Thursday, July 06, 2006

Suatu Masa (few more pics added)

Terima kasih kepada korang semua yang bertanyakan masalah aku seperti mana yang aku nyatakan dalam post di bawah. Tapi motif hanya Awe je yang bergenekan XY yang melahirkan rase caring nye? Kredit untuk awe dan kaum bergenekan XX. Huhu~ Aiman tak kisah sebenarnya...

Secara ringkasnya, masalah aku tu takde la berat sangat, cume beberapa masalah kecil yang pada dasarnya tidak menimpa aku secara langsung, tetapi menimpa orang yang dekat dengan aku. Oleh sebab itu, tempias beban masalah itu juga menjadi masalah aku juga. Namun begitu, masalah dapat diselesaikan dan ada beberapa lagi yang sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam permasalahan itu sebab memang tiada jalan penyelesaian melainkan kerajaan Malaysia yang menyelesaikan. It sounds BIG right? Haha~ Aku rasa lebih baik kiranya masalah-masalah tu tidak didedahkan... Biarlah rahsia... Lalala...

Ok that's it. Kita tutup buku masalah, kita buka buku lama. Ya! Buku lama!

Malam tadi aku tanya abah, kat mana abah simpan gambar aku masa kecil dulu. Semuanya bermula apabila siang tadi mak mengemas bilik dan terjumpa sebuah album lama, album masa aku belum masuk tadika lagi. Bertitik tolak dari situ, aku tanya kat mana gambar-gambar yang lain. Jadi abah buka la kabinet yang menyimpan sejuta kenangan di dalamnya. Kalau ikutkan, dekat 10 tahun jugak la tak menatap gambar-gambar ni sebab hanya disimpan di tempat yang tersorok dan berkunci. Tadi habis dikeluarkan semua album-album tu, dan kami empat beranak; mak, abah, awi dan aku menatap bersama-sama album yang banyak itu.

Banyak memori silam berjaya diimbas kembali. ada juga memori yang langsung tidak terpahat dalam otak aku sebab memang tak ingat apa-apa. Maklum la, kecil lagi masa tu, mana la ingat semua benda. Tapi menatap gambar-gambar tadi, betul-betul membuka satu sudut lain dalam otak aku. Sangat Seronok!

Ada kalanya, menatap gambar menyapa rasa sedih kerana wajah-wajah mereka yang telah tiada mengingatkan mereka pernah bersama-sama berada dalam hidup aku. Kini mereka tiada lagi melainkan batu-batu nisan yang kukuh di tanah perkuburan sana.

Ada juga wajah yang masih hidup tetapi sudah tidak kedengaran berita daripada mereka. Tidak ketinggalan, wajah yang langsung tidak aku kenal! Apabila ditanya siapa si polan dan si polan ni, mak dan abah tak dapat recall siapa mereka sebab memang dah lama tak bersua.

Dan di sini aku lampirkan beberapa gambar aku masa kecil dulu. Ini sahajalah yang sudi aku tunjukkan sebab gambar-gambar yang lain terlalu cute dan comel sehingga aku sendiri malu nak tunjukkan. Haha~ Serious! Gambar-gambar di bawah tidak disusun mengikut turutan umur aku. Main belasah aje...


Tak pasti mase ni umur berapa tapi rasenye dalam 6-7 tahun sebab berlatarbelakangkan rumah lama. Aku pindah ke rumah baru (kat sebelah rumah lama je) masa umur 9 tahun. Motif gambar menunjukkan aku memang gila kucing sedari kecil. Kata mak nama kucing ni Ambeng.


Budak ni aku ke? Kenapa comel sangat pun?


Motif gambar nak menunjukkan zaman abah sihat dan erti kata sebenar dan dalam erti kata yang kurang benar... Huhu~ sekarang abah kurus sedikit hasil impak penyakitnya. Masa kenduri kahwin haritu ramai tetamu hampir tidak mengenali abah sebab perubahan pada fizikalnya. Abah... Zaki Sayang Abah... (kenapa susah nak sebut ayat ni depan2?)


