daripada laptop aku menggunakan henpon setelah beberapa gagal untuk print screen. Sangat geram! Maaf kualiti gambar kurang memuaskan...

Ada mamat yang sedang terbaring di bawah, kerasukan. Di belakang pula yang kain putih itu adalah hantu.

Mamat yang duduk juga sedang kerasukan. Di belakang pula imej hantu berpakaian serba putih. Gambar kepala tidak nampak.

Imej hantu yang lebih jelas. Kenapa mesti rambut tu ke depan?

Dari kiri: Hantu pelik, mamat ketakutan, dan mamat berani. Mamat ketakutan yang aku maksudkan sedang merapatkan kedua-dua tapak tangan dan diletakkan di kepala. Seperti orang Cina bersembahyang la senang kata.

Close up jari hantu pelik. Berapa lama bela kuku tu ye?

Hantu pocong sebelah kanan.

Close-up hantu pocong. Boleh pulak kamera ni duduk dekat dengan pocong ni ye? Pocong tu pun syok je gambar dia diambil... Hohoho...

Pontianak. Kenapa mesti di belakang pokok?! Sangat klise! Turut tertera caption berbunyi "Penampilan arwah perempuan".

Close up pontianak. Berapa lama agaknya nak buat rambut kerinting camtu ye? Mancung hidung tu!

Sesiapa yang nak donlod, klik di sini. File ni sebesar 31MB dan akan luput tarikh keavailabilitynye dalam tempoh 7 hari berkuatkuasa 18 June 2006, pukul 3 petang waktu Malaysia.

Thursday, June 15, 2006

Kes Khalwat Pelajar UIA, dari Sudut yang Lain

Aku dapat maklumat ni daripada Bulletin Board Friendster. Ramai jugak yang support si Farrah Aina tu. Since aku pernah buat posting pasal dia ni, aku tak nak la berat sebelah. Korang baca pulak apa cerita yang diceritakan oleh pihak di sebelah kawan-kawan yang rapat dengan Farah Aina.

All the facts are twisted up. Pkul 1 Pagi..? 3
kali pegi..? Pandai btul reporter tuh. Saje nak
menghangatkan crite. Supaya surat khabar laku.

Ok. Akma nak tanyer. Knape Farrah bley tenang kat
mahkamah time dibacakan tuduhan? Tak haru-biru
tutup2 muka mcm pesalah2 lain? Sbb dia tak salah.
Tp dia ngaku gak? Sbb tamau bsing2 smpi uia tau.
Kalau tak ngaku salah, bicara n penjara bla bla
bla lagi pjg crite n lagi lame jdnyer. So, byr
denda. semua dah settle.

But now look what happened. ntah cmne ade org dlm
seludup kuar kes kutt or maybe tak perasan ade
reporter yg amik gmbr curik n brite utk sensasi2
surat khabar. I dunno how. Mention nama UIA,
memakai BAJU KURUNG n TUDUNG, Taruk gmbr bsar2
plak tu (Akma dga). What's the purpose? Nak
jatuhkan nama UIA rite? Nak buktikan yg pkai
tudung lagi teruk dari yg tak pkai tudung??? Pls
laaa. Stop bitching every single detail. Everyone
is not happy now. Why add salt to the wound???
Makin pedih jdnyer. Farrah kne expel dari UIA.
Would everybody be happy with that? Of course not!!

Ok. Lemme tell you what really happened. Weeks
ago, Gustavo nak hantar farrah blk umah makcik
dier. Sggh apartment Gustavo dlu ard 9pm (sumber
dar Nad), paper ckap kul 11 mlm n tangkap kul 1
pagi ekk?. See, facts are twisted up! Gustavo sggh
apartment dia, nak tukar baju kjap. Farrah tggu
kat bwh apartment. Kne kaco ngan org2 laki. So,
dier naik laa atas. Tgk2 rumah, tetibe org dtg
ketuk pintu. Kne serkup. Apehal..? Gustavo called
his manager to come n help. Dia ckap jgn buka
pintu selagi pengurus Gustavo tak dtg. He arrived
at 11++ pm. That's when the penangkapan berlaku.
Things are twisted up to make the story even hotter.

I want 4 saksi yg bley buktikan she really is
guilty doing what they accused her.

