Monday, May 24, 2010

Nikmat Seorang Suami

Kredit gambar: Shahfazrie Miskon

"Abang, apa perasaan abang bila pertama kali tengok sayang tak bertudung?"

"Abang rasa special. Sebab cuma abang je yang bukan mahram sayang yang boleh tengok rambut sayang."

Sejurus itu, dia tidak memberikan sebarang komen melainkan sebuah senyuman manis. Ah, begitu manis senyumannya ketika itu. Sebuah keikhlasan yang diterjemah daripada sebuah bahasa kesyukuran yang kulafazkan sebagai seorang suami yang mendapat kelebihan menatap rambutnya tanpa rasa bersalah, apatah lagi berdosa.

Bagi suami dan isteri, tiada lagi aurat antara mereka. Bagiku, inilah nikmat menjadi suami.

Masih aku ingat lagi artikel yang pernah aku baca mengenai nilai aurat seorang perempuan yang begitu tinggi sehinggakan perlu disorokkan daripada panahan mata lelaki-lelaki bukan mahram. Ia umpama mutiara di dalam cangkerang yang tersorok jauh di dasar laut.

Selepas perkahwinan ini, pemahamanku terhadap artikel itu semakin meningkat. Ia bukan sekadar secara teori sahaja, tapi kini secara praktikal juga. Barulah aku faham mengapa sewajibnya seorang muslimah menyorokkan bahagian tubuhnya yang haram untuk dilihat lelaki ajnabi. Sungguh!

Bagi pihak perempuan, seharusnya memberikan suami rasa dan perasaan yang sangat istimewa berbanding lelaki lain. Biarlah kalian simpan perhiasan tubuh yang ada pada diri kalian khas untuk suami kalian sahaja. Jika mata-mata lelaki lain boleh menjamah dan berasa kenyang dengan apa yang kalian tonjolkan, sesungguhnya kalian telah memberikan keistimewaan yang hanya ada pada suami kalian kepada lelaki lain juga.

Bagi pihak lelaki pula, apalah erti menjadi suami, dan apalah erti memberikan mahar perkahwinan, jika hidup berumahtangga tetapi berkongsi hiasan dunianya dengan orang lain...

:)

14 comments:

Anonymous said...

Ya, betul. Baru la si isteri tu seorang yg ekslusif sbb dia khas utk suami je.

Akak slalu hairan dgn lelaki2 yg gilakan perempuan2 seksi. Kononnya rasa bangga sbb isteri dia seksi. Padahal 'ekslusif' tu dah takde sbb semua lelaki pun dah tgk apa yg si suami tgk. Malah sblm kawin pun lelaki2 lain dah tgk apa yg si suami belum tgk.

Bila ada 'ekslusif' tu, si suami adalah seorang lelaki yang paling bertuah! baru le best! kan? (^_^)

farahfatihah said...

=) byk mksud yg tersirat dan tersurat ni....

Pumpkin Peroz said...

i like this post!!!~

Pieces of Me... said...

I LIKE...

Cuba peratikan lelaki yang bangga dengan bini dorg yang seksi mcm mn perangai n penampilan dia sendiri..rasa sama kan.. so perempuan yang baik utk lelaki yang baik and lelaki yang baik utk perempuan yang baik...

Adlan said...

like also la can ah.

ni yang rasa nak kawen jugak ni.. :D

scOotBerry said...

auwwwwwwwwww~ aku nak kawen lah esOk~!!!

MUHAMMAD NASIR said...

like diz so much.. nk kawen la cmnie!

Matematis Muda said...

kenapa takde orang perasan.
cengkerang or cangkerang? hehehehe

messyremo said...

terbaekkk ah zaki...

Cahayamylife said...

haha..kalau hari2 bro posting pasal kahwin ni, bertambah2 la org bina masjid suci..waw!

Unknown said...

Nabil, cikgu aku ajar cangkerang. Hehe..

Dah check. Memang cangkerang a~

Ain Nadzri said...

terbaek...
=)

si penunggu subuh said...

wow..kagum la..
macam ni la yang dpt cegah masyarakat kita dari melakukakan maksiat2..
elok2 la..diwat blog2 pasal pasca kahwin..
nnt insya allah ramai org berwalimah urus nanti..
nikmat yang suci dan halal..xde sape leh tahu melenkan yg si suami menyentuh isteri yang sah.
ak nak kahwin tpi elok dibiar2 kan nanti

→ mizu-chan said...

Alhamdulillah.. wlaupun sekadar knal melalui blog, zu doakan yang terbaekkkk buat kalian..

betapa indahnya sebuah perkahwinan jika ia disertakan niat kerana ALLAH..

by the way.. nice post..
thumbs up ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...