Menyambut harijadi yang keberapa pun aku tak tahu pasal kat kek tu memang tak de mention hari lahir yang keberapa. Kat belakang pulak ialah nenek masa zaman sihatnya... Jangan ada yang mempersoalkan tentang zip aku, memang macam tu! :D


Mendapat hadiah pinggan daripada sekolah rendah agama. Dulu memang macam tu, asal ade pertandingan atau hari kecemerlangan, hadiahnya tak lain tak bukan - pinggan! Jumlah pinggan berbeza mengikut peringkat kemenangan. Walau apa pun, aku masih lagi menghargai apa jua hadiah yang diterima. Tak kisah sebenarnya apa yang aku dapat, tapi yang penting hadiah atau kemenangan tu membuatkan mak dan abah gembira.


Aku macam sedang memekik sesuatu. Kalau tak salah masa ni ketika penyampaian hari kecemerlangan. Tak pasti pulak aku berdiri depan sekali pasal aku nombor satu dalam kelas atau sebaliknya. [yang penting dapat hadiah]


Zawawi semasa kecilnya adalah adik yang sangat ganas! Hehe~ Habis rambut aku ditariknya... Sorang lagi ialah sepupu aku. Motif nak enterframe gak?


Owh didikan agama yang kuat~ Haha~ Muka nerd je. Latar belakang di rumah lama, tingkat atas.


Rumah lama dari pandangan luar. Turut bersama aku adalah Azam (ala... yang kawin tu la). Abah memang gila mengumpul motor camni. Kat sini, abah panggil 'motor entok' [jangan lupa untuk menebalkan bunyi 'O' tu]. Sekarang abah sudah ada koleksi 2 buah motor yang sama.


Masih lagi bersama Azam, di Pameran Permotoran. Masa ni rasanya Awi belum lahir.


Untuk pengetahuan korang, aku boleh melakukan aksi akrobatik yang basic cam kat atas ni. Tulang pinggang aku memang flexible, kepala boleh sampai cecah kaki! Serious, tapi sekarang dah lama tak buat, rasenya tulang dah keras dah~ Huhu~


Bersama Awi semasa dia baru pandai berjalan. Bunga plastik itu sangat klise~ Hehe~


Gambar ni masa kenduri sunat aku, abah dan mak buat besar-besaran. Siap ada live band! Dalam pantang berkhatan berkhatan tu, aku tak lepaskan peluang menyanyi sebuah lagu dangdut. Yes! Dangdut! Owh malunya, tapi nak cerita jugak!


Gambar rumah lama yang banyak mengundang memori. Kat sebelah kanan tu ada sikit tersembul imej rumah baru yang sedang dalam pembinaan.


Baru beberapa bulan menjengah dunia.


Cari mana satu aku? Hoho~ Alfatihah untuk arwah Kartina (perempuan, paling kanan). Eh? Dulu aku duduk sebelah Nizam ye? (tu la best nye tengok gambar lama ni...)


Kat rumah Mak Teh. Umur 4 tahun rasanya.


Tak pasti kat mana, tapi si kecil yang di dalam dakapan mak tu lah aku...

BERUNTUNGLAH KORANG YANG DAH MENATAP GAMBAR NI
Klimaks! [Eckeli gambar ni la yang aku cari-cari] Sebelum sebarang tohmahan aku terima, baik aku habaq awal-awal... Gambar ni memang gambar aku mase kecil. Ni keje makcik aku yang takde keje lain mase tu, dia make up kan aku cam dak pompuan [tengok rambut tu] pastu pakaikan baju pompuan and lastly, snap gambar ni... Dan berpakaian pompuan HANYA pada masa ni sahaja ok~ Mase kecik mana la kita fikir mende-mende cam ni kan... Jangan plak ade yang kate aku me'noq'kan diri.. Hahha~ takde maknenye~ Yang penting gambar ni sangat comel! Hahahahhahahahah~

Secara ringkasnya, sapa nak anak comel maka kahwin la dengan aku [aku gelak tak tertahankan sorang-sorang ni sambil hentak-hentak mouse]

46 comments:

puteri nad said...

sian zaki ku

Izham said...

alah 2nd..