She's NOT GUILTY. She didnt do anything. She's Juz
at the wrong place at the wrong time. So, ASK
THOSE PPL OUT THERE TO STOP BTCHING MY BESTFWEN!!!

Di atas menceritakan kisah penangkapan. Bukak post yang lain dalam Bulletin Board, yang ni pulak aku dapat;

Aku kat sini bukan aper, tapi sekadar nak
menyatakan sokongan gak pada kawan aku yg
'terpaksa mengaku' kesalahan yang dier sendiri tak
buat, kebelakangan nie pihak penguatkuasa agama
memang suka ambik kesempatan sesuka hati.
Slalunyer kalo ader orang report, mesti datang
dengan cepatnyer supaya senang dpt carik kesalahan
orang lain sambil menangkap sesaper.
Aku bnyk kali dengar pasal jalinan antara
penguatkuasa agama + polis + wartawan, diorang mmg
jenis yang suka sgt nak tangkap org yg tak
bersalah sambil memaksa org tak bersalah mengaku
bersalah. Ini disebabkan oleh, bila pihak
penguatkuasa agama and the geng tak dapat tangkap
orang yg disyaki, mula la kalo jumper orang tu,
selalunyer depan org ramai bersama pon dua2 suspek
walaupon suspek tak berdua-duaan, contohnyer kat
tgh2 restoran terbuka, penguatkuasa nie, asalkan
dapat cekup suspek walaupon siorang blom buat
ape2, tgh2 restoran terbuka lak tu..... nak tunjuk
buat keje.
Aku tau bende2 camnie since sedara aku penah
jadik pemberita surat khabar BH ngan RTM, jadik
diorang citer taktik2 wartawan utk kontek
polis(arwah tok aku polis) ngan penguatkuasa
agama, then dapat maklumat sket2 seterusnyer
exergerate dlm sokkabar utk bg laku citer2 fitnah
camtu.

Aku tak mahu banyak komen. Sekarang dua-dua pihak dah bersuara. Aku masih lagi dengan pendirian aku untuk tidak hurai banyak-banyak sebab aku bukannya sapa-sapa pun. Aku hanya baca daripada surat khabar dan menyampaikan. Sekarang ni member-member Farah Aina dah bangkit, menyatakan perkara yang orang ramai tak tahu. Korang plak, apa yang korang fikirkan?

Wednesday, June 14, 2006

Kucing Pencuri

Fakta Kes: Seketul ikan goreng didapati hilang daripada pinggan seorang tua yang mahu makan malam. Mangsa yang hanya dikenali sebagai "Nenek" membuat pengaduan kepada pihak mahkamah bahawa beliau kurang jelas dengan imej suspek berikutan masalah matanya yang rabun. Akibat kecurian ini, beliau tidak berselera untuk makan malam. Kejadian dilaporkan berlaku pada awal maghrib, lebih kurang pukul 7.30 malam di kamar tidurnya. Gambar-gambar di bawah diambil daripada Bahagian Siasatan Forensik.

Pinggan yang kosong. Tidak terdapat sebarang kesan cap jari dikesan menerangkan suspek tidak menggunakan tangan untuk mencuri.

Mangsa - Nenek.

Tempat kejadian, kamar tidur Nenek.

SUSPEK-SUSPEK: Empat ekor suspek telah dikenalpasti. Mereka didapati ada kaitan dengan kes pencurian ini dan tiada sebarang alibi untuk memadam nama mereka daripada barisan suspek. Siasatan sudah dihentikan kerana pihak forensik sudah berputus asa setelah tiada tanda-tanda lain yang boleh dijadikan bukti.

Profil Suspek #1: Bernama Ayoo, ia adalah seekor kucing yang agresif. Namun begitu, menurut kenyataan yang diambil daripada tuannya, ia tidak pandai makan ikan goreng mahupun ayam goreng kerana tidak didedahkan sejak kecil. Jika diberi juga, ia hanya bermain-main dengan ikan goreng atau ayam goreng itu. Ia hanya pandai makan makanan khas kucing seperti Friskies dan Whiskas. Namun begitu, ini tidak boleh dijadikan alibi yang kukuh kerana ia masih seekor kucing yang bersifat karnivor.

