Sunday, June 28, 2009

Jika Satu Hari Nanti, Aku Seorang Ayah...


Akan kubawa anak-anakku ke masjid bersama-sama, menunaikan solat-solat fardhu dan mengikuti program-program di situ. Biar mereka jadikan Islam sebagai tonggak utama hidup mereka.

Akan kucambahkan sikap berfikir secara kritis dan berbicara dengan lancar. Itulah yang akan membantu mereka untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini.

Akan kupastikan mereka tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Kerana manusia hidup dengan bermacam-macam topeng. Mungkin topeng itu senyum, tapi mulut di belakangnya menyeringai.

Akan kusuapkan mereka dengan makanan-makanan yang sihat dan kutegah mereka daripada makanan-makanan yang tidak menyihatkan. Makanan di sini bukan hanya merujuk kepada makanan untuk perut sahaja, tetapi makanan jiwa juga. Kerana apa-apa yang mereka makan hari ini menentukan apa dan siapa mereka akan jadi pada hari esok.

Akan kuusung anak-anakku ke pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta apabila kupunya sebarang urusan di situ. Biar dia belajar bahawa hidup ini penuh dengan urusan-urusan birokrasi di sana sini.

Akan kugalakkan mereka menyertai pertandingan-pertandingan yang mencungkil bakat terpendam mereka. Biar mereka tahu, mereka sebenarnya boleh melakukan lebih daripada apa yang mereka fikir mereka mampu.

Akan kubawa anak-anakku ke bengkel apabila kenderaanku rosak. Biar mereka belajar hal-hal teknikal berdasarkan pemerhatian mereka.

Owh aku rasa aku tak mampu nak senaraikan semua lah!

Tapi yang paling penting buat masa sekarang, aku perlu menyiapkan diriku dulu. Contohnya, biasakan diriku solat di masjid, melembutkan hati apabila dikritik, jaga akan pemakananku, biasakan diri dengan urusan-urusan yang melibatkan birokrasi dan sebagainya.

Dan... Er... Belum pun kahwin dah sibuk buat entri macam ni! Hoi!

16 comments:

iEmah Razak said...

nak jadi besan ko la!

En. Kunang Kunang said...

Aku doakan ko kahwin cepat2-lah. Amin!

Unknown said...

iemah:

tengok ah cane. ko nak bela anak ko betol2 tak? huahua~

Akmal Azeman said...

ok. aku gler tak melawat blog so aku taktau ko da tukar layout. hahaha. aku da klua dr 'kepompong emosi'! yaehhh!!! hihi

anyway. all i want to b whn i hv children is to be able to 'talk' wit em. masyarakat malaysia kekurangan 'bicara'. everyday kalau bley ucapan i love u or sy syg kamu or im proud of u or have a gud day or im sori or sori about yesterday etc akn mnjadi habit. i believe communication is the key to raise good healthy children, mental dan fizikal.

Unknown said...

kunang2..

:)

amin..

Unknown said...

kema..

indeed you're true and that makes me smile in sadness :)

iEmah Razak said...

insyaAllah, anak aku akan jadi sebaik mak dia.

AMin!

Unknown said...

iemah:

er.. aku plak nak anak2 aku jadi lebih baik drpd parents mereka :)

As said...

hopefully sume parents think the same...

Unknown said...

kalau macam nie,aku nak kawin dgn kau lah :) hehehehehe,

semoga berjaya!

scOotBerry said...

zaki berangan nk jd ayah daaa~
xlame lg la tuh~

Unknown said...

as...

tu a...

Unknown said...

miss typical:

haha.. sila isi borang :P

Unknown said...

intan:

huhu..

Anonymous said...

bgus ea...susah nk jumpa llki bfkiran cam ko skrg...btw ko pasti jadik ayah yg baek satu ari nnt..amin....

FRM said...

Bsa cite2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...