Izham said...

blm baca lg akn komen kemudian..
nak pegi mmsk dan tgk WC mlm nih..

puteri nad said...

okeh,since ko x citer pasal masalah ko,aku just kan kata..take ur time,

ha..aku nak mengomen2 gamba2 kau lah yg sangat best dimata aku..nnt balik aku nak scan gamba2 aku gak..

gamba first :
kucing tu sangat comel

gamba dua :
matilah posisi amik gamba sangat sopan diatas kereta ayah kau ke? ayah kau x marah?

gamba tiga :
Ki,ko kena la cakap sama ayah kau..kau sayang dia..kalo susah sangat just buy him a card..that will surely touches his heart..

gamba empat :
tu nenek kau ke?

gamba lima :
hahahha kelakanya aku x pernah hadiah dapat pinggan..pinggan apa dia bagi zaki?

gamba enam :
matilah zaki cemerlang sejak kecik..tp so far aku x penah dengar orang x dapat no 1 kat tadika..jadikan sapa dapat no last?

gamba tujuh :
matilah mukakau cam terseksa gaban

gamba lapan :
sejak kecil dah menunjukkan darjah kealiman yg tinggi

gamba sembilan :
oh aku suka vespa..tu bukan vespa ke?kat kampong aku aku rasa panggey vespa..matilah naik 4 orang kanak2 dgn kazen aku yg sdikit besar..lantas dimarah macik2 sedara..sebab aku seken besar..maka aku dimarah dgn teruk juga bersama pembawa vespa

p/s:sapa kah emi..dia cakap tu rumah emi~

gamba saploh :
hahaha comelnyer korang

gamba 11
aku sungguh teruja tengok gamba nie..lambang kau sangat terer..sila buwat sekarang..aku nak tengok

gamba 12
heheh radio besar tu pon klise

gamba 13
matilah sakit2 pon nak nyanyi

DaRk AnGeL said...

oh zaki..
byknyer gmbr.. lmbg umah aku lembab nk bukak.. so, i just baca dan tgk ajer lah serta akn ngomen esok hari di lab lar ok..
hehehehe..
ps-perasan~~~!!!! kekeke [oh lupa pulak nih blog kau lmbg kau boley mencapub bebiler masa..]

ChemGrad said...

gambar sgt lawa..yg paling kelakar gambar last skali tuh! haha~

bila lihat balik gambar2 lama, mmg selalu gak ketawa sensorg..kdg2 pun bleh terus nangis sensorg, org pun heran. huhu~

p/s:dah pack barang nak balik UIA? sumer org cam ngah sibok jee..

Unknown said...

nad...

sian zaki ku
motif kesian?

[apa yang aku fikirkan...]
[awat dua patah je?]

Unknown said...

awe...

blm baca lg akn komen kemudian..
owh silakan~

nak pegi mmsk dan tgk WC mlm nih..
motif ko tak bagitahu sape menang kat YM walhal sudah kunyatakan kat status?

[apa yang aku fikirkan..]
[mujur france menang... hohoyeah!]

Unknown said...

nad...

okeh,since ko x citer pasal masalah ko,aku just kan kata..take ur time,
okok...

ha..aku nak mengomen2 gamba2 kau lah yg sangat best dimata aku..nnt balik aku nak scan gamba2 aku gak..
sila berbuat demikia pada kadar yang segera sejurus ko jejakkan kaki ko kat malaysia bley~ matila ayat skema

gamba first :
kucing tu sangat comel

dan sangat besar! lambang diberi makan yang terlebih cukup

gamba dua :
matilah posisi amik gamba sangat sopan diatas kereta ayah kau ke? ayah kau x marah?

itu abah aku yang letak aku kat atas tu ok~ dia yang amik gambar... malahan ade juga gambar Azam di posisi dan posing yang same~ maka dia memang tak marah, tapi menggalakkan... hehe~

gamba tiga :
Ki,ko kena la cakap sama ayah kau..kau sayang dia..kalo susah sangat just buy him a card..that will surely touches his heart..

hm~ biasenya kalo besdey aku emang wish dia, cuma perkataan sayang tu susah betol nak kuar... :)

gamba empat :
tu nenek kau ke?

ye... nenek aku mase sihat~

gamba lima :
hahahha kelakanya aku x pernah hadiah dapat pinggan..pinggan apa dia bagi zaki?

pinggan makan yang sangat klise katanya~ malahan kalau jatuh kompem pecah~ aku maih ingat lagi, mase terima pinggan tu, cepat2 mak aku ambil pinggan tu takut aku pecahkan, kot2 jatuh... maklum la, walopun pinggan tu pada dasarnya dah cukup banyak kat rumah, NILAI hadiah tu yang lebih penting...