Profil Suspek #2: Baru sahaja dibawa pulang ke tempat kejadian selepas beberapa minggu dibela di tempat lain (kedai). Seeor kucing yang tamak dengan makanan, ia adalah kucing yang paling junior di kalangan suspek. Apabila makan berjemaah bersama kucing-kucing lain, ia akan cuba sedaya upaya untuk menguasai semua makanan tersebut walaupun pada hakikatnya makanan tersebut cukup banyak untuk dihabiskan oleh seekor kucing. Apatah lagi bagi kucing berusia kurang 2 bulan ini.

Profil Suspek #3: Adik beradik satu 'batch' dengan Ayoo, kucing yang lembut dan lemah gemalai ini diberi nama Inner. Walaupun berjantina jantan seperti Ayoo, tetapi tuan kepada kucing ini melaporkan sifatnya tidak ubah seperti kucing betina. Ia duduk sebaris dengan suspek yang lain kerana ia ada bersama mereka ketika waktu kejadian. Sama seperti Ayoo, ia tidak pandai makan ikan seekor atau ayam seketul (jika diberi) dan pernah ditangkap menceroboh tudung saji pada suatu ketika dulu.
Profil Suspek #4: Kucing yang paling senior, ibu kepada Ayoo dan Inner. Seekor kucing yang setia menunggu di sebelah dulang apabila mangsa, Nenek sedang makan. Memandangkan ia adalah kucing yang paling senior, pengalamannya dalam hal curi-mencuri boleh dikatakan luas tetapi semenjak kebelakangan ini, ia tidak lagi aktif kerana disyaki sedang bunting.

Maklumat Tambahan: Keempat-empat suspek di atas belum diwakili peguam bela. Mereka sedang mencari peguam bela yang paling layak untuk membela mereka daripada disabitkan sebagai pesalah.

Tugas Para Juri: Anda sebagai juri awam dikehendaki untuk memilih mana satu suspek yang paling berkemungkinan untuk dikenalpasti sebagai pesalah berdasarkan profil-profil suspek yang telah diberikan di atas. Pihak forensik gagal menemukan bukti-bukti yang sahih untuk mensabitkan salah seekor daripada mereka.

Tuesday, June 13, 2006

Blogthings

Your Ideal Pet is a Cat

You're both aloof, introverted, and moody.
And your friends secretly wish that you were declawed!
What's Your Ideal Pet?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Your Personality Is

Rational (NT)


You are both logical and creative. You are full of ideas.
You are so rational that you analyze everything. This drives people a little crazy!

Intelligence is important to you. You always like to be around smart people.
In fact, you're often a little short with people who don't impress you mentally.

You seem distant to some - but it's usually because you're deep in thought.
Those who understand you best are fellow Rationals.

In love, you tend to approach things with logic. You seek a compatible mate - who is also very intelligent.

At work, you tend to gravitate toward idea building careers - like programming, medicine, or academia.

With others, you are very honest and direct. People often can't take your criticism well.

As far as your looks go, you're coasting on what you were born with. You think fashion is silly.

On weekends, you spend most of your time thinking, experimenting with new ideas, or learning new things.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Your Love Life Secrets Are

Looking back on your life, you will have a few true loves.

You've been deeply wounded in the past, and you're still recovering from that hurt.

You expect a lot from your lover - you want the full package. You tend to be very picky.

In fights, you are able to walk away and calm down. You are able to weather the storm.

Getting over a break-up doesn't take long. Easy come, easy go.
Your Love Life Secrets, Revealed

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Your Blog Should Be Blue

Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere.
You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant.
From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.

Monday, June 12, 2006

Pelajar UIA Disabit Kesalahan Khalwat


Petikan daripada Harian Metro, 12 Jun 2006.

Edisi Timur: 'Saya taubat tak buat lagi'
Oleh Adnan Mohamad

KOTA BHARU: “Saya bertaubat dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi,” kata seorang pelajar yang dituduh berkhalwat dengan seorang pemain import pasukan Liga Perdana Kelantan, semalam.

Tertuduh, ttttooooooootttt, 21, mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat iaitu berkurung sehingga boleh mendatangkan syak dengan warga Argentina, Gustavo Alberto Romero yang bukan beragama Islam. ...more

*gambar diambil dari
mawifc.com, kredit kepada videomawi.


Aku kenal minah ni, pasal sama-sama satu course masa kat matrik UIA, tapi rasanya tak pernah sekelas. Kenal muka dan nama je. Aku malas nak hurai panjang-panjang, kang pindah ke Kuantan kang, jumpa dia jugak. Maklumat tentang diri dia, aku tak nak sebarkan kat sini, kalau nak tau gak, bace je la kat link yang aku letak kat atas, itu pun kalau belum expired.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, jaga maruah diri dan keluarga! Dalam berita ni memetik si pesalah sebagai berkata "
Ibu bapa saya hantar ke mahkamah tetapi tidak hadir kerana malu." MALU!!! Habis satu Malaysia dah tahu! Siap muka terang-terang keluar kat surat khabar tu! Na'uzubillah... Cukup sampai di situ, malas aku nak bebel lagi. Ambil pengajaran.

Sunday, June 11, 2006

Perpindahan ke Kuantan (dikemaskini)

Sudah beberapa kali saya mengeluh tentang perpindahan ke Kuantan. Ada juga rakan-rakan sekulliyyah yang masih teguh mahukan pembatalan perpindahan ini kerana dasar kukuh yang sudah mereka bina di Gombak. Contohnya, Matiin yang saya lihat sangat dukacita dengan berita perpindahan ini kerana beliau sangat kuat penglibatannya dalam persatuan debat bahasa inggeris di UIA. Saya pasti beliau memasang angan-angan dan cita-cita yang tinggi dalam bidang ini, bukankah begitu Matiin?

Makmal Anatomy di E5.

Juga, saya lihat ramai yang kurang setuju di kalangan senior (yang dah nak graduate) kerana perpindahan selama hanya 1 sem bolah dianggap remeh. Selama 3 tahun setengah telah mereka abadikan di Gombak, dan akhirnya terpaksa menamatkan pengajian mereka di Kuantan pula. Saya tergelak membaca satu komen di Bulletin Board Friendster di mana ada yang mengatakan “tak sempat nak berhabuk bilik kat Kuantan tu, dah habis pengajian”. Haha.... Betul juga!

Bangunan Engineering di mana Kulliyyah of Science menumpang - E0. E = Engineering.

Semakin hari, semakin dekat masanya untuk semester depan bermula, dan bermaksud makin pendek juga cuti 3 bulan saya. Sudah pasti isu yang hangat bakal diperkatakan di kulliyyah nanti adalah isu perpindahan ke Kuantan ini. Saya pasti pihak pentadbiran sudah bersedia untuk menerangkan kepada pelajar sebab-sebab kukuh perpindahan ini harus diteruskan.

Pemandangan di E0 lagi.

Dalam pertemuan kali terakhir, kami (pelajar Sains Bioperubatan) dijelaskan bahawa hanya 10 orang junior yang baru mendaftar akan dipindahkan ke Kuantan manakala kemasukan baru akan terus ke sana. Jadi, kami yang sudah lebih senior berasa lega dengan pengumuman itu.

E0 dari atas pula.

Alih-alih, berita terbaru ini sangat mengejutkan! Bukan sahaja pelajar Sains Bioperubatan, tetapi keseluruhan Kulliyyah of Science (termasuk sekali jurusan Bioteknologi dan Sains Matematik). Khabarnya, ini adalah arahan daripada Kementerian, jadi pihak universiti terpaksa akur dengan keputusan ini. Khabarnya juga, bilangan pelajar Kejuruteraan semakin meningkat, jadi menyebabkan kami terpaksa diusir ke Kuantan. Ini kerana, sebenarnya kami hanya menumpang di bangunan Kulliyyah of Engineering. Kulliyyah of Science (KOS) tidak mempunyai bangunan yang khusus sepertimana Kulliyyah of Engineering, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) dan Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED).

Kelas di E0. Ada rupa U tak?

Saya secara peribadi pada awalnya sukar untuk menerima kenyataan ini. Tetapi setelah berfikir beberapa kali, saya akhirnya memilih untuk pasrah kerana itulah jalan yang terbaik. Jika saya terus memendam perasaan benci akan perpindahan ini, saya khuatir ia akan menjejaskan tumpuan saya ketika berada di Kuantan kelak. Tambahan pula, saya sendiri pernah merasakan pengalaman ketika berada di SAMBEST kerana saya tidak bersedia dari segi mental ketika awal perpindahan saya ke situ. Natijahnya, pada awal tingkatan empat, saya banyak menyendiri dan tidak menyerlah dari segi akademik.