gamba enam :
matilah zaki cemerlang sejak kecik..tp so far aku x penah dengar orang x dapat no 1 kat tadika..jadikan sapa dapat no last?

owh itu bukan tadika, tapi sekolah rendah, sekolah agama... mase zaman aku, kitorang panggil sekolah petang... pagi plak sekolah kebangsaan... owh, tadika aku tak berapa cemerlang, tapi masuk sekolah rendah, sangat cemerlang bley? aku adalah top scorer SPRA sekolah aku dan the one and only who got mumtaz katanya~ sekurang2 nya aku pernah jugak la merasa di puncak kecemerlangan sekolah... huhu~ matila berlagak~ sape yang nombor last? orang tak baca dan bukak blog bley~

gamba tujuh :
matilah mukakau cam terseksa gaban

FYI, mak aku kate mase aku kecik kalo tak buat pose pelik dan menarik, memang tak sah! *sampai sekang pun camtu gak~

gamba lapan :
sejak kecil dah menunjukkan darjah kealiman yg tinggi

owh... *tunduk~

gamba sembilan :
oh aku suka vespa..tu bukan vespa ke?kat kampong aku aku rasa panggey vespa..matilah naik 4 orang kanak2 dgn kazen aku yg sdikit besar..lantas dimarah macik2 sedara..sebab aku seken besar..maka aku dimarah dgn teruk juga bersama pembawa vespa

ahahaah~ sila letak gambar tu kat blog ko ok~

p/s:sapa kah emi..dia cakap tu rumah emi~
ntah... rumah tu purely rumah nenek aku, tapi tak thu plak ape motif ini rumah emi tu... ntah sape2 emi...

gamba saploh :
hahaha comelnyer korang

hehe~

gamba 11
aku sungguh teruja tengok gamba nie..lambang kau sangat terer..sila buwat sekarang..aku nak tengok

owh malu bley~ arakian aku rupenye asih boleh lagi buat camtu lambang aku menang pertandingan limborock beberapa tahun lepas sempena sambutan hari kemerdekaan.... aku menang! hooray!

gamba 12
heheh radio besar tu pon klise

ya betul!

gamba 13
matilah sakit2 pon nak nyanyi

alo2.... tak sakit ok~ cume nyilu2 masih ade lagi... sy... aku nak bagitahu ko ni, aku nyanyi lagu amelina.... sungguh ku tak mampu.. menahan rindu, AH AH AH..:)) serious!

[apa yang aku fikirkan...]
[motif rambut aku dulu lurus sekang tak?]

Unknown said...

syifa...

oh zaki..
byknyer gmbr.. lmbg umah aku lembab nk bukak.. so, i just baca dan tgk ajer lah serta akn ngomen esok hari di lab lar ok..

ok~ aku menanti komenan ko bagi setiap gambar~ jangan tohmah lebey2 ok~ :D

hehehehe..
ps-perasan~~~!!!! kekeke [oh lupa pulak nih blog kau lmbg kau boley mencapub bebiler masa..]

TAU TAKPE!!!
[apa yang aku fikirkan...]
[sape plak kat luar rumah tu]

Unknown said...

kid....

gambar sgt lawa..yg paling kelakar gambar last skali tuh! haha~
wahahha~ kiotrang gelak tak hingat mase tengok gambar2 tu.... haha~

bila lihat balik gambar2 lama, mmg selalu gak ketawa sensorg..kdg2 pun bleh terus nangis sensorg, org pun heran. huhu~
tu la pasal~

p/s:dah pack barang nak balik UIA? sumer org cam ngah sibok jee..
blom... sabtu baru pack barang2, ahad awal pagi dah kluar pasal nak berebut bilik paling best kat mahallah

[apa yang aku fikirkan...]
[moga dapat roomate best]

DaRk AnGeL said...

aku nk komen pnjg tapi adik aku baru call lantas mengajak aku pergi tgk superman kat mines...
yezza~*
buhbye semua... *wink*
will be rite back~!

DaRk AnGeL said...

p/s- alar tak sporting lar zaki tak kasik aku tohmah kau lebey2...

Anonymous said...

owh banyaknyeh gambar2 comel.. tatau nak mengomen yang mane maka akan membuat keputusan leas balek dari skul.. bye~~ i meant c ya later~~

Shana said...

Hahaha.. Comelnya gmbr last tu. Knapa baju bdk p'puan eh? Siap posing plak tu...

puteri nad said...

hahahahaah


alahaiii noq betol gamba yang last tu zakiiiiiiiiiiiiiiiiii..
ahahahahhahah

Anonymous said...

Wah..bestnya..letak segala gmbar masa lampau.
Cuma heran c-kit, apasal sampai ada 2 posting???.korang yg lain x perasan ker???
Zaki, pls check d things...

Unknown said...

syifa...

aku nk komen pnjg tapi adik aku baru call lantas mengajak aku pergi tgk superman kat mines...
yezza~*

owh kalo best sila cakap ok~ senang aku nak donlod nanti~

buhbye semua... *wink*
will be rite back~!

menunggu omelan ko...

[apa yang aku fikirkan...]
[best ke superman tu?]

Unknown said...

syifa....

p/s- alar tak sporting lar zaki tak kasik aku tohmah kau lebey2...
ahahah~ ko bebas mengatakan apa je, tapi kalo aku rase dah lebey sagat, senang je aku tekan delete~ hehehe~

[apa yang aku fikirkan...]
[dah de kes]

Unknown said...

halfi..

owh banyaknyeh gambar2 comel.. tatau nak mengomen yang mane maka akan membuat keputusan leas balek dari skul.. bye~~ i meant c ya later~~
uiks... sampai cam tu sekali.... hahaha~ sila buat keputusan yang bijak ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[belajar rajin2 ye?]

Unknown said...

arshana...

Hahaha.. Comelnya gmbr last tu. Knapa baju bdk p'puan eh? Siap posing plak tu...
wahhaahha~ dipendekkan cerita, itu adalah keje makcik saye... wahaha~ saye yang masih kcil mase tu mane la tau ape yang dia buat... tapi tgk balik, snagat comel!

[apa yang aku fikirkan...]
[comel~]

Unknown said...

hazlyn...

kecik2 dah sayang kucing..mmg penyayang la gamaknya si zaki ni
kucing tu nmpk sgt besar...

aahha~ ambeng memang besar! kata mak la....

apalah dpt adiah pinggan...
sangat murah kan? tapi yang penting value hadiah tu... bukan harga~

nape ngan arwah Kartina?
dah tiada di dunia~ meninggal mase umur 17 tahun kalo tak salah. accident...

wah..paling tak tahan gambo yg last tu
zakikah itu??

alamatnye kang ramai yang tanye soalan ni...
ye itu memang saye, diperbodohkan oleh makcik dnegan memaki baju pompuan... tapi comel kan? lantak la orang nakkate ape~ huhu~

[apa yang aku fikirkan...]
[ade hadnye]

Unknown said...

nad....

alahaiii noq betol gamba yang last tu zakiiiiiiiiiiiiiiiiii..
ahahahahhahah

noq mase kecik takpe, jangan mase dah dewasa. TITIK.

[apa yang aku fikirkan...]
[aku sekolah agama~]

Unknown said...

kak sya..

Wah..bestnya..letak segala gmbar masa lampau.
kak sya buatla jugak camni~

Cuma heran c-kit, apasal sampai ada 2 posting???.korang yg lain x perasan ker???
Zaki, pls check d things...

ok je kak sya~ kak sya cube refresh browser kak sya..

[apa yang aku fikirkan...]
[mane kak sya ni.. awat tak bukak msn]

Izham said...

owh..maka aku pun nak mencari gambar2 lama utk dimskkan dlm blog...tp kena aaa balik mesia dulu...(satu idea yg bgs)..

tp tak tahu aa album tu kat ner....tp camner, rumah kat mesia takde scanner...jadik kena aa pegi office mak..ade satu gambar sy tuh, sy teringat pakai kostum superman,complete....(matilah fanatik sejak kecik lagi..)

apa-apapun...gambar2 lama ni akn menyimpan seribu satu kenangan utk kita bila kita dah tua nnt..(kalau sempat..:p)Ok chow pegi klas..

puteri nad said...

zaki overexcited nak letak gamba ayu dia sampai tekan post 44 kali kot~

Unknown said...

okok... masalah 2 post selesai~ connection problem la...