E0 daripada sudut yang lain. Di sinilah kami menghabiskan masa setiap hari jika ada kelas.

Sedikit demi sedikit, saya mula membiasakan diri dengan suasana kehidupan di asrama. Walaupun agak lambat untuk ke arah itu, tetapi saya rasakan ada hikmah di sebalik semua itu dan terbukti apabila saya agak cemerlang (cuba untuk merendah diri) dan akhirnya mendapat keputusan yang membanggakan dalam SPM. Alhamdulillah...

Pelajar Perubatan di Kuantan. Bersedialah menerima kehadiran kami!!! Mereka adalah satu batch dengan saya di matrikulasi UIA.

Pelajar Farmasi di Kuantan. Satu batch dengan saya. Pernah duduk sekelas dengan mereka kerana saya adalah bekas pelajar Farmasi di matrikulasi UIA sebenarnya.

Rakan-rakan sekelas. Korang dah sedia nak pindah?

Berbalik kepada kisah perpindahan Kulliyyah of Science ke Kuantan, kini saya bersedia untuk berpindah bila-bila masa sahaja, walaupun khabarnya ia dijadulkan pada bulan November. Walaupun kampus Kuantan dikatakan banyak kekurangan berbanding kampus Gombak, saya akan menghadapinya dengan positif dan menganggap semua itu sebagai cabaran. Namun begitu, jika tak jadi pindah, HOOOORAAAYYYYY!!! :)

Gambar tambahan: Rakan sekelas saya yang lelaki... (setelah ditohmah... haha~)

Asmawi Ani Dali, Fahmi, Zubir, saya, Faqak Faqar...

Dari kiri; Anas (duduk), Zubir (lagi sekali), Hanad (dari Sudan) dan er.... perlu ke nak kenalkan?

Friday, June 09, 2006

HaloScan dan Buku Baru

Motif pergi berperang katanya... Hehehe~ baju beli kat Morib...

Tadi aku cuba la tukar ruang komen kepada HaloScan, tapi akhirnya aku menarik balik keputusan aku bila semua komenan yang sebelum ni HILANG! Bagi aku, komenan yang lepas banyak meninggalkan memori, lebih-lebih lagi dalam posting tentang Belajar di Luar Negara.

Tapi disebabkan tidak mahu mensia-siakan akaun Haloscan yang sudah aku daftar, aku install ia dalam blog aku yang kedua. Pandai-pandai la cari.... Haha~

Apart from that, semalam aku beli majalah PC sebab tertarik dengan sisipannya yang mengajar cara-cara menggunakan Adobe Photoshop dan Flash. Sebenarnya susah nak cari majalah ni, sama ada keluarannya tak sampai ke Banting (lambang kurang sambutan), atau cepat sangat habis (lambang banyak sambutan). Tapi semalam masa singgah di Klang, aku ternampak majalah ni lalu membeli. Aku harap akan dapat terus melanggan majalah ni setiap bulan selepas ni selain majalah-majalah lain. Habis la duit aku dekat buku je!

Muka depan Majalah PC yang terbaru.

Dan masa singgah di Morib baru-baru ni, aku beli novel ni Rahsia Mimpi. Sebuah novel yang sebumbung dengan tulisan Ramlee Awang Murshid, iaitu Alaf 21, buku ni adalah tulisan Zaifuzaman Ahmad. Aku belum habis baca lagi. Baru mula bab satu...

Hatiku di Harajuku

Setelah tertarik dengan beberapa novel tulisan Ramlee Awang Murshid, akhirnya saya akur untuk memiliki sendiri novel itu. Tetapi bukan yang sudah saya baca, tetapi novel terbaru - Hatiku Di Harajuku. Terima kasih kepada rakan-rakan odah yang memperkenalkan nukilan Ramlee Awang Murshid kepada saya dan sesungguhnya apa yang dapat saya rungkaikan tentang novel-novel yang lepas dan yang terbaru ini, hanya satu frasa yang saya celup dari Mawi --> Memang WORLD la!