Anonymous said...

setalah meneliti suma gambar2 dan dapati ade gambar2 baru maka kepalaku makin bercelaru..huhu.. x sangke lak mak ko ade habit wat anaknyeh camtu ek..i mean solek ko jadik pompuan..eheh~~ tapi mak aku lagilaa.. die rajin amik gambar ktorg.......(taknak sambong)hehehehe

one mo thing, ko tinggal kat umah tu je la sampai skang?? mcm same jek ngn aku, umah lama dekat site umah baru(ko nyer sebelah site) n tinggal kat sane dari kecik sampaila skang(aku x sempat tggl umah lame sbb sebaik saje aku lahir umah baru pon siap..hehe)

Unknown said...

hazlyn....

a'ah la zaki
ada dua posting yg sama

settle!

[apa yang aku fikirkan...]
[sekang yang pelik taggy plak]

Unknown said...

awe...

owh..maka aku pun nak mencari gambar2 lama utk dimskkan dlm blog...tp kena aaa balik mesia dulu...(satu idea yg bgs)..
daku menanti post ko yang cam ni gak~

tp tak tahu aa album tu kat ner....tp camner, rumah kat mesia takde scanner...jadik kena aa pegi office mak..ade satu gambar sy tuh, sy teringat pakai kostum superman,complete....(matilah fanatik sejak kecik lagi..)
nak seribu daya awe~

apa-apapun...gambar2 lama ni akn menyimpan seribu satu kenangan utk kita bila kita dah tua nnt..(kalau sempat..:p)Ok chow pegi klas..
semoga kita dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan hendaknya~ ameeen..

[apa yang aku fikirkan...]
[takmo inherit penyakit abah]

Unknown said...

nad...

zaki overexcited nak letak gamba ayu dia sampai tekan post 44 kali kot~
ko sangat hyperbola ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[lame tak gune term tu]

Unknown said...

kamen....

setalah meneliti suma gambar2 dan dapati ade gambar2 baru maka kepalaku makin bercelaru..huhu.. x sangke lak mak ko ade habit wat anaknyeh camtu ek..i mean solek ko jadik pompuan..eheh~~ tapi mak aku lagilaa.. die rajin amik gambar ktorg.......(taknak sambong)hehehehe
ALO2... NI AKU TAIP GUNE HURUF BESAR TANDA STRESS YANG TAHAP DEWA... SILA BACA BETUL2, BUKAN MAK AKU, TAPI KEJE MAK CIK AKU. SEBENARNYA BUKAN DIA BUAT MACAM TU UNTUK MEMPEREMPUANKAN AKU, TAPI SAJE2 TAKDE KEJE. MAKA TITIK SAJE, TAKYAH NAK BUAT SPEKULASI HARAM LAGI DAH~ ADUH~ NI YANG BUAT AKU RASA CAM NAK DELETE JE GAMBAR TU...

one mo thing, ko tinggal kat umah tu je la sampai skang?? mcm same jek ngn aku, umah lama dekat site umah baru(ko nyer sebelah site) n tinggal kat sane dari kecik sampaila skang(aku x sempat tggl umah lame sbb sebaik saje aku lahir umah baru pon siap..hehe)
sekang rumah yang lama dah lama tiada, dah dirobohkan. tengok post2 yang lama pasal aku letak banyak gambar sekitar rumah aku masa kenduri kawen dulu.. sekang tinggal kat rumah baru la... dah masuk tahun ke 12 rumah ini dihuni... huhu~

[apa yang aku fikirkan...]
[sorang lagi buat hal, DELETE]

DaRk AnGeL said...

alahai... relak ah ki..
hehe..
maka aku masih tak larat nk buat apa2 [tmbh pulak dah dia bagi warning tak leh lebih2.. aiseh..]
overall, semua budak kecik di dunia nih mmg comel~!!
citer superman best~!! [sori awe, dah tgk dulu lmbg teman adik tgk tadi]
best lar... disarankan tgk..

Unknown said...

syifa...

alahai... relak ah ki..
hehe..

daku mmg relaks... ahahah~ kalo tak relaks, awal2 aku tak bubuh gambar tu dan aku mmg dah sedia mentally and physicallly [cewah] dengan sebarang reaksi sesapepun terhadap gambar tu... dalam kes kamen, sah2 dia salah maklumat.. kamen sila bace sampai habis ok lain kali~

maka aku masih tak larat nk buat apa2 [tmbh pulak dah dia bagi warning tak leh lebih2.. aiseh..]
wahahaha~ adakah warning aku menyebabkan ko kurang semangat nak menohmah? ahahahha~

overall, semua budak kecik di dunia nih mmg comel~!!
buat gak la cam ni tapi pasal diri ko~ kot2 dulu mase ko kecik macam anak patung kot2...

citer superman best~!! [sori awe, dah tgk dulu lmbg teman adik tgk tadi]
best lar... disarankan tgk..

dan disarankan donlod gune torrent katanya~

[apa yang aku fikirkan...]
[.bin file main gune software ape ok]

Izham said...

alah walhal sy dah tgk pula hari Selasa lps....tgh menantikan gambar yg lawa..jln citer dh tahu dan mmg mantap citer Superman...

Unknown said...

awe...

alah walhal sy dah tgk pula hari Selasa lps....tgh menantikan gambar yg lawa..jln citer dh tahu dan mmg mantap citer Superman...
sila ko buat post pasal superman ni lambang ko mmg minat gile ngan superman ok~ aku cabar ko...matila cabar mencabar~

[apa yang aku fikirkan...]
[beza tinggi kita 1 cm je we....]

puteri nad said...

hahhaha..
motif berbicara pasal tinggi diujung komenan?

Unknown said...

nad...

hahhaha..
motif berbicara pasal tinggi diujung komenan?

dah itu yang aku terfikir nad... :D

[apa yang aku fikirkan...]
[beza tiggi kita cam langit dan bumi naaaadd....]

puteri nad said...

muahahahhaa..
benar zaki..20-30 cm beza..maka aku mendongak pada kau ibarat sorang anak kecil memandang ayahnyer..

Unknown said...

nad...

muahahahhaa..
benar zaki..20-30 cm beza..maka aku mendongak pada kau ibarat sorang anak kecil memandang ayahnyer..

motif nad motif????!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[bertuah tinggi]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Hahahaha...
BEST GILER ENTRY INI!!
Dan sila laa Zaki.. Aku bkan nak perluaskan lobang idong ko yg dah sedia besar itu...
Tapi ko memang comel ok masa kecik!!
Hahaha...

Aku paling tak tahan tgk gambar 3 beradik yg main tarik2 rambut tu...
COMEL GILER WEHHH!!
Mmg perangai budak2 ingusan HABIS!!
Hahahaha...

Papehal respect habis la ko merupakan artis berbakat sejak sebelum bersunat lagi!!
Wahhhh kaget aku!!
Hahaha...

Dah sudah... Aku nak cari gambar2 aku masa kecik lak...
Sepastinya nak lawan kecomelan ko hahaha...

Unknown said...

ihab....

Hahahaha...
BEST GILER ENTRY INI!!
Dan sila laa Zaki.. Aku bkan nak perluaskan lobang idong ko yg dah sedia besar itu...
Tapi ko memang comel ok masa kecik!!
Hahaha...

itu adalah hakikat yang sudah lama aku tahu~ lalala~

Aku paling tak tahan tgk gambar 3 beradik yg main tarik2 rambut tu...
COMEL GILER WEHHH!!
Mmg perangai budak2 ingusan HABIS!!
Hahahaha...

namenye pun budak2~

Papehal respect habis la ko merupakan artis berbakat sejak sebelum bersunat lagi!!
Wahhhh kaget aku!!
Hahaha...

:)) motif kaget? :))

Dah sudah... Aku nak cari gambar2 aku masa kecik lak...
Sepastinya nak lawan kecomelan ko hahaha...

motif nak lawan? lalala~

[apa yang aku fikirkan...]
[dont get me wrong, tapi ihab tu hensem orangnye~]

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

best regards, nice info
Extrim+pill+slimming Mvp health care diet phentermine pill Shoot oxycontin herbal weight loss tablets uk Stockholm refinance Phentermine diet pill from walgreens pharmacy

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. free polyphonic motorola ringtones fuses in circuit breakers Rapid weight shift toys Ocio ertica amateurs chicos bondage bdsm blonde black fisting hardcore teen fitness clothes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...