Photobucket - Video and Image Hosting

Berikut adalah sedikit intipati di muka belakang novel ini:

Ryu Watanabe berasa tidak di rahmati; lahir dipenjara dan dibesarkan di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan adalah maut.
Sabrina tertarik mendengar kisah cinta diantara cinta Yakuza ~ Ryu Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.
Dan bagaikan kebetulan... saat itulah Ryu Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandangan pertama. Noriko cemberu dan berdendam. Akhirnya, cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi satu saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yang tidak akan anda gemari!


Photobucket - Video and Image Hosting
Penulis bersama novel nukilannya. Kredit kepada http://fadzliali.fotopages.com/

Komen szakif:

Secara peribadi, saya rasa wang sebanyak hampir RM20 yang saya laburkan untuk novel ini berbaloi. Ini kerana saya amat terhibur apabila saya ketawa, sedih, geram dan bermacam-macam lagi emosi seiring dengan ayat-ayat yang sedang saya baca. Saya sendiri tidak dapat mengagak dengan tepat beberapa scene dalam cerita ini. Namun begitu, babak pertemuan dua ikatan darah yang sekian lama terpisah mungkin berbunyi klise, tetapi jalan ceritanya diolah dengan baik sehingga saya sendiri tidak menyangka sekompleks itu jalan ceritanya.

Apa yang lebih menarik minat saya adalah, walaupun hakikatnya saya membaca novel thriller, sebenarnya jangkauan ilmu dalam novel ini bukanlah hanya setakat ayat-ayat novel semata-mata, tetapi turut dimuatkan tazkirah, ilmu angkasa, ilmu persenjataan, bahasa dan sudah pastinya, geografi Jepun dan bermacam-macam lagi. Ini membuktikan Ramlee Awang Murshid bukan menulis secara membutatuli, tetapi beliau turut melakukan research bagi memastikan isi novelnya tidak kosong. Hasilnya, pembaca dapat menambah sedikit ilmu selain menghiburkan hati dengan menyelami watak Ryu Watanabe yang penuh cabaran dalam hidupnya.

Nota: Member-member odah! Safwan dah tempah dulu, pastu Syuq... Pastu sape pulak? Yang berada di seberang laut, sila beli sendiri ok~ Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, sila bersungguh-sungguh... Ad'u lakum bittaufiq wannajah.... Ameen...

Wednesday, June 07, 2006

Melawat Morib

Setelah mendapat desakan daripada Kak Sya supaya pergi ke Morib, meninjau karnival yang sedang berlangsung, akhirnya aku akur jua. Ehehhe~ desakan ye Kak Sya... :)) Speku ok~

Tapi malangnya gambar di atas sahaja yang berjaya diambil kerana hensetku kekurangan ion-ion aktif! Tataplah gambar aku yang nampak kurus di atas.... Ahahah~

Dalam karnival ni, aku tak jumpa apa-apa yang membezakannya dengan karnival-karnival sebelum ni. Bosan pun ada juga. Penganjur sepatutnya mengambil inisiatif untuk membuat kelainan dalam karnival akan datang bagi memastikan Pantai Morib kekal popular di Selangor. Asyik-asyik buat jualan, lepas tu panggil artis-artis taraf funfair untuk buat show. Bayangkan, sapa kenal Nas Adila? Sape kenal cakap!!! Kalau panggil Mawi ke Siti Nurhaliza, confirm Morib penuh dengan pengunjung lantas menaikkan rating kepopularan pantai berkembar ni yang khabarnya akan tenggelam dek penangan Pantai Kelanang yang semakin membangun.

Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Kuala Langat juga harus memainkan peranan dalam memastikan pelancong luar dan tempatan menjadikan Pantai Morib sebagai destinasi singgahan wajib apabila menjejak bumi Selangor.

Dahulu, Morib dikenali kerana turut terdapat zoo ditempatkan di sini. Jadi pengunjung bukan hanya dapat menikmati keindahan pantai, malah dapat menyaksikan riak sorak haiwan-haiwan. Namun begitu, zoo tersebut kini tiada lagi. Pada sekitar awal 90-an kalau tak salah, zoo ini dimusnahkan/dipindahkan atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tahu. Maklum la,masa tu kecil lagi. Nasib baik sempat melawat zoo tu. Hm~ masih lagi terpalit secebis kenangan berada di zoo tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...